"Pesakit mengalami kegagalan jantung. Sediakan deflibilator!"
"1,2,3 shock!"
"Lagi sekali. 1,2,3 shock!"
"Maafkan kami, pesakit tidak dapat diselamatkan. Kim Romyung meninggal dunia pada 24 Disember 2020."
° ° ° ° °
"Dia telah mati." beritahu Kai kepada Jennie. Jennie mempedulikan kata-kata Kai. Dia tahu siapakah yang dimaksudkan oleh Kai itu.
Inspektor Kim.
Mata Jennie asyik memerhati keadaan di luar hotel. Dia mengeluh lemah. Nampaknya, dia pasti akan merindui semuanya tentang hotel ini. Terutamanya pekerja-pekerjanya dan keadaan sibuk hotel ini.
Sekarang ini cuma tinggal Jisoo sahaja pekerja tetapnya di hotel ini. Bilakah urusan gadis itu akan selesai?
Apabila pekerja lain sibuk menyelesaikan urusan mereka, hanya Jisoo sahaja yang sanggup melakukan semua tugas di hotel ini. Dia langsung tidak mahu menyelesaikan urusannya secepat mungkin.
Jennie juga tidak dapat mengetahui punca kematian gadis itu kerana gadis itu tidak pernah bercerita tentangnya.
"Kita perlu beredar dari sini secepat mungkin. Dewi Mago sudah pun menjumpai pemilik hotel yang baharu." beritahu Kai lagi. Dia kemudian beredar dari situ meninggalkan Jennie keseorangan di pejabat itu. Biarlah Jennie melihat pejabat itu sepuas-puasnya sebagai kenangan menjadi pemilik Hotel Pink Moon selama 50 tahun ini.
Pintu bilik pejabat Jennie dikauk dari luar membuatkan Jennie memusingkan badannya ke belakang. Dia tersenyum nipis.
“Dewi Mago—”
“—aik, Jisoo?”
Dewi Mago dan Jisoo berjalan ke arah Jennie membuatkan gadis itu bertambah pelik.
Jennie asyik tertanya sejak bila Jisoo rapat dengan Dewi Mago? Setahunya Jisoo tidak pernah bersua muka mahupun menegur Dewi Mago. Senang cerita, Jisoo jarang-jarang sekali berada di hotel ini ketika Dewi Mago ada.
Apa yang lebih mengejutkan sekarang adalah Dewi Mago siap menyentuh bahu Jisoo lagi. Pelik bin ajaib ni.
“Jennie.” kata Dewi Mago sepatah. Wajahnya diangkatkan lalu melihat wajah Jennie.
“Tugas awak di sini sudah selesai. Dan ini adalah pemilik Hotel Pink Moon yang baru, Kim Jisoo.”
Jennie mengerutkan dahinya. Dia bertambah pelik dengan ayat kenyataan yang keluar daripada mulut Dewi Mago. Wajah Jennie dipalingkan ke arah Jisoo pula untuk meminta penjelasan.
Jisoo hanya tersenyum nipis kepada Jennie tanpa memberikan sebarang penjelasan.
“Ini adalah hukuman untuk dirinya kerana merahsiakan identiti pembunuh kes awak 50 tahun lalu. Ya, dari awal lagi dia melihat Inspektor Kim yang membunuh gadis itu dan bukannya Kai cuma dia tiada keberanian untuk melaporkan kepada pihak polis.”
“Sebagai hukuman, saya menjadikan dia sebagai pekerja tetap awak selama 50 tahun dan sekarang dia akan menyambung kembali hukumannya sebagai pemilik hotel ini.”
Jennie tersenyum sinis apabila mendengarkan kata-kata daripada Dewi Mago. Wajah milik Jisoo menghiasi matanya.
Wajah gadis itu tampak muram sahaja tetapi dia tetap memberikan senyuman kepada Jennie.
Jennie memalingkan wajahnya ke tempat lain. Benci apabila melihat Jisoo berpura-pura kuat sedangkan tidak.
Jennie tahu Jisoo terpaksa melakukan semua ini sama seperti dirinya. Menjadi pemilik hotel ini adalah hukuman yang paling berat sekali bagi semua roh-roh.
Jennie akhirnya mengeluh lemah. “Tak boleh ke kalau Jisoo ikut aku ke seberang. Lagipun pembunuh itu sudah mati. Jadi hukumannya juga sudah tamat.” cadang Jennie. Dewi Mago tersenyum sinis mendengarkan kata-kata Jennie.
“Awak tak kisah? Sebab dia awak mati.”
Jennie menggelengkan kepalanya. Tangan milik Jisoo dicapai dan digenggam. “Tak, sebab perbuatannya sudah dibalas ketika bekerja di hotel ini.” ujar Jennie sambil memandang Jisoo.
“Lagipun dia sanggup menahan kata-kata kesat saya kepadanya, buat kerja yang susah untuk saya dan berpenat lelah untuk hotel ini.” sambung Jennie lagi membuatkan Jisoo terharu. Jisoo terus memeluk tubuh Jennie.
“Sajangnim, gomawo.” kata Jisoo teresak-esak. Dia tidak sangka, Jennie sanggup mempertahankan dirinya selepas apa yang dia telah lakukan pada 50 tahun lalu.
Dewi Mago mengeluh melihat Jennie dan Jisoo. “Baiklah saya akan lepaskan dia. Nampaknya saya terpaksa mencari pemilik baru. Haihhh.”
Jisoo melepaskan pelukannya pada Jennie. “Terima kasih, sajangnim.”
Dalam diam Kai mendengar dan melihat semua perkara yang berlaku di dalam pejabat Jennie. Badannya disandarkan pada pintu.
“Semua misteri dan masalah akan diselesaikan juga pada akhirnya nanti. Semua perbuatan akan dibalas juga pada akhirnya nanti. Percaya pada takdir anda. Don't lose your hope.”
______________
The end
Maafkan saya di atas kemerapuan cerita ini. Saya tahu cerita ni a bit rushing right?
Haihhh....
So sorry😐
YOU ARE READING
[C] Another Day
Fanfiction❝ Semua misteri dan masalah akan diselesaikan juga pada akhirnya nanti. Semua perbuatan akan dibalas juga pada akhirnya nanti. Percaya pada takdir anda. Don't lose your hope. ❞ •inspired from Kdrama 'Hotel Del Luna' •not a typical love story Start:...