1 7🍕

22 3 0
                                    

50 years ago-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

50 years ago-

"Inspektor Kim saya nampak dia bunuh perempuan tu." luah Jennie, suaranya agak menggigil sewaktu menuturkan ayat tersebut.

Inspektor Kim terus mengangkat wajahnya untuk melihat Jennie.

"Saya nampak dia dibunuh di belakang kafe." luah Jennie lagi menyebabkan Inspektor Kim bangun dari duduknya. "Namju, hantar pasukan kita ke tempat kejadian. Tangkap penjenayah itu sekarang juga!" arah Inspektor Kim. Dalam diam dia tersenyum kegembiraan. Perangkap menjadi!

Kebenarannya, Jongin bukanlah pembunuh tetapi dirinya. Kebetulan Jennie ternampak perbuatan Jongin yang agak mencurigakan bersama dengan mangsa. Sebab itulah, Jennie berkata bahawa Jongin yang membunuh gadis itu.

Semua ini adalah rancangan Inspektor Kim sendiri. Tidak sia-sia dia menjadi Inspektor dengan kebijaksanaannya.

Inspektor Kim mengawal riak wajahnya agar tidak kelihatan terlalu gembira. Dia mengambil tempat di sebelah Jennie. Bahu gadis itu diusap perlahan. "Saya harap awak tabah. Bukan senang untuk menerima kenyataan bahawa orang yang kita kenal merupakan salah seorang penjenayah."

° ° ° ° °

Kai melihat Rowoon dari atas sehingga bawah. Dia kemudian tersenyum sinis.

Heh, berani sungguh manusia datang ke sini. Tidak cukup dengan itu, Rowoon siap mencepung badan Jennie ke pejabat gadis itu lagi.

Kalau Jennie tahu ni, mesti gadis itu mengamuk. Itu belum tentu lagi tentang rahsia latar belakang Rowoon yang hanya Kai mengetahuinya.

Kai mula berbalas renungan dengan Rowoon. Dia rimas apabila lelaki itu berada di situ. "Kau boleh balik tak? Aku rimas tengok muka kau di sini." tanpa segan silu Kai meluahkan ketidakpuasan hatinya pada Rowoon.

"Lagipun kau tak perlu risau pasal dia. Apalah sangat hubungan kau orang tu. Kalau setakat baru berjumpa baik tak perlu risau."perli Kai. Jelingan setajam pisau diberikan kepada Rowoon. Jisoo dan Jinyoung yang turut berada di dalam bilik itu meneguk liur pabila melihat kelakuan Kai itu.

Dalam diam mereka berdua tertanya mengapa Kai berperangai sebegitu. Paling penting sekali mengapa Kai seperti begitu benci akan Rowoon. Ada perkara yang berlaku diantara mereka berdua ke?

Rowoon membalas jelingan Kai. "Kau pula siapa nak menghalau aku?"

Kai mengenggam penumbuknya. Geram pula dengan manusia satu ini. "Aku teman lelaki dia. Ada masalah? Tak ada kan? Jadi boleh kut kau blah sekarang." kasar sungguh bahasa yang digunakan oleh Kai untuk menghalau Rowoon.

Jisoo dan Jinyoung yang sedari tadi memerhatikan Kai dan Rowoon hampir ternganga apabila mendengarkan kata-kata Kai.

Kai. Teman. Lelaki. Jennie. Sajangnimnya?

Kai bergurau sahaja kan? Mereka berdua seperti tidak percaya sahaja. Perlukah Kai menipu macam tu sekali semata-mata untuk menghalau Rowoon?

Rasanya tak perlu kut.

Rowoon tersenyum sinis. Dia berjalan mendekati Kai. "Boleh ke aku percayakan kau?"

"Aku nak bukti."

Kai mengemam bibirnya. Rowoon nak bukti? Mana dia nak dapat bukti?

Secara tiba-tiba, Jennie mula menggerak-gerakkan badannya menyebabkan Kai dan Rowoon segera pergi ke arah Jennie.

Jennie membuka matanya secara perlahan-lahan dan perkara pertama yang menghiasi matanya adalah wajah Kai.

Bibir Jennie bergetar dan matanya berkaca apabila melihat wajah Kai. "J-Jongin.." badannya terus memeluk tubuh Kai.

Bogoshipeo...”

____________

To be continue...

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

[C] Another DayWhere stories live. Discover now