EP 4

3 0 0
                                    

Keesokkan harinya , Jimin dan Hani telah pun siap mengemaskan barang-barang mereka untuk pergi ke Paris , France. Hani membawa 2 bagasi manakala Jimin membawa 3 bagasi . Hani mencekak pinggang apabila melihat Jimin membawa beg yang banyak.

" Awak ni bawa apa banyak-banyak ? " soal Hani kepada Jimin.

" Beg galas ni saya letak passport , wallet and skincare. Yang beg ni saya letak makanan sikit. Kita kan nak duduk lama. Plus saya bawa beg lebih ni , bolehlah kita pergi shopping .. Then semua barang letak dalam ni. Yang ketiga , semua barang keperluan saya. Baju , seluar dan sebagainya " jawab Jimin panjang lebar. Hani membulatkan mulutnya tanda 'oh'.

" Jom lah.. Saya dah tempah teksi " kata Hani. Jimin mengangguk dan mereka berdua turun ke bawah. Bagasi tersebut diletakkan di dalam bonet kereta. Selepas itu mereka masuk ke dalam teksi tersebut.

Teksi itu laju meluncur ke arah destinasi mereka iaitu Incheon International Airport.

Sampai sahaja di lapangan terbang , Jimin dan Hani mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi tersebut kerana telah menghantar mereka berdua. Mereka masuk ke dalam untuk check in bagasi mereka. Selepas itu , mereka berjalan di sekitar airport untuk membeli makanan dan jalan-jalan sementara menunggu pintu departure buka.

Jam dikerling sekilas di tangan. Hani mengajak Jimin untuk masuk ke dalam pintu penerbangan supaya mereka tidak terlepas. Pegawai-pegawai tersebut memeriksa passport serta beg kecil yang mereka bawa.

Setelah itu , mereka berdua masuk ke dalam kapal terbang . Hani menempah business class. Hani mengambil tempat di tingkap manakala Jimin di sebelah.

Jimin membuka jaketnya lalu duduk di sebelah isterinya. Hani hanya membelek-belek skrin pada seat hadapannya.

" Eo ? Awak Park Jimin kan ? " seorang pramugari menegur Jimin. Hani memandang gadis itu.

" Ha ya.. " jawab Jimin sambil mengangguk.

" Waa.. Saya minat dengan awak.. Boleh tak saya nak sign dari awak ? " tanya pramugari itu lagi. Hani mengerutkan dahi.

" Apa dia ingat Jimin buat fansign ke dekat sini ? " gumam hati Hani. Dia memandang pramugari itu atas bawah. Tak nampak ke isteri dia dekat sini.

" Oh boleh-boleh.. " jawab Jimin lalu menandatangani di atas kertas. Pramugari itu berasa sedikit teruja apabila mendapat tandatangan dari idolanya.

" Kamsahamnida.. " ucap pramugari tersebut. Jimin memandang Hani di sebelah. Dia nampak muka Hani menjadi menyampah. Jimin tersenyum sendirian. Boleh lah kita usik isteri sendiri.

" Awak.. You look so beautiful.. " Jimin memuji pramugari tersebut. Hani yang mendengar perkataan itu terus menekan butang di sebelah kerusinya. Kerusi itu diturunkan. Selimut ditarik.

Pramugari itu tersenyum malu sambil mengucapkan terima kasih. Hani mengambil bantal lalu menghempaskan kepada Jimin. Hani menutup dirinya dengan selimut.

" Lelaki memang macam ni kan. Dasar gatal " marah Hani sendirian.

" Mianhae.. Ni wife saya.. " ujar Jimin kepada pramugari itu. Pramugari itu tersenyum sambil mengangguk. Terus dia beredar dari situ apabila dapat tahu yang Jimin sudah berkahwin.

" Sayang.. " panggil Jimin terhadap Hani. Wanita itu diam sahaja, tidak bersuara. Menyampah katanya.

" Sorry la.. Saya saja je usik awak. " kata Jimin lagi. Masih diam. Jimin mengeluh. Nanti okay la tu. Biarkan.

---

Mimi masih bekerja di rumah. Cuma hari ini sahaja dia bekerja di rumah. Esok dia bakal ke office semula untuk menguruskan syarikatnya memandangkan Hani tiada selama 1 minggu. Hyun Joon dan Hae Su pula berada di bawah bersama dengan Namjoon.

The Moments of Love S2Where stories live. Discover now