EP 7

0 0 0
                                    

Jam sudah menunjukkan pada pukul 11 pagi. Aera terjaga daripada tidur gara-gara matahari menembus dari langsir biliknya. Aera menilik jam di telefon. Mata digosok-gosokkan. Membulat mata Aera apabila missed call dari Taehyung tidak diangkat. Aera terus bangun dan pergi bilik air untuk membersihkan diri.

Selepas beberapa minit , dia keluar dari bilik air. Skincare dipakai sudah menjadi rutin hariannya. Aera mengambil telefonnya lalu menelefon Taehyung semula. Tidak lama kemudian , talian disambungkan.

" Hello.. " Aera bersuara lembut. Suara garau Taehyung menyapa di telinga Aera.

" Kenapa saya call awak tak angkat ? " tanya Taehyung. Suaranya seperti risau akan girlfriendnya.

" Saya baru bangun. Hehehehe. Sorry.. " jawab Aera sambil tersengih.

" Oh ye ke ? Sorry kacau awak tidur. " kata Taehyung sambil menggosok lehernya .

" Its okay.. " jawab Aera. Dia meniarap sambil bercakap dengan Taehyung. Aera tersenyum sendirian.

" Awak balik bila ? " soal Taehyung kepada Aera.

" Harini. Petang sikit " jawab Aera.

" Oh.. Hati-hati. Kalau penat.. Berhenti dulu okay " pesan Taehyung.

" Nae... " jawab Aera sambil ketawa kecil.

Pintu bilik Aera dibuka oleh Ae Hyeong dari luar. Aera memandang ke arah pintu. Kening dijongket tanda kenapa.

" Kau memang tak reti ketuk pintu ke ? " soal Aera tegas. Orang tengah cakap telefon dengan boyfriend , boleh pula dia tak ketuk pintu.

" Dah ketuk. Tapi unnie yang tak dengar " jawab Ae Hyeong menyampah lalu menjeling ke arah Aera.

" Nak apa ? " tanya Aera dingin kepada Ae Hyeong . Taehyung masih di talian.

" Appa suruh turun. Ada tetamu.. Si Ho oppa !! unnie.. Hensem betul " kata Ae Hyeong dalam nada teruja . Aera menggulingkan mata ke atas. Setakat jumpa lelaki tu baik tak payah.

" Whatever ! Unnie takkan turun ! " balas Aera.

" Appa marah la nanti.. Turun lah ! Makan lunch sekali " ujar Ae Hyeong yang memaksa kakaknya untuk turun ke bawah. Aera melepaskan keluhan berat.

" Unnie cakap telefon dengan siapa ? " tanya Ae Hyeong. Aera memandang telefonnya. Baru dia tersedar talian belum dimatikan.

" Maafkan saya encik.. Saya dekat kampung ni. Nanti saya bagitahu. Okay bye ! " Aera berpura-pura bercakap dengan klien. Dia takmahu kantoi dengan adiknya. Dia menutup talian.

" Klien unnie.. " jawab Aera. Ae Hyeong membulatkan mulutnya tanda 'O' .

" Jom turun. Nanti appa bising " kata Ae Hyeong. Aera dengan malasnya menurut perintah ayahnya. Dia turun ke bawah walaupun ada lelaki yang dia tidak suka tersebut. Dengan langkah longlainya , dia berjalan ke arah ruangan makan.

Lelaki itu memandang ke arahnya dengan memberi senyuman kepada Aera malah gadis itu membuat muka menyampah dan menjeling kepada lelaki tersebut. Dia menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan lelaki itu. Adiknya , Ae Hyeong duduk di sebelahnya.

" Hi Aera ! Saya Hong Si Ho. Panggil Si Ho " kata lelaki tersebut sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya. Tetapi Aera tidak membalas salaman itu malah dia memandang lelaki itu dengan serius.

" Aera.. Tu Si Ho hulurkan tangan untuk berkenalan dengan kamu " ujar Encik Seo. Aera memandang ayahnya pula. Si Ho menarik tangannya semula apabila salam perkenalannya tadi tidak dibalas.

" Gwaechanha , uncle.. Saya okay je " kata Si Ho sambil tersenyum. Ae Hyeong di sebelah Aera memandang Si Ho sambil tersengih.

Mereka mula makan bersama. Aera perasan akan pandangan adiknya itu terhadap Si Ho lalu dia memukul peha adiknya.

The Moments of Love S2Where stories live. Discover now