1 6🍕

23 3 0
                                    

Chaeyoung menggelengkan kepalanya berulang kali sebaik sahaja matanya terlihat Rowoon dan Yoongi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Chaeyoung menggelengkan kepalanya berulang kali sebaik sahaja matanya terlihat Rowoon dan Yoongi.

“T–Tak, tak mungkin dia jadi polis.” katanya perlahan, cukup untuk dirinya sahaja mendengar.

“Kau dah bunuh aku tapi kau masih hidup tanpa menerima sebarang hukuman. Heh, aku memang layak untuk hukum kau.” kata Chaeyoung lagi. Dia berhenti menggelengkan kepalanya. Senyuman sinis diukirkan pada bibir.

“Kim Rowoon, kau telah bunuh aku pada 10 tahun lalu dan sekarang aku akan hukum kau.”



10 years ago—

“Kita buat apa di sini, Rowoon?” soal Chaeyoung apabila Rowoon membawanya masuk ke dalam hutan. Rowoon diam tidak berkutik sebaliknya dia meneruskan perjalanannya dan mempedulikan Chaeyoung.

“Rowoon–ahh.” panggil Chaeyoung dari arah belakang. Gadis itu berhenti melangkah membuatkan Rowoon juga berhenti melangkah.

“Kaki saya sakit.” adu Chaeyoung. Tangannya mula mengurut kakinya yang berasa segal kerana sakit. Manakan tidak, sejak dari tadi mereka berjalan tanpa berehat. Manalah kakinya tidak berasa sakit.

Rowoon berdecit perlahan. Dia akhirnya menolehkan kepalanya ke belakang. “Kau ni menyusahkan aku sahajalah.” kata Rowoon, kakinya secara perlahan-lahan melangkah mendekati Chaeyoung.

“Tapi tidak mengapa, aku boleh bunuh kau di sini juga.”

Kata-kata yang keluar daeipada mulut Rowoon membuatkan Chaeyoung terpinga-pinga. “A–Apa maksud awak?” tergagap-gagap Chaeyoung memgeluarkan suaranya kerana berasa takut dengan perubahan mendadak yang dialami Rowoon.

Rowoon tersenyum sinis. “Kau jangan buat-buat tak tahulah.” kata Rowoon. Sebilah pisai dikeluarkan dari belakang poket seluarnya.

“Kau tahu aku ada dia personaliti, jadi aku akan bunuh kau.”

Rowoon mengangkat pisaunya ke atas bersedia untuk menikam Chaeyoung tetapi secara tiba-tiba dia berhenti. Kepalanya diangkat untuk memandang Chaeyoung.

“Argh, Chaeyoung lari cepat.” berkerut-kerut wajah Rowoon menahan dirinya lagi satu daripada mengambil alih tubuhnya.

Chaeyoung mengesotkan badannya ke belakang. Dia bangun dari duduknya dan berlari dari situ dalam keadaan yang kelam kabut. Dia takut!

Tidak pernah lagi dalam hidupnya melihat seseorang yang mempunyai dua personaliti dalam satu-satu masa. Ini adalah kali pertama untuknya.

Chaeyoung dapat mengangak, pasti Rowoon yang sebenar sedang mengawal dirinya agar dirinya yang lagi satu tidak keluar.

Chaeyoung juga yakin, Rowoon yang sebenar tidak berniat mahu membunuhnya. Cuma itulah, lelaki itu tidak boleh mengawal dirinya.

Chaeyoung berhenti berlari apabila berasa dirinya sudah jauh daripada Rowoon. “Huf! Huf!” nafas ditarik dan dihembus berulang kali. Semput apabila perlu berlari secara tiba-tiba. Itu belum lagi dengan degupan jantungnya yang laju kerana berasa gementar.

“Hiu, hiu. Di manakah anda Park Chaeyoung? Hehehehe.”

Chaeyoung mula cuak. Dia rasa dia sudah berlari jauh daripada Rowoon, tetapi lelaki itu masih dapat mengejarnya.

Chaeyoung cuba untuk bertenang. Nafasnya dikawal agar tidak terlalu kuat. Chaeyoung takut sekiranya Rowoon dapat menjumpai dirinya yang sedang bersembunyi.

Keadaan mula sunyi. Chaeyoung rasa Rowoon sudah bergerak ke tempat lain. Dia memgumpulkan keberanian untuk menjengahkan kepalanya untuk melihat ke belakang.

Got you!”

Chaeyoung mula menjerit. Rowoon berada di sebelahnya sahaja! Kaki Chaeyoung sudah bersiap sedia untuk mengorak seribu langkah namun Rowoon menghentikan perbuatan Chaeyoung itu.

Pisau yang berada di tangannya dihalakan pada perut Chaeyoung.

Pak!

Rowoon menikam perut Chaeyoung. Tidak cukup dengan itu, dia menambah dua lagi tikaman pada perut Chaeyoung.

Pak!

Pak!

Chaeyoung memegang perutnya. Darah pekat mengalir keluar dari perutnya. Dia jatuh terduduk.

Rowoon tersenyum sinis melihat keadaan Chaeyoung itu. Dia suka. Dia suka apabila melihat orang berada dalam kesakitan.

Rowoon menambah satu tikaman pada bahu kanan dan kiri Chaeyoung. Seusai itu, dia mencangkung di hadapan Chaeyoung.

Wajah milik Chaeyoung dicengkam, menyuruh agar gadis itu memandangnya. “Heh, kau nak tahu satu perkara tak?” Rowoon berhenti berkata.

“Lelaki tak guna ni suka kau. Tapi masalahnya aku tak suka. Jadi, aku mengambil keputusan untuk membunuh kau.”

“Semoga tenang di sana.”

Rowoon terus mengambil keputusan untuk menikam dada Chaeyoung.

Pak!

____________

To be continue...

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

[C] Another DayWhere stories live. Discover now