0 1🍕

60 8 4
                                    

50 years later-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

50 years later-

Jennie bangun dari lenanya secara tiba-tiba. Dia tercungap-cungap mengambil nafas untuk cuba bertenang.

Mukanya diraup.Peluh yang menitik di dahi dan lehernya juga dilap kasar.

Mengapa?
Mengapa dia bermimpi perkara yang sama lagi?

Siapa lelaki yang berada di dalam mimpinya itu?

Jennie memejamkan matanya, mencuba untuk mengingati wajah lelaki yang berada di dalam mimpinya tadi.

Tetapi hampa. Hanya wajah yang kabur sahaja yang di ingat.

Jennie memukul tilamnya kasar.

Kesemua memorinya dilenyapkan sejak dia dihidupkan semula oleh Dewi Mago pada 50 tahun lepas.

Disebabkan wanita tua itu juga, Jennie terpaksa menjadi pemilik 'Hotel Pink Moon' tanpa kerelaan hatinya.

Tuk! Tuk! Tuk!

Ketukan pada pintu membuatkan lamunan Jennie terhenti. Dia bingkas bangun dari duduknya. Kakinya bergerak ke arah cermin besar yang terdapat di hadapan katilnya.

Muka, rambut dan bajunya diperbetulkan agar tidak kelihatan selekeh. Sedikit bedak ditepekkan pada mukanya. Tidak lupa juga dia mencoleskan sedikit gincu pada bibirnya.

Seusai itu, kakinya menuju ke arah pintu. Jari jemarinya memusingkan tombol pintu dan menolak pintu tersebut ke hadapan.

Terpampanglah muka seorang gadis di hadapan pintu bilik itu. Dia tersengih apabila melihat Jennie.

 Dia tersengih apabila melihat Jennie

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Hmm, Chaeyoung. Ada apa datang ke sini?" soal Jennie endah tidak endah. Badannya disandarkan pada pintu sambil menyilangkan kedua-dua tangannya pada dada.

Nama sebenarnya adalah Park Chaeyoung. Dia baru sahaja berkhidmat di sini sama seperti Jennie, pada 10 tahun lalu. Punca kematiannya masih tidak diketahui kerana Dewi Mago menghilangkan ingatan gadis itu juga.

Chaeyoung menundukkan kepalanya ke bawah secara tiba-tiba. Riak wajahnya yang tadi ceria terus bertukar masam. Senyumannya juga terus mati.

Ada sesuatu yang dia perlu beritahu pada Jennie. Perkara tersebut amatlah mustahak, tetapi dia agak takut untuk mengadu masalah tersebut pada majikannya itu. Dia takut sekiranya Jennie naik angin di situ juga.

" Waeyo?, " soal Jennie lagi. Kali ini sebelah matanya dijongketkan, ingin mengetahui perkara apa yang Chaeyoung mahu katakan.

" Ada seorang pelanggan larikan diri dari si-, "

" What?, " jerit Jennie sebelum Chaeyoung sempat menghabiskan ayatnya. Matanya dijegilkan.

Dia berlari keluar dari biliknya sambil mengusutkan rambut meninggalkan Chaeyoung seorang diri di situ.

__________

" Macam mana dia boleh larikan diri?!, " jerkah Jennie kepada dua orang pekerjanya yang lain.

Kepalanya diurut. Pening mahu memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah ini.

Wajah kedua-dua pekerjanya dilihat oleh Jennie silih berganti.

" Kau buat apa Jisoo di meja penyambut tetamu tu? Takkan tak perasan pelanggan larikan diri! " marah Jennie. Dia menjeling pekerjanya yang bernama Jisoo itu.

Jisoo menundukkan wajahnya apabila dimarahi sebegitu. Bukannya salah dia pun, dia sibuk ketika itu. Ada beberapa orang pelanggan yang perlu dilayan, jadi dia tidak dapat berada di meja penyambut tetamu itu.

Kata-kata tersebut hanya mampu diluahkan di dalam hati. Tidak berani Jisoo berkata sebegitu kepada Jennie. Dia takut dirinya dihantar ke ' seberang ' sahaja.

Pertanyaan Jennie dibiarkan tidak berjawab.

Bebola mata Jennie melihat pekerja lelakinya pula. " Kau pula, macam mana boleh sedar dia hilang?, " soal Jennie.

Lelaki itu mengangkat mukanya memandang Jennie.

" Saya nak berikan sesuatu barang yang dia minta pada saya tempoh hari. Saya cari dia di merata tempat tapi tidak jumpa, " jawab lelaki itu. Kepalanya ditundukkan ke bawah kembali.

Jennie memejamkan kedua-dua belah matanya sebaik sahaja pertanyaannya dijawab. Dia cuba untuk menenangkan dirinya daripada memarahi kedua-dua pekerjanya ini.

Sama seperti Jisoo, dia juga takut dengan Jennie.

Aura majikannya ini begitu menakutkan apabila dia marah!

" Barang apa yang kau maksudkan tu? " soal Jennie dengan suara yang tertahan-tahan. Matanya masih dipejamkan.

" Gambar "

" Gambar? " soal Jennie tidak mempercayainya. Matanya yang terpejam dibuka sambil tersenyum sinis.

Mengapa orang yang sudah mati mahu meminta gambar? Bukannya dia boleh bawa gambar itu ke seberang bersamanya pun nanti.

Gambar tersebut akan ditinggalkan di Hotel ini juga atau lebih tepat lagi dibuang. Lagipula, ingatan pelanggan yang singgah di Hotel ini akan dipadamkan juga sewaktu dalam perjalanan ke seberang melalui Jambatan Samdo.

Di Jambatan Samdo itulah nanti, ingatan roh-roh di sini akan dilenyapkan satu per satu.

" Gambar siapa? " soal Jennie ingin tahu.

Lelaki itu segera memberikan gambar tersebut kepada Jennie. Gadis itu melihat gambar tersebut dengan teliti.

" oh, shit! " carutnya.

" Cepat hantar orang untuk cari roh ni. Orang di dalam gambar ini berada dalam keadaan bahaya! " arah Jennie.

Jisoo dan lelaki itu masing-masing mengangukkan kepala mereka sebagai tanda menerima arahan daripada Jennie. Mereka segera mengorak langkah untuk meminta pekerja mereka yang lain bagi mencari roh yang melarikan diri itu.

Wajah Jennie mulai pucat menunjukkan dia sedang berada dalam keadaan yang risau.

Sekeping gambar yang berada di tangannya dilihat kembali.

Individu di dalam gambar tersebut penyebab roh yang melarikan diri itu mati.

Jennie perlu menghalang roh itu daripada membunuh individu tersebut. Jika tidak, roh tersebut tidak akan dilahirkan semula!

• • • • •

To Be Continued...

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

🖤❤️

[C] Another DayWhere stories live. Discover now