EP 15

1 0 0
                                    

Lima bulan kemudian, hari yang ditunggu telah tiba. Hari ini merupakan majlis perkahwinan di antara Aera dan Taehyung yang akan berlangsung di taman yang telah ditempah oleh mereka berdua. Aera sedang bersiap-siap di hadapan cermin.

Seseorang mengetuk pintu bilik Aera. Rupanya Mimi dan Hani. Seorang mak buyung dan seorang lagi mak anak dua. Mimi pula sedang mendukung Hyun Joon. Hae Su tiada. Mungkin dekat bapa dia.

" Wah , Aera ! Cantiknya kau ! " puji Mimi apabila melihat Aera sedang bersiap. Aera hanya tersenyum melalui pantulan cermin.

" Aera.. Akhirnya , kau kahwin juga dengan Taehyung " ujar Hani pula. Usia kandungan Hani pula sudah mencecah 9 bulan. Menunggu masa untuk meletup sahaja.

" Aku pun tak sangka. Tuptup hari ini aku dah nak kahwin dengan dia " balas Aera teruja. Hani dan Mimi tersenyum.

Selepas Aera siap menukar baju dan menyiapkan rambutnya , dia menunggu sebentar sementara ayahnya datang untuk membawanya ke taman. Majlis ini hanya untuk keluarga yang terdekat dan rakan-rakan rapat sahaja. Tak perlu ramai-ramai.

Aera menggosok kedua-dua telapak tangannya untuk merasakan haba supaya kesejukan pada tangannya akan hilang. Takut , risau dan gusar . Semua perasaan itu bercampur baur. Lagi berapa jam sahaja dia bakal bergelar seorang isteri kepada Kim Taehyung.

Hani mendekati ke arah sepupunya. Diusap perlahan belakang badan gadis itu supaya tenang. Sudah semestinya Aera berasa nervous kerana Hani dulu juga pernah rasa apa yang Aera rasa. Mimi duduk di sebelah Aera.

" Relaks okay Aera... Majlis kau akan berjalan lancar harini. Don't worry " ujar Mimi sambil memandang Aera.

" Baru aku faham apa yang korang rasa dulu... " kata Aera pula. Hani dan Mimi mengukir senyuman pada bibir. Aera memandang Hani.

" Hani, due date kau bila ? " soal Aera sambil mengusap lembut perut besar Hani.

" Dah nak dekat dah. Actually Jimin pun tak bagi aku pergi majlis kau.. Tapi aku pujuk juga dia sebab kau cousin aku .. Dia terlalu risau sebab due date aku semakin hampir " jawab Hani.

" Semoga dipermudahkan urusan kau untuk lahirkan baby first kau " ujar Aera. Hani mengangguk faham.

Seseorang mengetuk pintu bilik Aera , kelihatan seorang wanita muncul di muka pintu.

" Cik Aera dah boleh keluar .. Ayah Cik ada dekat luar dah. Pengantin lelaki pun dah bersedia " terang wanita itu selaku wedding planner perkahwinan Aera dan Taehyung. Aera mengangguk. Kemudian , ayah Aera pula masuk ke dalam bilik.

" Aera.. Kitaorang keluar dulu. Good luck and tahniah ! " kata Mimi. Aera mengangguk sambil tersenyum.

Hani dan Mimi keluar dari bilik Aera lalu menunduk hormat terhadap Encik Seo.

" Anak appa dah bersedia ke ? " soal Encik Seo kepada anaknya. Aera menarik nafas lalu menghembus nafas perlahan. Dia mengangguk perlahan.

" Jom.. Taehyung dah tunggu kamu " kata Encik Seo. Aera memaut tangannya pada lengan ayahnya.

Semasa berjalan ke arah taman , sempat Encik Seo memuji anaknya.

" Aera nampak cantik harini. Lepasni appa lepaskan tanggungjawab appa dekat Taehyung. Dengar cakap suami okay " kata Encik Seo.

" Baik appa.. " balas Aera pendek. Setibanya di taman tersebut , semua mata memandang ke arah Aera termasuk Taehyung. Aera menayangkan senyuman manis kepada tetamu-tetamu yang hadir. Taehyung tidak lepas memandang bakal isterinya yang begitu cantik mengenakan busana pengantin.

Pengacara tersebut mengumumkan ketibaan pengantin perempuan serta ayahnya. Semua tetamu berdiri dan bertepuk tangan. Aera berjalan di atas karpet merah bersama dengan ayahnya.

The Moments of Love S2Where stories live. Discover now