Jennie berdecit kecil sebaik sahaja melihat muka Kai yang berada di pintu masuk 'Hotel Pink Moon'. Sudahlah dia berjumpa dengan pegawai polis gila dan sekarang ini dia perlu berjumpa dengan lelaki yang annoying pula.
Haish. Tak sukalah begini.
Dua kali berturut-turut melihat wajah lelaki yang dia tidak suka. Benci sungguh!
Walaupun benci, Jennie tetap melangkah menuju ke 'Hotel Pink Moon'. Iyalah takkan nak berpatah balik pula? Kalau patah balik, dia nak pergi ke mana? Sudahlah dia tiada tempat yang ingin dituju selain 'Hotel Pink Moon'.
Jennie menarik nafas lega apabila Kai langsung tidak menghalang laluannya malah lelaki itu siap memberikan laluan untuk Jennie lalu lagi. Dalam diam Jennie memuji Kai. Macam tahu-tahu sahaja mood Jennie tengah tidak elok sekarang ini.
Ehek!
Senyuman Jennie mulai mengendur apabila perasan tangannya dipegang oleh seseorang atau lebih tepat dia ditahan. Jennie segera menolehkan kepalanya ke belakang. Dia berdecit kecil.
Dia baru sahaja memuji Kai dan sekarang lelaki itu mencari masalah dengannya pula. Haihh.... Ini yang nak marah ni.
"Nak apa?" soal Jennie kasar tanpa memikirkan perasaan Kai. Biarlah Kai terasa dengan kata-kata kasarnya. Ada dia kisah? Yang penting, Jennie mahu Kai segera beredar dari sini. Biar tenang sikit hidup Jennie. Tidak perlulah dia memikirkan tentang Kai yang mahu menghapuskan roh Lisa jika lelaki itu beredar dari sini.
Kai melihat Jennie dari bawah hinggalah ke atas. Tiada langsung mahu membalas pertanyaan daripada Jennie. Sebelah keningnya dijongketkan. "Pakaian kau nampak mahal. Banyak duit kau. Mana dapat?" soal Kai pula. Soalannya langsung tiada kena mengena dengan jawapan kepada persoalan Jennie. Atau lebih tepat lagi, soalan Jennie dibalas dengan satu pertanyaan tanpa jawapan.
Jennie akhirnya mengeluh lemah. Dia berura-ura untuk mengorak langkah tetapi tetap dihalang oleh Kai. Jennie berdecit lagi tetapi kali ini lebih kuat.
Kai tahu ke yang sekarang ini dia telah menghalang Jennie daripada melakukan tugasnya. Banyak lagi kerja yang perlu dilakukan oleh Jennie di Hotel ini. Dia bukannya duduk sahaja-sahaja di hotel ini tetapi dia ada kerjanya yang tersendiri.
"Boleh tak bagitau aku kau nak apa? Janganlah kacau aku nak buat kerja." kata Jennie kasar. Suaranya juga seakan-akan merayu kepada Kai agar melepaskan dirinya.
Kai akhirnya melepaskan pegangan pada lengan Jennie. Wajahnya diangkat untuk memandang Jennie menyebabkan mata mereka berdua bertaut. Ini menyebabkan jantung Jennie secara tiba-tiba berdegup dengan laju.
Dup
Dap
Dup
DapJennie pelik. Sudah dua kali jantungnya berdegup kencang disebabkan lelaki ini. Adakah dia mengenali lelaki ini pada kehidupan lampau?
"Kau pergilah buat kerja. Aku tak nak apa-apa pun." balas Kai lalu dia meninggalkan Jennie yang sedikit terpinga-pinga di situ.
Jennie menjeling Kai. Haishh, lelaki itu sengaja mahu membuat aku naik angin.
Dalam diam Kai mengeluh. Jennie tidak ingat akan dirinya ke?
__________
Tup
Tap
Tup
TapBunyi tapak kasut tinggi milik Jennie memecah kesunyian ruang lobi. Kepalanya dipusingkan berulang kali.
Jennie pelik apabila keadaan lobi ini sungguh senyap sunyi pada hari ini. Selalunya ruang lobi ini yang paling sibuk di dalam hotel ini.
Namun pada hari ini senyap sunyi sungguh. Jennie mula bercekak pinggang.
Haih, mana semua orang pergi ni?
Makan gaji buta kah?Akhirnya mata Jennie tertacap pada Chaeyoung yang sedang melintas lobi. Terus mulutnya dibuka untuk memanggil gadis itu. “Park Chaeyoung!”
Chaeyoung segera menoleh ke arah Jennie kemudian dia melangkah mendekati sajangnimnya itu.
“Nae, sajangnim.”
“Mana pekerja yang lain? Senyap sunyi je dari tadi?” soal Jennie. Tubuhnya dipeluk.
Chaeyoung menggarukan kepalanya yang tidak gatal. “Bukan ke sajangnim yang arahkan para pekerja berehat pada hari ini?” soal Chaeyoung balik kepada Jennie. Dia tersengih.
Jennie mula mengerutkan dahinya. Sejak bila dia ada memberikan arahan kepada para pekerjanya untuk berehat?
Sungguh pelik. Bukan sekadar pelik tetapi pelik bin ajaib.
“Siapa yang beritahu semua perkara ni?”
“Kai.”
“Mworago?!”
Yah, Kai. Kau memang nak kena kan?
° ° ° ° °
To be continued...
[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]
YOU ARE READING
[C] Another Day
Fanfiction❝ Semua misteri dan masalah akan diselesaikan juga pada akhirnya nanti. Semua perbuatan akan dibalas juga pada akhirnya nanti. Percaya pada takdir anda. Don't lose your hope. ❞ •inspired from Kdrama 'Hotel Del Luna' •not a typical love story Start:...