“ Selamat datang ” kata Jisoo di meja penyambut tetamu. Kedua-dua lelaki yang berada di hadapannya direnung.
“ Sudah berapa lama awak berdua mati? ” soal Jisoo tanpa teragak-agak. Dia mengukirkan senyuman mesra.
“ Nama dia Kim Juwon, terlibat dalam kemalangan jalan raya sebentar tadi ” beritahu Kai. Kad kematian milik lelaki yang bernama Juwon diserahkan kepada Jisoo.
Jisoo menyambut kad tersebut. Dia kembali melihat muka Kai. Keningnya dikerutkan.
Dia seperti pernah melihat muka lelaki ini. Tetapi di mana ya?
“ And who are you? ” soal Jisoo.
“ Kai, the grim reaper ”
“ Oh, jadi awaklah malaikat maut yang ditugaskan bekerja di hotel ini? ”
Kai mengangukkan kepalanya perlahan, tanda menjawab soalan Jisoo.
Jisoo kemudian melihat Chaeyoung yang melintas di meja penyambut tetamu. Rasanya gadis itu baru sahaja selesai bersiar-siar bagi merehatkan mindanya.
Selalunya begitulah, mereka bertiga akan bergilir-gilir keluar dari Hotel untuk berehat selepas penat melayan karenah roh-roh di sini.
Itupun selepas penat menulis surat aduan dan memujuk majikannya itu bagi memberikan mereka masa untuk berehat. Rasanya hampir lima bulan juga majikannya itu membenarkan mereka bergilir-gilir untuk berehat.
Bekerja di Hotel ini memang penat walaupun pekerjanya ramai, tetapi kebanyakannya adalah pekerja sementara. Hanya Jisoo, Jinyoung dan Chaeyoung sahaja yang kekal di sisi Jennie sehingga majikannya sudah selesai dengan urusan di dunia ini.
“ Chaeyoung! ” panggil Jisoo. Chaeyoung menolehkan kepalanya memandang Jisoo. Kakinya melangkah mendekati Jisoo.
“ Kenapa unnie? ” Soal Chaeyoung. Dalam pada masa yang sama, matanya turut melihat dua orang tetamu yang berada di situ.
“ Tolong bawa tetamu ini ke biliknya. Saya nak bawa grim reaper ni jumpa dengan sajangnim ” arah Jisoo. Jarinya ditunjukkan pada tetamu yang bernama Kim Juwon.
Chaeyoung mengangukkan kepalanya, akur dengan arahan yang diterima.
“ Mari ikut saya Encik ” arah Chaeyoung. Dia dan Juwon melangkah masuk ke dalam lif yang berada tidak jauh dengan meja penyambut tetamu.
Mata Jisoo menghantar pemergian mereka berdua. Setelah itu, matanya kembali melihat wajah Kai.
“ Now you, follow me! ”
____________
Tuk! Tuk! Tuk!
“ Come in! ” arah Jennie.
Jisoo dan Kai sama-sama melangkah masuk ke dalam pejabat Jennie.
YOU ARE READING
[C] Another Day
Fanfiction❝ Semua misteri dan masalah akan diselesaikan juga pada akhirnya nanti. Semua perbuatan akan dibalas juga pada akhirnya nanti. Percaya pada takdir anda. Don't lose your hope. ❞ •inspired from Kdrama 'Hotel Del Luna' •not a typical love story Start:...