Malam keesokkan harinya , Hani dan Jimin pergi ke Eiffel Tower. Mereka sengaja pergi malam terakhir kerana ingin melihat pemandangan Paris puas-puas sebelum pulang pada esok hari. Malam ini sejuk sikit , jadi Hani dan Jimin memakai padded jacket untuk menghilangkan rasa sejuk.
Jimin dan Hani pergi ke arah Eiffel Tower . Tangan kecil milik Hani digenggam erat oleh Jimin lalu lelaki itu meletakkan tangan isterinya di dalam poket jaket. Hani melihat Jimin. Ada-ada je.
Mereka berjalan di sekitar situ .
" Cantiknya !! " ujar Hani dalam nada yang teruja.
" Awak tangkap gambar saya " kata Hani lalu Jimin menangkap gambar Hani. Kemudian , mereka berdua selfie dengan berlatarkan Eiffel Tower.
" Awak nak tak kita video call Mimi dengan Namjoon oppa ? Rindu pula la dekat budak kecil tu " kata Hani. Jimin mengangguk lalu dia mencari nama Namjoon untuk telefon.
Selang beberapa minit , talian Namjoon disambungkan.
" Oh , Jimin-ah ! " jerit Namjoon teruja. Jimin tersenyum.
" Hyung ! " balas Jimin pula.
" Sayang ! Tengok ni pasangan lovey-dovey ni call saya " Namjoon memanggil Mimi.
Mimi cepat-cepat pergi ke arah Namjoon.
" Hani .. Jimin " kata Mimi teruja. Hani melambaikan tangan kepada mereka.
" Kau dekat mana Jimin ? " soal Namjoon. Jimin memusing-musingkan dirinya.
" Dekat sini ha ! " jawab Jimin sambil menunjukkan Eiffel Tower di belakangnya.
" Wah , Eiffel Tower la.. " kata Namjoon .
" Mana Hyun Joon dengan Hae Su ? " tanya Hani kepada Namjoon dan Mimi.
" Hae Su tidur.. Yang ada Hyun Joon je " jawab Mimi lalu menunjuk Hyun Joon di hadapan kamera. Mata Hani bersinar-sinar apabila melihat Hyun Joon . Dia mengacah Hyun Joon.
" Annyeong Hyun Joon-ah... " Hani mengacah Hyun Joon sambil melambai tangan ke arah anak kecil itu. Hani tersenyum melihat Hyun Joon yang tersengih.
" Hyun Joon lepasni ada kawan la.. From Uncle Jimin .. Kan anak daddy " kata Namjoon sambil memandang Hyun Joon.
" Eh, hyung ni.. " ujar Jimin. Haih. Jangan la cakap begitu. Malu.
" Korang balik bila ? " soal Mimi .
" Esok kot " jawab Hani sambil tersenyum .
" Oh takpe lah kalau macam tu " ujar Mimi.
" Hyung.. Kami tutup dulu. Jumpa di Korea nanti " kata Jimin. Namjoon mengangguk.
" Okay.. Bye.. " kata Namjoon lalu mereka mematikan talian.
" So , sekarang kita nak pergi mana ? " soal Hani kepada suaminya.
" Jalan-jalan dekat sini je lah.. Ke awak nak balik ? Sejuk ni " tanya Jimin sambil menggosok-gosok lengannya . Walaupun pakai baju tebal tapi tetap rasa kesejukan. Hani berfikir.
" Hm kalau balik .. Esok takdapat datang sini dah. Kalau jalan-jalan sejuk pula " kata Hani yang masih berfikir.
" Kita balik lah sayang.. Nanti awak demam ke saya demam ke.. Susah pula nanti " ujar Jimin. Hani mengangguk lalu mereka pulang ke hotel kerana cuaca pada malam itu sangat sejuk.
---
Aera terpaksa pulang ke Gwangju harini kerana ayahnya yang minta . Katanya ada benda nak cakap. Aera hanya turuti sahaja perintah ayahnya. Dia memandu ke Gwangju selama 2 jam dari Seoul.
YOU ARE READING
The Moments of Love S2
FanficSambungan kisah The Moments of Love S1 . Kisah tiga orang gadis telah berjumpa dengan cinta sejati mereka. Seorang sudah berkahwin. Tinggal lagi dua orang . Adakah akan ada konflik dalam hubungan mereka ? " Taehyung... Let me explain ! " ujar A...