" J-Jebal jangan tinggalkan saya " rayu seorang gadis. Matanya tetap menatap seorang lelaki yang sedang berdiri di atas tembok bangunan.Mata lelaki itu berkaca. Dia melihat wajah gadis itu sekilas. Kemudian, pandangannya jatuh untuk melihat ke bawah.
Dia memejamkan matanya. " Jennie-ahh, di sini sangat menakutkan " katanya perlahan. Pandangannya diangkat untuk melihat gadis yang bernama Jennie kembali.
" Kalau awak rasa takut, jangan berdiri di situ tetapi berdiri di sebelah saya " kata Jennie tergagap-gagap. Air matanya perlahan-lahan mulai turun di pipi apabila melihat keadaan lelaki itu.
Lelaki itu berdiri di tembok bangunan hospital untuk membunuh diri!
Jennie tidak sanggup untuk melihat lelaki yang dia cintai mati di hadapan matanya.
Jadi, dia perlu sedaya upaya untuk menyelamatkan lelaki tersebut.
Jennie berjalan mendekati lelaki itu secara perlahan-lahan. Tangannya dihulurkan kepada lelaki itu.
" Take my hand and you will be safe " kata Jennie. Pandangan matanya berharap agar lelaki ini menyambut huluran tangannya.
Tetapi, hanya gelengan kepala sahaja yang diberikan oleh lelaki itu.
" Aniyo, kalau saya hidup pun, semua orang tak akan percaya yang bukan saya bunuh mereka semua tu! " balas lelaki itu. Matanya kembali melihat ke bawah bangunan.
" sekurang-kurangnya jika saya mati, saya tak perlu menghadapi kecaman daripada orang ramai " ujarnya lagi.
Jennie menggelengkan kepalanya. Air matanya mulai mengalir di pipi.
Dia benar-benar tidak sanggup!
" Tak. Saya akan buktikan yang awak tak bersalah. Awak tak bunuh mereka semua! "
Lelaki itu tersenyum sinis. Dia menggelengkan kepalanya.
" You can't Jennie-ah " kata lelaki itu sejurus selepas itu kakinya terus melangkah ke udara.
" Andwae! " jerit Jennie. Dia terus berlari bagi menyelamatkan lelaki itu. Dia bernasib baik kerana dia sempat memegang sebelah tangan lelaki itu.
Lelaki itu mendongakkan kepalanya ke atas untuk melihat Jennie. Dia mengukirkan senyuman.
" Jennie-ahh "
" I want to follow you "
Jennie segera melompat dari tembok hospital itu. Badan mereka berdua melayang di udara.
Sesaat
Dua saat
Tiga saat
Empat saat
Pak!
Badan mereka berdua terhempas pada laluan pejalan kaki menyebabkan orang ramai berasa terkejut.
Mereka mula berkumpul di sekeliling mereka berdua untuk melihat perkara yang terjadi. Darah mulai mengalir keluar melalui badan mereka.
" saranghae K-Kim Jennie " ucapnya perlahan sebelum matanya terpejam rapat.
┅┅┅┅┅┅┅
To be continued...
Cast:
Kim Jennie
Kim Jongin
Kim Rowoon
_________
Warning!
• cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan orang yang masih hidup dan mati.Continue
Or
No
......
C O M I N G
S O O N
YOU ARE READING
[C] Another Day
Fanfiction❝ Semua misteri dan masalah akan diselesaikan juga pada akhirnya nanti. Semua perbuatan akan dibalas juga pada akhirnya nanti. Percaya pada takdir anda. Don't lose your hope. ❞ •inspired from Kdrama 'Hotel Del Luna' •not a typical love story Start:...