0 5🍕

31 5 0
                                    

“ yah, Kim Jennie

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“ yah, Kim Jennie. Saya dah suruh awak duduk diam-diam kan? Tolong ingat yang awak tu sakit ” marah seorang lelaki. Matanya tajam menatap Jennie sambil bercekak pinggang.

Jennie mencebik. Dia menjeling lelaki itu.
Pantang betul lelaki itu bila Jennie membuat kerja.

Sikit-sikit nak marah. Habis tu awak nak saya buat apa? Mereput kat kafe ni sambil tengok awak kerja? ” bebel Jennie. Kain lap meja yang berada di tangannya dicampakkan di atas sebuah meja, tanda geram.

Jennie melangkah pergi ke sebuah meja, sambil-sambil kakinya dihentakkan tanda protes. Punggungnya dilabuhkan pada salah satu kerusi.

Lelaki itu tersenyum kecil melihat gelagat Jennie. Dia melangkah ke tempat yang diduduki oleh Jennie. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi yang berhadapan dengan Jennie.

Dia menyentuh dan mengenggam tangan gadis itu. Kemudian, sebuah kucupan dihadiahkan pada tangan gadis itu.

“ Saya bukan nak marah awak. Tapi, awak kan baru lepas buat pembedahan jantung. Saya takut awak penat. ” lembut sahaja dia berkata. Matanya merenung mata Jennie.

Jennie tersipu-sipu malu dengan renungan mata lelaki itu. Pipinya mulai memerah.

awww, you are blushing. So cute ”

Jennie tersedar dari lena lalu bangun dari pembaringannya.

Dia bermimpi lelaki itu lagi. Dia mengecam suara lelaki itu tetapi wajah lelaki itu tetap kabur di dalam mimpinya kali ini.

Tetapi yang peliknya, situasi dalam mimpi itu telah berubah. Sebelum-sebelum ini, dia asyik bermimpi tentang dia dan lelaki itu terjun dari bangunan.

Jennie menggelengkan kepalanya. Mungkin mimpi tersebut hanya mainan tidurnya sahaja.

Dia patut lupakan mimpi itu.

Tak.

Dia mesti lupakan kesemua mimpi itu.

____________

Sajangnim! ” jerit Chaeyoung sambil berlari ke arah Jennie. Dia memegang lengan Jennie dengan pantas.

Jennie melihat muka Chaeyoung buat seketika. Muka gadis itu kelihatan agak resah.

Ada apa-apa perkara buruk yang berlaku kah?

Sajangnim perlu ikut saya sekarang ini. ” arah Chaeyoung. Dia menarik lengan Jennie agar mengikut langkahnya.

Tetapi Jennie tidak memberikan kerjasama. Badannya keras membatu tidak berganjak membuatkan Chaeyoung menoleh ke belakang untuk memandang Jennie.

Sajangnim ” kata Chaeyoung separuh merayu. Suaranya kedengaran seperti mahu menangis sahaja.

“ Kalau bukan perkara penting, saya tak nak pergi ” kata Jennie. Tangan Chaeyoung yang memegang lengannya ditepis perlahan.

“ Saya tak ada masa nak melayan perangai roh-roh itu ” ujar Jennie lagi. Badannya dipusingkan ke belakang untuk masuk ke dalam biliknya kembali.

Banyak lagi kerja yang dia kena selesaikan daripada melayan perangai roh-roh di sini yang agak menyusahkan dirinya.

Manakan tidak, Chaeyoung pernah memanggil dirinya yang sedang sibuk ketika itu kerana seorang roh. Akhirnya, roh itu cuma mahu memesan makanan yang dijual di Perancis memandangkan hotel mereka hanya menyediakan makanan Korea sahaja.

Disebabkan hal itu, dia malas mahu masuk campur dalam menyelesaikan masalah roh-roh itu. Hanya Chaeyoung, Jinyoung dan Jisoo sahaja yang mampu menyelesaikan masalah ringan tetamu-tetamu mereka.

Tugasnya pula menyelesaikan masalah-masalah berat tetamu seperti kes Lisa. Kes pembunuhan Lisa yang tidak berpenghujung.

Sajangnim, jebal ” rayu Chaeyoung. Suaranya kedengaran seperti orang yang sudah putus asa sahaja.

Jennie melepaskan keluhan lemah. Dia memusingkan badannya menghadap Chaeyoung kembali.

Dia mengeluh lagi. “ Ada masalah apa? ” soal Jennie pada akhirnya.

Chaeyoung menunjukkan riak wajah yang gembira. Kemudian, wajahnya kelihatan cemas kembali.

“ Kai, dia nak tamatkan riwayat Lisa! ”

What? Kenapa tak beritahu awal-awal?! Mereka di mana sekarang ni? ” soal Jennie bertubi-tubi. Muka Chaeyoung direnung tanpa berkelip mata.

“ Di ruang lobi utama ”

Sebaik sahaja Chaeyoung memberitahu lokasi Kai dan Lisa, Jennie bergegas ke sana. Dia berlari ke tempat itu walaupun ketika ini dia sedang mengenakan kasut tumit tinggi.

“ Haishh! ”

° ° ° ° °

To be continued...

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

[C] Another DayWhere stories live. Discover now