Hani terjaga daripada tidur apabila dia merasakan bahawa seseorang memeluknya. Matahari menembus dari langsir membuatkan dia tersedar dari tidur. Hani terkejut apabila badan Jimin sangat dekat dengannya. Senang cerita , Jimin masih memeluk Hani.
Hani terjerit kecil lalu menolak badan Jimin. Dia terbangun dan berdiri untuk menjauhi Jimin.
Jimin terkejut dengan tolakan tersebut dan dia terjaga daripada tidur. Dia memandang Hani yang sedang berdiri.
" Kenapa awak dekat sini ? " soal Hani kepada Jimin. Kebetulan pula si Jimin ni tak berbaju. Nafas Hani turun naik .
" Kita kan dah kahwin sayang. Awak kenapa ? " jawab Jimin yang baru bangun tidur . Risau juga la tadi , tiba-tiba isterinya menjerit. Hani menghela nafas berat. Lupa pula yang dia sudah berkahwin dan telah bergelar isteri kepada Park Jimin.
" Sorry , saya terlupa... " ujar Hani yang rasa serba salah.
" Aduh , bongok la kau ni Hani " kata Hani perlahan.
" Mana baju awak ? Saya terkejut sebab awak tak pakai baju tau " kata Hani. Jimin tertawa kecil.
" Semalam saya panas la. Tu yang buka baju tu " balas Jimin. Hani memandang ke arah lain. Haih.
" Hm okay la... Saya nak mandi and siapkan breakfast " ujar Hani lalu masuk ke dalam bilik air. Dia melihat dirinya melalui pantulan cermin.
" Dia husband kau Hani.. Husband kau ! " kata Hani perlahan.
Selesai mandi , dia keluar dari bilik air dan melihat Jimin masih berselubung di dalam selimut. Eh , tidur balik ? Hani keluar dari bilik dan menyiapkan sarapan pagi. Jarum baru menunjukkan pada pukul 9 pagi.
Hani hanya menyediakan roti dan juga telur rebus separuh masak. Selepas siapkan sarapan , dia masuk ke bilik semula untuk mengejutkan Jimin .
" Sayang.. Bangun lah.. Breakfast dah siap " Hani duduk dan memanggil Jimin lembut. Jimin menggeliat kecil lalu memandang Hani. Dia tersenyum lalu mengusap kepala Hani lembut. Dia bangun dan menghadap Hani.
" Jom.. Saya dah siapkan breakfast... Kita makan... " ujar Hani sambil tersenyum. Jimin menekup wajah Hani lalu menilik wajah cantik Hani.
" Awak tunggu kejap.. Saya pergi basuh muka " kata Jimin lalu bangun pergi ke bilik air. Hani keluar dari bilik dan menunggu suaminya untuk makan bersama.
Sesudah membasuh muka , Jimin keluar dari bilik . Kelihatan Hani sudah pun menunggu di ruang makan. Jimin menarik kerusi lalu duduk di sebelah Hani. Mereka berdua makan sekali.
" Sayang.. Saya ada benda nak cakap " Jimin bersuara. Hani menunggu kata dari Jimin.
" Saya minta maaf.. Kita tak boleh pergi honeymoon dalam waktu yang terdekat ni. Malam ni saya akan pergi LA untuk konsert tour " ujar Jimin dalam nada kecewa. Hani memandang Jimin dengan riak wajah yang kecewa. Dah la baru kahwin lepastu kena tinggal.
" Lama ke konsert tour awak ? " soal Hani kepada Jimin. Lelaki itu mengangguk.
" 2 bulan maybe .. " jawab Jimin ringkas.
" Hm takpe lah.. Nak buat macam mana. Itu kan kerja awak " kata Hani.
" Saya rasa serba salah la.. Kita dah la baru kahwin lepastu saya tinggal awak seorang diri " ujar Jimin. Memang dia terkilan sedikit kena tinggal isteri.
" Gwaechanha.. Saya okay. " kata Hani. Jimin tersenyum kelat. Mereka sambung makan sambil berbual-bual.
---
YOU ARE READING
The Moments of Love S2
FanfictionSambungan kisah The Moments of Love S1 . Kisah tiga orang gadis telah berjumpa dengan cinta sejati mereka. Seorang sudah berkahwin. Tinggal lagi dua orang . Adakah akan ada konflik dalam hubungan mereka ? " Taehyung... Let me explain ! " ujar A...