Hari ini merupakan hari pertama Lisa mula bekerja di 'Hotel Pink Moon'. Pada mulanya gadis itu berasa agak terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Jennie yang merupakan majikannya sekarang ini.Tetapi apabila Jennie memberitahu semua ini adalah arahan daripada Dewi Mago, dia tidak lagi berasa terkejut. Lisa dapat tahu identiti Dewi Mago pun daripada Chaeyoung dan juga Jisoo. Kedua-dua pekerja itu juga seperti Lisa, dilantik oleh Dewi Mago untuk menjadi pekerja di Hotel ini.
Sebenarnya Dewi Mago mempunyai kriterianya yang tersendiri untuk melantik pekerja-pekerja tetap seperti Jisoo, Chaeyoung, Jinyoung dan sekarang ini pula Lisa. Syarat-syaratnya adalah mereka perlu mempunyai urusan dunia yang mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.
Jisoo, Chaeyoung dan Jinyoung masing-masing seperti Lisa, mempunyai urusan dunia yang belum diselesaikan. Sebab itulah mereka terperangkap di sini dan tidak pergi ke seberang.
"Mulai hari ini, Lisa di bawah pimpinan Jinyoung. Jinyoung, kau tak perlu ajar si Chaeyoung ni dah. Dia dah jadi pekerja senior." arah Jennie dengan tegas. Jinyoung hanya mengangguk kepalanya sahaja dengan arahan Jennie itu.
Jinyoung ingat, dia tidak perlulah mengajar pekerja lagi tetapi hampa. Dia perlu mengajar Lisa pula selepas mengajar Chaeyoung. Haihhhh. Sajangnim ni pun bagilah Jisoo atau Chaeyoung yang mengajar Lisa.
"Mengeluh, mengeluh. Aku hantar kau ke seberang nanti baru tahu." ugut Jennie membuatkan Jinyoung berasa agak gentar dengan ugutan Jennie itu. Dia terus mengukirkan senyuman semanis gula kapas kepada Jennie. Iyalah, urusannya di dunia belum selesai sudah mahu dihantar ke seberang.
Jinyoung tidak mahu!
"Nae, sajangnim. Saya menerima arahan dengan hati yang terbuka." kata Jinyoung separa menjerit walhal dalam hatinya berkata lain.
Hmmm....
Jinyoung, Jinyoung. Nasib kaulah!
"Kerja elok-elok. Kalau aku dapat tahu kau orang curi tulang, memang aku hantar seorang demi seorang ke seberang." ugut Jennie lagi sebelum beredar dari situ.
Dari jauh, Kai hanya menjadi pemerhati sahaja. Matanya sibuk merenung tajam Lisa. Hatinya memberontak berkata bahawa roh itu akan menyebabkan masalah yang besar dan perlu dihapuskan segera. Tetapi itulah, Jennie yang merupakan pemilik hotel ini melarang dia melakukan perbuatan tersebut.
Kai mengeluh lemah.
Tit
Tit
Tit
Jam ditangannya berbunyi tanda dia mempunyai tugas. Jamnya dilihat sekilas untuk mengetahui lokasi tugasnya lalu badannya terus menghilang bak udara di langit.
° ° ° ° °
"Lalisa Manoban." kata seorang lelaki apabila melihat gambar Lisa yang berada di tangannya. Perlahan sahaja suara itu menuturkan nama itu. Lebih kepada berbisik.
Keadaan biliknya kelihatan gelap dan sedikit kotor membuatkan sesiapa yang masuk ke dalam bilik itu akan termuntah. Terdapat juga gambar-gambar beberapa orang gadis yang tergantung di dalam biliknya.
Tidak lupa juga dengan kesan darah yang terdapat di atas lantai bilik itu.
"Aku nampak kau dah mati tapi kenapa kau masih hidup?"
"Aku dah gila ke?"
"Tak. Aniyo. Aku tak gila!"
Gambar Lisa diletakkan kembali di atas meja. Kedua-dua tangan lelaki itu memegang kepalanya.
"A-Aku perlu bunuh dia. Y-Ya, aku perlu bunuh dia sekali lagi."
° ° ° ° °
Kai memegang kolar baju seseorang sambil masuk ke dalam 'Hotel Pink Moon'. Mukanya cemberut sahaja sedari dari tadi.
"Hei, lepaskan aku!"
"Hoi, kau pekak ke?!"
"Aku akan lapor kepada polis tentang perbuatan kau ini. Biar kau terperangkap di dalam penjara."
Kai hanya memekakkan telinganya sahaja apabila mendengar rontaan lelaki itu. Biasalah jika seseorang manusia tidak dapat menerima takdir bahawa mereka sudah mati. Lagipula lelaki itu seorang anak orang kaya. Memang menguji kesabaranlah jawabnya.
Lisa yang menjadi penyambut tetamu hanya melihat sahaja perbuatan Kai dan lelaki itu. Akhirnya, Kai berhenti di hadapan meja penyambut tetamu. Dalam erti kata lain, dia berdiri berhadapan dengan Lisa.
"Dia mati sebab kemalangan dan perlu diberi hukuman kerana melibatkan orang lain juga. Dia telah menyebabkan sebuah keluarga maut kerana memandu kereta dalam keadaan mabuk. Aku perlu bawa dia ke mana?" penuh panjang lebar Kai berkata tetapi Lisa langsung tidak tahu ke manakah Kai perlu membawa roh tersebut.
Tanpa berlengah, Lisa segera mengeluarkan sebuah buku yang setebal 40 cm keluar dari laci meja penyambut tetamu. Satu persatu helaian diselak untuk mencari tempat yang perlu dituju oleh roh itu.
Kata Jinyoung, semua perkara tentang hotel itu terkandung di dalam buku tebal itu. Jadi, Lisa hanya perlu mencari di dalam buku itu sahaja.
Kai berdecit. Lisa sungguh lembap. Buku itu sudahlah tebal dan dia mahu selesaikan roh ini dengan cepat. Lisa membuang masanya sahaja.
Kai akhirnya melangkah pergi dari situ menuju ke lif sambil masih memegang kolar baju roh lelaki itu. Serentak dengan itu, pintu lif mula terbuka dan Jinyoung berada di dalam lif tersebut. Lelaki itu sedang meneliti sebuah dokumen yang berada di tangannya.
"Ha, kau. Tolong tunjuk tempat yang aku patut bawa roh ni." arah Kai. Jinyoung mengangkat kepalanya untuk memandang Kai. Serentak dengan itu, matanya bertembung dengan roh lelaki yang berada di sisi Kai.
Badannya terus menggigil lalu dia mengambil keputusan untuk keluar dari lif itu. Jinyoung langsung tidak mempedulikan arahan Kai malah dia melangkah keluar daripada hotel itu.
Setelah berada agak jauh dari Kai dan roh itu, Jinyoung berhenti melangkah. Sebuah keluhan kecil terlepas dari bibirnya. "Kenapa dia ada di sini?"
_______________
to be continue....
[ sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]
YOU ARE READING
[C] Another Day
Fanfic❝ Semua misteri dan masalah akan diselesaikan juga pada akhirnya nanti. Semua perbuatan akan dibalas juga pada akhirnya nanti. Percaya pada takdir anda. Don't lose your hope. ❞ •inspired from Kdrama 'Hotel Del Luna' •not a typical love story Start:...