1 5🍕

19 2 0
                                    

Rowoon memberhentikan keretanya di hadapan ‘Hotel Pink Moon'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rowoon memberhentikan keretanya di hadapan ‘Hotel Pink Moon'. Badannya keluar dari perut kereta. Matanya diliarkan untuk memerhati hotel itu.

Hotel itu kelihatan agak tua dan usang tetapi masih utuh berdiri di situ. Pada mata Rowoon, hotel itu kelihatan amat buruk sekali.

Rowoon menggelengkan kepalanya. Dia datang ke sini untuk melakukan penyiasatan dan bukan untuk menilai keadaan hotel itu.

Rowoon dan Yoongi sama-sama melangkah masuk ke dalam halaman hotel itu. Pokok-pokok dan rumput-rumput di sekitar hotel itu semuanya telah layu menambahkan lagi suasana seram.

Pintu masuk hotel itu ditolak oleh Yoongi lalu mereka berdua masuk ke dalamnya. Kebetulan, pada waktu itu Jisoo yang menjaga kaunter penyambut tetamu. Jadi dia agak terpinga-pinga dengan kehadiran manusia di situ.

“Selamat datang.” ucap Jisoo walaupun perasaan pelik sedang menghantui dirinya.

Dalam fikirannya dia asyik memikirkan mengapa manusia boleh datang ke hotel mereka sedangkan pada pandangan manusia hotel ini agak buruk dan menyeramkan.

Tetapi bagi pandangan mata roh, hotel ini adalah hotel yang paling cantik dan bersinar sekali di bandar ini.

Rowoon dan Yoongi menunjukkan lesen polis mereka kepada Jisoo. “Kami ada mendapat laporan terdapat perkara pelik yang berlaku di sini. Izinkan kami berdua melihat-lihat keadaan hotel ini.” pinta Rowoon. Sambil-sambil matanya sudah meliar melihat keadaan ruang penyambut tetamu ini.

Jisoo menganggukan kepalanya memberikan keizinan kepada Rowoon dan Yoongi walaupun dia teragak-agak. Kedua-dua pegawai polis itu mula melangkah melihat-lihat keadaan sekeliling hotel itu.

Setelah memastikan Rowoon dan Yoongi berada agak jauh daripadanya, Jisoo segera mencapai telefon yang berada di atas meja penyambut tetamu. Nombor seseorang didail.

“Helo, sajangnim. Kita ada masalah sekarang. Terdapat dua orang pegawai polis melakukan siasatan terhadap hotel ini.”

° ° ° ° °


Dengan kelam kabut Jennie melilau di persekitaran hotel. Tujuannya cuma satu iaitu mencari dua orang pegawai polis yang datang melakukan siasatan di sini.

Sebentar tadi, dia baru sahaja tersedar dari pengsannya. Kepalanya juga masih sakit tetapi tidaklah sesakit sewaktu dia pengsan tadi.

Secara tiba-tiba Jennie bertembung dengan Rowoon dan Yoongi dan menyebabkan badannya terlanggar dengan badan Rowoon.

“Yah, siapa yang langgar aku?!”jerkah Jennie tanpa mengetahui identiti individu yang telah melanggarnya. Kepalanya terus diangkat untuk melihat wajah orang yang melanggarnya.

Mata Jennie terus bertembung dengan mata lelaki itu. “Eh, cik Jennie.” kata Rowoon. Suaranya seperti terkejut dengan kehadiran Jennie di situ. Sejurus selepas itu, kepalanya berasa sakit secara tiba-tiba membuatkan Jennie memegang kepalanya.

Jennie mengerutkan dahinya. K—Kenapa sakit ini datang balik?

Rowoon mula memandang Jennie dengan pandangan pelik. Bahu gadis itu disentuh perlahan. “Gwenchanha?” soal Rowoon, riak wajahnya menunjukkan bahawa dia risau akan keadaan Jennie.

Jennie mengangkat wajahnya untuk memandang Rowoon. Serentak dengan itu, matanya bertembung dengan mata Rowoon.

“Arghh!” Jennie mengadu kesakitan. Kepalanya semakin sakit.

Hai, saya Inspektor Kim.”

S–Suara itu berlainan dengan suara Jongin tetapi mengapa agak familiar?

“Jennie–ah, gwenchanha?” soal Rowoon lagi. Kali ini dia mengusap perlahan bahu Jennie. Lelaki itu berharap agar kesakitan yang ditanggung oleh Jennie semakin hilang.

Gembira berjumpa dengan awak Kim Jennie.” ujar lelaki yang digelar inspektor Kim itu. Dia menghulurkan tangannya sebagai tanda perkenalan.

Jennie mengangkat wajahnya untuk melihat wajah inspektor Kim itu.

Jennie membulatkan matanya. T–tak, t–ak mungkinlah.

W–wajah itu begitu sama sekali dengan Rowoon.

Inspektor Kim adalah Rowoon?

____________

To be continue...

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

[C] Another DayWhere stories live. Discover now