Hari sudah menjelang tengahari, Mimi dan Namjoon keluar bersama-sama untuk melawat Hani di hospital. Namjoon mengambil Mimi di pejabat. Mimi masuk ke dalam kereta. Dia menyapa suaminya dengan senyuman.
" Lama ke you tunggu I ? " tanya Namjoon kepada isterinya.
" Eh tak lah. I baru je turun tadi " jawab Mimi. Mereka berdua menuju ke restoran terlebih dahulu sebelum melawat Hani di hospital. Sempat juga mereka menyinggah untuk membeli buah tangan kepada Hani dan Jimin.
Selepas makan , mereka pergi ke destinasi seterusnya iaitu hospital. Sampai sahaja di hospital , kereta diparkir terlebih dahulu.
Mimi dan Namjoon keluar dari kereta lalu masuk ke dalam hospital . Mereka berdua mencari wad yang ditempatkan Hani.
" Eo.. Yeobo ni bilik Hani " kata Mimi . Namjoon mengangguk lalu mereka masuk ke dalam wad tersebut. Kelihatan ahli BTS dan Aera turut berada di dalam bilik tersebut. Patut la dengar macam ramai orang dekat luar tadi.
" La korang pun ada sini.. " Namjoon bersuara manakala Mimi pula pergi ke arah sepupunya . Mereka memeluk antara satu sama lain.
" Hani ! Kau ni tak jaga diri betul ! Dari dulu clumsy " tegas Mimi sambil menampar lembut lengan Hani.
" Benda nak jadi .. Mana la aku tahu " jawab Hani .
" Nasib baik takde apa-apa dekat baby tau. Kau tu dah la pregnant anak pertama... " bebel Mimi dengan risau. Aera juga turut berada di situ bersama mereka.
" Kau jangan datang kerja ! Kau jaga anak kau sampai besar. Maksud aku jaga dia sampai 2 tahun ke. " ujar Mimi yang memberi cadangan kepada sepupunya. Hani hanya mengangguk. Terpaksa menurut perintah. Termasuk Mimi dah 2 orang cakap duduk rumah.
Manakala di situasi BTS , Jungkook membelek telefon miliknya. Kening bertaut tanda pelik dengan apa yang dia baca sekarang. Artikel tentang Jimin dibaca. Mata dibulatkan lalu dia memberi telefon tersebut kepada Jimin.
" Hyung.. Artikel pasal hyung " kata Jungkook sambil menunjukkan telefonnya. Jimin mengambil telefon Jungkook dan dia membaca artikel tersebut.
" Okay tahu dah sebab apa wife aku balik awal " desis hati Jimin sendirian.
" Artikel ni tak betul la " jawab Jimin. Jungkook mengangguk setuju. Betul la tu.
" Sayang.. " Jimin memanggil Hani. Isterinya memandang lelaki itu dengan penuh tanda tanya.
" Saya tahu kenapa awak balik awal semalam " kata Jimin. Semua di dalam bilik itu memandang ke arah dua pasangan itu. Hani mengerutkan dahi.
" Awak balik awal sebab ni kan ? " tanya Jimin sambil menunjukkan artikel tersebut yang ada pada telefon Jungkook. Hani mengetap bibir. How come he know ?
" T.. Takde lah " jawab Hani yang sedikit gagap. Dia menggelengkan kepala. Jimin menjongket kening sebelah tanda tidak percaya.
" Betul lah sayang.. " jawab Hani.
" Haih.. Dengar dulu explanation dari saya.... Saya memang takde apa-apa hubungan pun dengan girl group idol . Saya dah kahwin.. Takkan la nak cari lain pula " terang Jimin. Dia jujur dengan perkara sebenar.
" Mana la tahu kan... Saya kan dah chubby.. Lepastu dah kurang bersiap " jawab Hani . Jimin tertawa kecil. Satu tamparan hinggap di lengan Hani .
" Apa pula fikir ke situ ?! Sah-sah la kau pregnant anak Jimin.. Takkan la Jimin nak cari lain " kata Mimi dengan nada yang tegas. Hani mendiamkan diri sahaja.
YOU ARE READING
The Moments of Love S2
FanfictionSambungan kisah The Moments of Love S1 . Kisah tiga orang gadis telah berjumpa dengan cinta sejati mereka. Seorang sudah berkahwin. Tinggal lagi dua orang . Adakah akan ada konflik dalam hubungan mereka ? " Taehyung... Let me explain ! " ujar A...