Jimin bangun awal pagi kerana dia teringat pasal semalam yang harini dia ingin memberi kejutan kepada isterinya . Hani masih tidur di sebelah manakala si kecil itu sudah terjaga daripada tidur. Dia bermain-main di dalam katil baby cot seorang diri.
Jimin mengambil Min Jae lalu mencium pipi gebu Min Jae.
" Anak appa.. Behave tau harini. Jangan susahkan mama. Appa nak pergi luar negara ni " kata Jimin perlahan. Takut Hani terjaga. Semalam Min Jae terjaga sebab nak susu.
Jimin pergi ke arah katil lalu meletakkan Min Jae di atas katil. Min Jae berada di tengah dan dia baring di sebelah anaknya. Hani menggeliat kecil apabila merasakan ada sesuatu yang bergerak. Hani membuka matanya lalu melihat Min Jae di sebelah.
" Eh.. Anak mama dah bangun.. " ujar Hani lembut yang baru bangun tidur lalu mengucup sekilas bibir Min Jae.
" Appa dia takde ke morning kiss ? " soal Jimin. Hani memandang Jimin dengan tajam. Haih. Ada-ada je. Jimin tertawa kecil.
" Memandangkan Min Jae bangun awal. Jom lah keluar sebelum saya outstation malam ni " Jimin mengajak Hani.
" Okay.. Kejap saya siap-siap dulu " kata Hani lalu dia menyiapkan dirinya. Seterusnya , baru siapkan Min Jae.
Setelah ketiga-tiga itu sudah siap , Jimin mengambil Min Jae lalu diletakkan di atas sofa. Dia mengambil gambar anaknya terlebih dahulu.
" Min Jae-ya.. Sini.. " acah Jimin agar Min Jae memandang kamera. Hani juga turut mengacah si kecil itu. Gelak terus dia. Jimin sempat mengambil gambar Min Jae. Hani mendukung Min Jae. Jimin tersenyum apabila melihat gambar tersebut.
" Kiyeowo " desis hati Jimin.
" Sebiji macam saya " kata Jimin sambil tertawa. Dia menunjukkan gambar itu kepada isterinya.
" Aww.. Comelnya.. Tapi mata dia ikut saya okay " kata Hani. Jimin melihat Hani dan Min Jae." Hm ye lah.. Mata dia ikut mama. Kalau ikut appa.. Sepet " ujar Jimin sambil ketawa.
" Awak hantar dekat saya gambar tu. Geram betul " kata Hani lalu mencium Min Jae berulang kali. Tidak sangka bahawa si kecil itu sudah menginjak umur 6 bulan. Kenapa cepat membesar ? Haih.
" Dah siap ke ? Kalau dah siap.. Jom ! " soal Jimin. Hani membalas dengan anggukan. Baru sahaja Hani melangkah beberapa tapak ke hadapan , Jimin menghalang lalu dia memberi sesuatu kepada isterinya. Dahi Hani mula mengerut kerana aneh. Dia memandang Jimin dengan penuh tanda tanya.
" Awak kena pakai eye mask ni.. " ujar Jimin. Hani menggelengkan kepala tanda tidak mahu.
" Taknak la sayang. Min Jae ni macam mana ? Awak nak surprise apa lagi ? Cukup la masa In the Soop awak surprise kan saya. " Hani memprotes tidak mahu. Lagipun haritu Jimin main-main masa dia pakai eye mask.
YOU ARE READING
The Moments of Love S2
FanfictionSambungan kisah The Moments of Love S1 . Kisah tiga orang gadis telah berjumpa dengan cinta sejati mereka. Seorang sudah berkahwin. Tinggal lagi dua orang . Adakah akan ada konflik dalam hubungan mereka ? " Taehyung... Let me explain ! " ujar A...