1 1🍕

20 5 0
                                    

“Ada apa datang ke sini?” soal Jennie kepada Dewi Mago sebaik sahaja masuk ke dalam pejabatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Ada apa datang ke sini?” soal Jennie kepada Dewi Mago sebaik sahaja masuk ke dalam pejabatnya.

Wanita tua itu hanya mengukirkan senyuman tipis apabila melihat kelakuan Jennie.

Sama. Semua kelakuan pemilik hotel ini sama seperti Jennie apabila dia datang melawat. Semuanya melawan dirinya dengan tidak ikhlas.

Dewi Mago bukan tidak tahu mengapa mereka semua berkelakuan sebegitu, dia sebenarnya tahu. Semua ini kerana mereka semua dipaksa menjadi pemilik hotel ini.

Melayan karenah-karenah roh-roh yang boleh tahan degilnya terkadang membuatkan mereka semua berasa rimas.

“Lisa.” sebut Dewi Mago. Jennie mula mengerutkan dahinya. “Kenapa dengan dia?” soal Jennie. Pelik. Mengapa Dewi Mago secara tiba-tiba menunjukkan minat terhadap Lisa? Takkan Dewi Mago jatuh cinta pada Lisa kut?

Eh takkanlah kan?
Tapi boleh juga.

Sudahlah Lisa itu comel. Tiada sesiapa yang tahan dengan kecomelannya itu termasuklah Jennie. Tapi ingat eh Jennie masih normal.

Lain pula dengan Dewi Mago. Dia sudah hidup lama. Jadi sudah tentulah Dewi Mago itu akan menukar cita rasanya.

Tapi...
Haishh.

“Biar dia kerja di hotel ni.” arah Dewi Mago membuatkan Jennie tercegang. Jennie merenung wanita tua itu dengan pandangan seperti tidak percaya.

“Betul ke ni?”

Dewi Mago menganggukkan kepalanya.

“Serius. Tak tipu?”

Dia menggelengkan kepalanya tanda ‘tidak’.

“Kenapa tiba-tiba sahaja ni?”

“Saja.”

Jennie mengeluh lemah. “Baiklah, kalau itu yang kau nak. Tapi jangan salahkan aku kalau terdapat hal buruk yang berlaku disebabkan dia.”

Dewi Mago mengangguk setuju.

° ° ° ° °

“Jebal. Tolong saya.” rayu satu suara menyebabkan Jennie keluar daripada kafe dan mencari empunya suara tersebut.

Akhirnya suara tersebut mendorong Jennie ke belakang kafe. Di situ, dia melihat seorang lelaki membelakangi dirinya dan lelaki itu seakan-akan sedang menikam seseorang.

Tolong. Tolong saya!” perlahan sahaja suara gadis itu merayu meminta pertolongan.

Jennie menekup mulutnya. Dia segera menyembunyikan dirinya di sebalik tembok bangunan. Jennie tidak mahu pembunuh itu perasan akan dirinya.

Secara perlahan-lahan Jennie menjengah kepalanya sedikit untuk melihat wajah penjenayah itu. Kebetulan pada waktu itu, penjenayah itu sedang menolehkan kepalanya ke belakang. Jadi, Jennie serba sedikit dapat melihat wajah penjenayah itu.

Dia menggigil ketakutan apabila melihat wajah penjenayah itu. Kepalanya terus disorokkan kembali di belakang tembok. “J–Jongin...” sebutnya perlahan.



Jennie tersedar dari lenanya. Mimpi itu lagi. Malangnya wajah lelaki yang bernama Jongin itu tetap kabur. Dia langsung tidak dapat mengecam wajah lelaki itu.

Jennie menarik nafas dan menghembusnya berulang kali. Mengapa dadanya berasa sesak secara tiba-tiba.

Mungkinkah mimpinya tadi ada kena mengena dengan kisah silamnya? Tetapi mengapa sekarang? Setelah 50 tahun telah berlalu tetapi mengapa sekarang dia bermimpi tentang kisah silamnya?

Jika dia bermimpi pada 50 tahun lalu, pasti dia dapat mengetahui sebab sebenar dia mati. Dan Jennie tahu kematiannya bukanlah sekadar kematian yang biasa.

Jennie pasti kematiannya mempunyai kisahnya yang tersendiri. Tetapi apa?

Jennie bangun dari pembaringannya. Kakinya melangkah berulang-alik di tempat yang sama.

Dia perlu memikirkan cara untuk mengingati semula semua kisah silamnya.

Pasti ada caranya yang tersendiri. Tetapi apa?

_______________

To be continued....

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

[C] Another DayWhere stories live. Discover now