Semua ahli keluarga dan ahli BTS berada di hospital. Mereka berada di dalam wad Hani. Mujur wad Hani agak besar kerana Jimin yang minta wad VIP supaya senang ramai yang nak melawat. Bilik wad dipenuhi dengan ahli BTS dan juga ibu dan ayah Hani.
" Yeayy !! Jimin dan Hani dah jadi parents " kata Mimi teruja. Bibir pucat Hani mengukir senyuman. Bayi yang baru lahir diletakkan di sebelah katil Hani . Masih lagi tidur.
" Hyun Joon-ah.. Hae Su-ah.. Tengok baby ni " kata Mimi lalu menunjukkan bayi Hani dan Jimin kepada kembarnya.
" Baby.. " ujar Hae Su. Mimi tersenyum melihat anaknya lalu mengusap lembut kepala anaknya.
" Hani.. Anak kau betul-betul ikut muka Jimin " kata Mimi sambil tertawa.
" Itu la pasal. Aku yang pregnant 9 bulan dan lahirkan baby.. Last-last anak ikut appa.. " kata Hani sambil memandang Jimin di sebelah. Jimin hanya tertawa.
" Dari mata ke bibir. Hm sebiji.. " ujar Mimi sambil mengelus pipi bayi itu dengan lembut.
"Tapi mata dia ikut aku sikit " kata Hani. Dia melihat anaknya dengan penuh kasih. Haih, tak sangka dah ada anak.
" Korang dah fikir nama ke ? " soal Puan Kim kepada Jimin dan Hani. Pasangan itu memandang antara satu sama lain .
" Takkan tak fikir lagi ? Haih .. " keluh Puan Kim .
" Eomma.. Hani dengan Jimin dah fikir dah pun sebelum ni " ujar Hani . Senyuman diukir pada bibir pucatnya. Bermulalah hari pantang Hani. Nak makan perlulah berjaga-jaga.
" Apa nama anak kamu ? " soal Encik Kim ingin tahu tentang nama cucu sulung lelaki dalam keluarga Kim. Jimin dan Hani tersenyum lalu Jimin berdehem. Yang lain memandang mereka.
" Nama anak kitaorang.. Park Min Jae " Jimin berkata. Hani juga turut tersenyum.
" Wah , sedapnya nama... Min Jae.. " kata Mimi. Hae Su dan Hyun Joon di dukungan Mimi dan Namjoon.
" Mummy..n-nak baby.. " pinta Hae Su. Mimi memandang Hae Su. Dia minta pula dekat sini.
" Apa lagi Namjoon.. Hae Su dah minta adik tu. Dah tiba masanya diorang perlu ada adik " usik Jin sambil tertawa.
" Eh , hyung ni.. " kata Namjoon. Mimi sudah menunduk bawah. Malu betul. Haih. Mereka semua tertawa di dalam wad tersebut .
---
6 bulan kemudian,
Hani mengemas baju Jimin dan diletakkan di dalam bagasi milik Jimin. Sekali lagi Jimin bakal meninggalkan isterinya dan juga anak lelakinya , Min Jae untuk konsert tour di luar negara. Tapi kali ini hanya beberapa lokasi sahaja. Tak sampai 2 bulan pun dia akan pergi. Mungkin 1 bulan setengah ?
Bunyi passcode ditekan dari luar. Siapa lagi kalau bukan Jimin. Hani memang kerja dari rumah sahaja kerana dia ingin menjaga Min Jae. Hani menutup zip bagasi Jimin lalu diletakkan di tepi. Dia keluar dari bilik dan melihat ke arah sofa.
Jimin sedang bersandar di sofa berehat seketika. Punggung dilabuhkan di sebelah suaminya. Tangannya ditongkat pada sofa dan memandang Jimin.
" Awak nampak penat je ni.. " tegur Hani. Jimin memandang Hani sambil tersenyum. Dia mengusap pipi Hani lembut.
" Penat sikit je.. Mana baby boy saya ? " Jimin menyoal tentang Min Jae.
" Dia tidur.. Lama juga tu dia tidur. Saya kena kejut dia nanti.. " ujar Hani sambil menunjukkan ke arah bilik yang ditempatkan Min Jae.
YOU ARE READING
The Moments of Love S2
FanfictionSambungan kisah The Moments of Love S1 . Kisah tiga orang gadis telah berjumpa dengan cinta sejati mereka. Seorang sudah berkahwin. Tinggal lagi dua orang . Adakah akan ada konflik dalam hubungan mereka ? " Taehyung... Let me explain ! " ujar A...