Jam sudah menunjukkan pada pukul 5 petang . Jimin masuk ke dalam studio Namjoon selepas merakam lagu barunya. Dia duduk di sofa sambil bersandar. Telefon dibuka lalu melihat mesej kakao isterinya yang lama-lama. Dia agak pelik pada mulanya tapi dia positif kan sahaja.
" Jiminnie.. Kau dah habis record ke ? " soal Namjoon kepada Jimin.
" Hm dah.. " jawab Jimin.
Jimin masih scroll lagi mesej Hani.
From : My Wifey ✨❤
Awak .. Nanti balik tolong beli Bungeoppang.. Gomawoyo.. Saranghaeyo.. 😘
Baby.. Balik nanti tolong beli kimbap.. Saya tak larat la nak buat.. Beli pleasee.. Saya teringin nak makan .. Yang dekat Gangnam tu tau
Sayang.. Nanti balik tolong belikan ice cream. Saya craving. 😢
" Kau baca apa Jimin ? Serius betul " soal Namjoon apabila melihat Jimin melihat telefonnya seperti mahu menembus sahaja .
" Takde apa hyung.. Baca mesej Hani.. Lately ni Jimin pelik sikit dengan dia " jawab Jimin.
" Pelik kenapa ? " soal Namjoon pula.
" Asyik makan je hyung.. And then suka sangat emosi.. Menangis la.. Manja tiba-tiba. " ujar Jimin pelik. Namjoon mengerutkan dahi. Dia macam pernah lalui semua ini tapi masa Mimi mengandung.
" Kejap.. Hyung rasa.. " kata Namjoon tetapi terhenti. Jimin pelik.
" Kenapa hyung ? " soal Jimin.
" Kau pergi balik sekarang ! Then , kau tengok perubahan dia.. " kata Namjoon yang menyuruh Jimin pulang.
" Hah ? " Jimin masih blur.
" Hyung cakap pergi balik tu pergi je lah... " kata Namjoon. Jimin menurut kata Namjoon lalu keluar dari studio Namjoon. Dia pulang ke rumah.
---
Selepas makan tengahari di rumah Mimi , Aera dan Hani duduk sebentar di rumah sepupunya itu. Maklumlah lama tak jumpa. Mereka berdua duduk di ruang tamu sementara menunggu Mimi meletakkan Hyun Joon dan Hae Su di atas. Baru lepas makan , memang mengantuk la dua orang kembar itu.
Mimi turun ke bawah setelah meletakkan Hyun Joon dan Hae Su. Dia duduk di sofa lalu mereka bertiga berbual-bual.
" Aera.. Kau tak cerita lagi dekat kitaorang macam mana kau kena propose dengan Taehyung ? " ujar Hani kepada Aera.
" Oh.. Macam ni.. " jawab Aera lalu memberitahu perkara sebenar kepada mereka berdua. Dari Si Ho datang mencarinya sehingga Taehyung melamarnya.
" Macam mana Si Ho tu boleh tahu rumah kau ? " soal Mimi kepada Aera.
" Entah.. Aku pun taktahu.. " ujar Aera yang agak pelik. Sebelum ni dia tak bagitahu pun pasal rumahnya.
" Ish , tapi seram bagi aku.. Korang tak ingat ke yang psycho aku dulu ? Aku trauma babe " tanya Hani kepada mereka berdua.
" Gila kau tak ingat. Macam dalam drama. Aku dekat tempat kejadian tau " kata Mimi sambil memandang Hani.
Hani menggelengkan kepala. Tidak mahu mengingati kisah lama.
" Guys.. Korang tahu tak lately ni aku banyak makan " Hani bersuara.
" Aku perasan. Tadi kau banyak makan betul " ujar Aera pula. Hani tersengih. Taktahu kenapa.
" Lepastu bukan banyak makan je. Aku emosi tak tentu pasal. Kejap menangis , kejap manja , kejap nak marah. Kenapa eh ? " soal Hani pelik kepada Mimi dan Aera. Mimi mengerutkan dahi.
YOU ARE READING
The Moments of Love S2
FanfictionSambungan kisah The Moments of Love S1 . Kisah tiga orang gadis telah berjumpa dengan cinta sejati mereka. Seorang sudah berkahwin. Tinggal lagi dua orang . Adakah akan ada konflik dalam hubungan mereka ? " Taehyung... Let me explain ! " ujar A...