“ Di sini rupanya kau menyorok selama ini wahai roh yang berdendam ” kata Kai sekilas. Matanya merenung Lisa. Senyuman sinis terukir di bibirnya.
Lisa membalas renungan lelaki itu. Riak wajah yang selamba ditunjukkan pada lelaki itu.
“ Aku bukan roh yang berdendam ” kata Lisa pula, cuba untuk menafikan kata-kata Kai.
“ Bukan roh berdendam? Tsk. Kau hampir bunuh seorang manusia yang tidak bersalah tempoh hari. Dan kau kata kau bukan roh berdendam? ” kata Kai lagi, cuba untuk menyakitkan hati Lisa.
“ Roh seperti kau ini memang patut dihapuskan awal, takut jadi roh yang berbahaya nanti ” ujar Kai. Sebilah pedang secara tiba-tiba muncul di tangannya.
“ Roh yang menjadi bahaya kepada umat manusia layak dihapuskan. Begitulah yang tertulis di dalam undang-undang roh. Jadi, dengan ini, kau Lalisa Manoban tidak layak dilahirkan semula selepas pedang ini menembusi badan kau dan kau akan dihapuskan buat selama-lamanya ”
Kai mengangkat pedang yang berada di tangannya ke udara, bersedia untuk menikam badan Lisa dengan pedang itu.
“ Hentikan! ” Jeritan Jennie membuatkan Kai menghentikan perbuatannya.
Jennie berlari mendapatkan Lisa. Badan gadis itu dibelek untuk melihat sama ada dia tercedera ataupun tidak.
Jennie menghembus nafas lega sebaik sahaja melihat Lisa dalam keadaan yang masih baik. Cuma muka gadis itu yang sudah sedia pucat bertambah pucat melihat pedang Kai.
Jennie kemudian memusingkan badannya menghadap Kai. Muka lelaki itu direnung tajam.
“ Aku dah kata dia bukan roh yang berdendam. Kau tak faham-faham lagi ke?! ” marah Jennie. Jeritannya kali ini sangat kuat sehingga lampu chandelier yang terdapat di atas mereka bergegar.
Jisoo, Jinyoung dan Chaeyoung masing-masing takut apabila melihat kemarahan Jennie meletus. Pada bila-bila masa sahaja Kai akan dicederakan oleh Jennie.
Manakala Kai hanya memberikan reaksi yang selamba kepada Jennie walaupun semua orang berada di situ takut dengan gadis itu.
“ Heh, kau boleh buktikan ke yang dia bukan roh berdendam? Cepat atau lambat dia akan bertukar menjadi roh berdendam juga. Aku hanya nak menggelakkan perkara itu daripada berlaku— ”
Kai berjalan mendekati Jennie. Tangannya dimasukkan ke dalam kedua-dua poket seluarnya. Dia merenung wajah Jennie yang sedang menahan kemarahan itu. Jennie membalas renungan mata Kai.
“ —Tapi kalau dia dah bertukar jadi roh berdendam kau nak bertanggungjawab ke? ” soal Kai. Sebelah keningnya dijongketkan, sengaja mahu memprovok Jennie.
“ Aku akan bertanggungjawab. ” balas Jennie tanpa teragak-agak. Matanya melihat Lisa.
“ Sebab aku percaya, dia tak akan bertukar menjadi roh berdendam ”
______________
“ Detektif Kim, macam mana dengan perkembangan kes pembunuhan Lisa itu? Ada perkembangan? ” soal seorang lelaki.
Lelaki yang bergelar ‘Detektif Kim’ itu mengangkat kepalanya untuk melihat si penyoal.
Tangannya yang tadi membelek dokumen yang mempunyai kes pembunuhan Lisa dihentikan. Dokumen itu ditutup perlahan. Dia mengeluh perlahan.
Detektif Kim menggelengkan kepalanya. “ Masih tiada perkembangan, Yoongi Pembunuhan kali ini sungguh pelik. Tiada langsung jejak pembunuh di kawasan sekitar sana. ”
Dia berhenti berkata buat seketika untuk mengambil nafas.
“ Kes pembunuhan ini mengingatkan aku kepada kes pembunuhan beberapa orang gadis 10 tahun lepas. Lagipun, cara pembunuhan kes itu dan kes ini pun sama kan? Tiga tikaman di perut, satu tikaman di kedua-dua belah bahu dan satu tikaman di dada. ” lancar sahaja Detektif Kim berkata.
Yoongi mengerutkan dahinya. Jari telunjuknya diletakkan pada dagu.
“ Oh ya, kes 10 tahun lepas, kes yang membuatkan negara menjadi kecoh. Disebabkan kes itu, ayah aku tak balik rumah selama seminggu. Sibuk bekerja ” adu Yoongi. Dia mengikut jejak langkah Encik Min menjadi polis.
“ Tak silap aku, pembunuh tersebut berhenti membunuh selepas mangsa kesepuluh. Lagipun kes tersebut dah ditutup kan? ” sambung Yoongi. Dia menyoal Detektif Kim.
Detektif Kim mengangukkan kepalanya. Matanya dipejamkan buat seketika, cuba untuk berfikir.
Yoongi mengerutkan dahinya. “ Takkanlah. Kau fikir pembunuh tu adalah pembunuh bagi kes kali ini? ” soal Yoongi.
Detektif Kim membuka matanya. Dia memandang Yoongi lalu senyuman sinis terukir di bibirnya.
“ Mungkin ” balasnya.
Matanya kemudian melihat namanya yang terdapat di atas meja.
‘ Kim Rowoon ’
° ° ° ° °
To be continued...
[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]
YOU ARE READING
[C] Another Day
Fanfiction❝ Semua misteri dan masalah akan diselesaikan juga pada akhirnya nanti. Semua perbuatan akan dibalas juga pada akhirnya nanti. Percaya pada takdir anda. Don't lose your hope. ❞ •inspired from Kdrama 'Hotel Del Luna' •not a typical love story Start:...