1 3🍕

18 2 0
                                    

Jennie mengerutkan dahinya sebaik sahaja melihat Kai bersama dengan roh seorang lelaki di sebelah lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jennie mengerutkan dahinya sebaik sahaja melihat Kai bersama dengan roh seorang lelaki di sebelah lelaki itu. Apa yang menarik perhatian Jennie bukanlah Kai tetapi roh itu.

Jennie terus melangkah mendekati roh itu. Tidak cukup dengan itu, dia merenung wajah roh itu dengan tajam membuatkan Kai dan roh itu berasa pelik.

“Heh, aku tahu aku kacak. Janganlah renung maca—”

“Nama kau Park Jiyoung?” soal Jennie tanpa sempat roh itu menghabiskan ayatnya.

“Heh, tak sangka aku terkenal juga di kalangan roh-roh ka—”

“Haishh, jinja. Kenapalah kau mati awal?” marah Jennie kemudian dia beredar dari situ. Sebelum itu, dia sempat mengusutkan rambutnya.

Fikiran Jennie kusut. Satu demi satu masalah timbul tanpa menjumpai jalan penyelesaiannya.

Jennie segera mengelilingi sekeliling hotel. Tujuannya cuma satu. Jennie mahu mencari Jinyoung.

Satu per satu tingkat hotel itu Jennie pergi, namun kelibat Jinyoung langsung tidak ditemui.

Setelah Jennie hampir berputus asa, dia terlihat Jinyoung sedang duduk di taman hotel. Lelaki itu kelihatan seperti tidak bermaya sahaja.

Akhirnya, Jennie mengambil keputusan untuk melangkah mendekati Jinyoung. Bangku kosong di sebelah Jinyoung diduduk. Kepalanya langsung tidak ditolehkan ke arah Jinyoung namun matanya memerhati Jinyoung dari ekor mata.

“Haih, aku dah kata jangan curi tulang. Kau nak aku hantar kau ke seberang ke?” ugut Jennie tetapi lebih kepada gurauan.

Keluhan kecil keluar dari mulut Jinyoung. “Sajangnim, tak lawak.” balas Jinyoung selamba tanpa berasa takut. Kepalanya ditundukkan ke bawah melihat rumput yang sedang menghijau.

I know him.” Jinyoung mula membuka bicara. Kepalanya ditolehkan ke sebelah kiri agar dapat melihat Jennie.

Sajangnim, saya tahu sajangnim pun kenal dia.” luah Jinyoung. Matanya masih setia melihat Jennie.

Yes, I hate him. Nak je saya bunuh dia bila tengok muka dia tadi sedangkan dia memang sudah mati.”

Jennie menyentuh tangan Jinyoung perlahan. Matanya membalas renungan mata Jinyoung. “Bukan salah dia Jinyoung. Bukan dia yang bunuh awak.” pujuk Jennie perlahan. Jinyoung tersenyum sinis. Pegangan Jennie pada tangannya juga ditepis.

Jinyoung bangun dari duduknya. “Bukan salah dia? Heh, sajangnim dia telah membunuh sebuah keluarga kerana dia memandu dalam keadaan mabuk. Sama seperti atuknya. Kalau dah memang keluarga pembunuh tu selama-lamanya keturunan itu akan suka membunuh.” luah Jinyoung. Mukanya merah kerana menahan amarah.

“Jinyo—”

“Atuk dia sanggup bunuh abang dia sendiri untuk dapatkan harta. Dasar tamak. Bila dah kaya cucu jadi macam tu lah. Tak sedar diri! Tu bukan manusia dah, itu binatang!”

Jennie hanya membiarkan sahaja Jinyoung meluahkan perasaannya. Selama 50 tahun Jinyoung bekerja dengannya, ini adalah kali pertama lelaki itu meluahkan semua perasaan dan amarahnya.

Jennie tahu kisah lampau Jinyoung yang tragis itu.

Jinyoung dibunuh oleh adik kandungnya sendiri selepas kematian kedua-dua ibu bapa mereka. Semua ini disebabkan ketamakan adik Jinyoung sendiri.

Sehingga sekarang Jinyoung masih berdendam dengan adiknya. Dan sehingga sekarang adiknya tidak mati-mati lagi.

Jennie rasa Jinyoung dapat selesaikan urusannya di dunia ini setelah adiknya mati ataupun lelaki itu mahu merampas semula harta yang sepatutnya menjadi miliknya dan menyerahkan kepada anak dan cucunya.

Jennie bangun dari duduknya. Bahu Jinyoung ditepuk perlahan. “Aku takkan hantar kau ke seberang sehinggalah urusan kau selesai.” kata Jennie lalu beredar dari situ. Itulah sahaja kata-kata yang dapat menyedapkan hati Jinyoung.

Jennie tidak dapat menyelesaikan masalah keluarga lelaki itu. Biarlah Jinyoung menyelesaikannya seorang diri.

______________

To be continue...

[ Sila vote dan komen kalau rasa ff ni best ]

[C] Another DayWhere stories live. Discover now