1 9🍕

15 2 0
                                    

Chaeyoung tersenyum kegirangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Chaeyoung tersenyum kegirangan. Wajahnya juga sudah bertukar menjadi wajah yang menakutkan. Mukanya berwarna hitam, mulutnya dipenuhi dengan darah dan badannya dipenuhi dengan luka-luka tikaman.

Chaeyoung mula menunjukkan dirinya. "Heee.. heeee" dia mula membuat bunyi yang menakutkan. Rowoon yang sedang memandu melihat ke arah cermin belakang.

Terpaparlah wajah Chaeyoung yang menakutkan di situ. Rowoon menjerit ketakutan. Kereta mulai hilang kawalan.

Chaeyoung tersenyum kegembiraan. Badannya dihilangkan lalu dimunculkan di hadapan kereta Rowoon.

Pin!
Pin!
Pin!

Kereta milik Rowoon dan Yoongi dilanggar oleh sebuah lori dari arah kiri.

Bang!

Kereta tersebut terbabas di bahu jalan. Selang beberapa minit, kereta itu meletup.

Chaeyoung tersenyum kegembiraan.

"Park Chaeyoung!" jerit satu suara. Chaeyoung menolehkan kepalanya ke belakang. Kelihatan seorang lelaki bersama dengan pedang di tangannya sedang berjalan mendekati Chaeyoung.

"Kai." kata Chaeyoung perlahan.

"Kau telah melanggar undang-undang roh dan menyebabkan kematian dua orang manusia. Aku malaikat maut akan melaksanakan hukuman kepada roh yang melanggar peraturan. Kau tidak layak untuk dilahirkan semula."

Sejurus selepas itu, Kai mengangkat pedangnya dan melibasnya pada badan Chaeyoung. Chaeyoung jatuh terduduk. Secara perlahan-lahan, badan gadis itu hilang di udara.

Kai menghembus nafasnya perlahan. Wajah Jennie yang berada tidak jauh daripada dilihat sekilas. Dia akhirnya mengeluh lemah.




° ° ° ° °




"Urusan awak telah selesai di sini. Rowoon telah mati dan bukti tentang kes pembunuhan awaknya semuanya tertumpu pada Rowoon. Pihak polis telah umumkan pada pihak media bahawa Rowoon adalah pembunuh awak." beritahu Jennie kepada Lisa. Lisa hampir jatuh terduduk apabila mendengarkan berita baik yang disampaikan oleh Jennie.

"Semuanya kerana Chaeyoung. Dia dan awak dibunuh oleh Rowoon. Jadi, dia mengambil keputusan untuk mengorbankan kelahiran semulanya untuk membunuh Rowoon."

Air mata Lisa berkaca-kaca apabila mengetahui Chaeyoung sanggup berkorban untuk membunuh Rowoon.

"Sajangnim. Terima kasih untuk segalanya. Chaeyoung–ahh, gomawo." kata Lisa walaupun dia sudah sedia maklum bahawa Chaeyoung sudah tidak wujud lagi di dunia ini.

Lisa berjalan mendekati Jennie lalu tubuh gadis itu didakap erat. "Terima kasih." kata Lisa sekilas. Dia melepaskan pelukannya lalu berjalan ke arah sebuah terowong. Di seberang terowong itulah terletaknya Jambatan Samdo. Jambatan untuk kelahiran semula roh-roh yang layak.

Lisa menolehkan kepalanya ke belakang untuk seketika. Dia melambaikan tangannya kepada Jennie lalu kembali melangkah menuju ke Jambatan Samdo.






° ° ° ° °




Jennie mengurut pelipisnya. Bermacam-macam perkara yang terjadi hari ini. Dari dia mengingati semua kisah lampaunya sehinggalah kejadian Chaeyoung dan Lisa.

Dan dia juga baru mendapat tahu yang Inspektor Kim, pembunuhnya merupakan ayah kepada Rowoon. Adakah ini satu kebetulan?

Tok!

Tok!

Tok!

"Masuk!"

Terpaparlah wajah Jinyoung di muka pintu pejabat Jennie. Lelaki itu masuk ke dalam pejabat itu.

"Ada apa datang ke sini, Jinyoung?" soal Jennie dengan ramah. Iyalah, lelaki itu jarang-jarang sekali berjumpa dengannya di dalam pejabat. Jika berjumpa di sini pun, pasti ada perkara mustahak yang mahu dibincangkan.

Jinyoung tersenyum nipis. Mata bundarnya melihat wajah Jennie. "Urusan saya di sini dah selesai, sajangnim. Jadi, saya nak ucapkan selamat tinggal pada sajagnim." beritahu Jinyoung.

Jennie mengerutkan dahinya. Dia pelik. Sejak bila urusan Jinyoung di dunia ini sudah selesai? Yang Jennie tahu masalah Jinyoung adalah paling complicated sekali dan lelaki itu dapat menyelesaikannya dalam masa yang sekejap sahaja. Pelik bin ajaib.

Seperti tahu yang majikannya mempunyai pelbagai persoalan dalam benak fikirannya, Jinyoung mula membuka mulut. "Cucu kepada adik saya bersetuju untuk memberikan hartanya kepada anak saya. Katanya, adik saya pun rasa bersalah setelah membunuh saya. Setiap bulan, adik saya pasti akan menghantar duit kepada anak saya cuma saya sahaja yang tak tahu."

"Lagi satu, cucu adik saya tu sudah sedia maklum siapa diri saya. Setiap tahun, adik saya pasti akan menceritakan kebaikan diri saya kepada anak-anak dan cucu-cucunya. Ini menunjukkan bahawa dia berasa bersalah selepas membunuh saya." cerita Jinyoung lagi. Tidak berkedip mata Jennie mendengar cerita Jinyoung itu.

Sudah hampir 50 tahun, Jinyoung tersekat di sini dengan sia-sia. Semuanya kerana dia tidak tahu perbuatan yang dilakukan oleh adiknya sendiri.

Haishh, Jinyoung, Jinyoung. Dia telah membazirkan hidupnya berada di dunia ini.

"Baiklah kalau begitu. Terima kasih kerana berkhidmat di sini."

____________

To be continue...

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

[C] Another DayWhere stories live. Discover now