0 2🍕

48 6 2
                                    

Seorang lelaki yang lengkap berpakaian polis memeriksa keadaan di lokasi pembunuhan buat kali terakhir sebelum dia beredar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seorang lelaki yang lengkap berpakaian polis memeriksa keadaan di lokasi pembunuhan buat kali terakhir sebelum dia beredar.

Mangsa pembunuhan kali ini adalah seorang gadis yang merupakan anak kepada pengusaha jenama pakaian yang terkenal. Gadis tersebut mempunyai tiga tikaman di perut, satu tikaman di kedua-dua belah bahu serta satu tikaman di dada.

Motif pembunuhan kali ini tidak dapat dikenal pasti memandangkan gadis tersebut merupakan seorang gadis  yang baik hati dan tidak sombong.

Lampu suluh yang berada di genggamannya dinyalakan sejak dari tadi. Lampu itu disuluh di mana lokasi pembunuhan itu berlaku.

Beberapa tompokan darah masih berada di situ, tetapi darah tersebut sudah pun kering.

Kemudian, kakinya melangkah ke lokasi terakhir di mana gadis itu dibunuh.

Lampu suluh disuluhkan ke tempat tersebut, tetapi lampunya secara tiba-tiba tidak menyala.

Lelaki tersebut mengetuk-ngetuk perlahan lampu suluh itu. Dia menghalakan lampu itu ke mukanya.

Lampu itu terus menyala menyebabkan matanya silau dengan cahaya tersebut. Dia memejamkan matanya buat seketika sambil menghalakan lampu suluh yang menyala itu ke arah tempat kejadian.

Dia membuka matanya lalu melihat tempat kejadian itu.

Dia tergamam.

Ada kelibat yang sedang merenung dirinya dengan tajam. Ia tersenyum sinis melihat lelaki itu.

Badannya menggigil sebaik sahaja melihat kelibat itu.

Gadis itu.
Gadis yang menjadi mangsa pembunuhan itu!

Polis itu menutup dan membuka matanya beberapa kali untuk memastikan kelibat itu hanya bayangannya sahaja.

Tetapi hampa. Bayangan tersebut tetap berada di hadapannya walau dia menutup dan membuka matanya beratus kali pun.

Kakinya lemau. Dirinya seperti mahu pengsan sekarang ini.

Lelaki itu segera mengangkat kaki untuk beredar dari situ. Tetapi kelibat itu lebih pantas.

Tangannya segera mencengkam leher lelaki itu dan mengangkat badan lelaki itu ke atas.

“ ark ark ”

Lelaki itu berusaha untuk melepaskan diri daripada cekikan gadis, tetapi gagal.

Secara perlahan-lahan matanya terpejam

Gadis itu tersenyum gembira melihat lelaki itu.

“ Lalisa Manoban ” ucap seseorang dengan suara yang keras.

Senyuman Lisa mulai hilang. Dia menolehkan kepalanya ke belakang.

Terdapat satu kelibat berada di belakangnya. Kelibat tersebut berjalan mendekati Lisa secara perlahan.

[C] Another DayWhere stories live. Discover now