Hani sedang bersiap-siap untuk pergi ke pejabatnya. Dia duduk di hadapan cermin sambil memandang cermin di hadapannya. Liptint diambil untuk dipakai supaya bibir tidak kelihatan pucat. Jimin awal-awal dah keluar. Katanya ada jadual harini.
Hani berasa tidak selesa lalu dia berlari ke arah bilik air untuk memuntahkan isi yang ditahan dari tadi. Selepas itu , dia keluar semula dan melihat dirinya melalui pantulan cermin. Dia mengambil minyak wangi untuk menyemburkan pada pergelangan tangannya tetapi dia tidak suka bau minyak wangi tersebut.
" Aduh , nak pakai minyak wangi pun tak boleh ke ? " soal Hani sendirian lalu meletakkan semula minyak wangi miliknya di atas meja solek. Hani mengambil minyak wangi Jimin lalu dia menghidu bau minyak wangi tersebut. Dia tersenyum sendirian.
" Hm wangi.. " ujar Hani lalu menyemburkan minyak wangi Jimin pada pergelangan tangannya.
Hani bangun dan terus pergi ke pejabatnya dengan membawa kereta sendiri. Kereta meluncur di atas jalan raya. Macam biasa la , jalan jammed waktu pagi.
Jari diketuk-ketuk pada stereng untuk menghilangkan rasa bosan.
Setelah sampai di pejabat MH holdings , Hani masuk ke dalam bangunan yang gah itu. Sementara menunggu lif , dia ditegur oleh Mimi di sebelah.
" Macam mana kau surprisekan Jimin ? Apa reaksi dia ? " soal Mimi ingin tahu tentang kejutan itu. Hani tersenyum.
" Of course dia happy ! " jawab Hani. Mimi dan Hani masuk ke dalam lif lalu butang tingkat 18 dan 19 ditekan.
" Mimi.. Aku nak tanya.. Kau alah teruk tak masa pregnant Hyun Joon dengan Hae Su ? " soal Hani kepada Mimi.
" Teruk tu tak la. Tapi aku mual teruk juga masa first trimester. Second trimester aku banyak makan. Maklumlah kembar " jawab Mimi sambil tersengih.
" Oh.. Aku saja tanya " ujar Hani sambil mengangguk faham.
" Kau alah teruk ke ? " soal Mimi.
" Tak sangat .. Tapi kau tak bau pelik ke dekat aku ? " tanya Hani sambil menjongket kening memandang sepupunya.
" Hm.. Aku bau minyak wangi lelaki. Kau pakai minyak wangi Jimin ke ? " soal Mimi apabila dia perasan bau Hani sedikit lain harini. Hani tersenyum sambil mengangguk.
" Aku tak boleh bau minyak wangi aku.. Kalau tak nak muntah " jawab Hani.
" Biasa la tu.. " jawab Mimi . Bibir mengukir senyuman.
" Aku keluar dulu " kata Hani lalu keluar ke tingkat biliknya. Mimi mengangguk . Pintu lif ditutup.
---
Selesai photoshoot untuk gambar yang pertama , mereka berehat sebentar. Namjoon duduk di sebelah Jimin. Namjoon mengambil buku miliknya lalu sambung membaca buku tersebut.
" Hyung.. Nak tanya.. Macam mana eh Mimi pregnant dulu ? Teruk tak alahan dia ? " soal Jimin ingin tahu. Maklumlah first time nak kawal perempuan mengandung ni.
" Teruk tu tak sangat. Tapi hyung rasa kesian juga sebab dia la yang pregnant , dia yang tanggung kesakitan. Sampai deliver baby " ujar Namjoon lalu memandang Jimin.
Jimin mengangguk faham.
" Teruk ke alahan Hani ? " tanya Namjoon kepada Jimin.
" Setakat ni okay lagi. Dia mual-mual sikit. Then , emosi naik turun. Makan banyak " jawab Jimin apabila dia mengingati semalam bahawa Hani menangis kerana rindu ibu dan ayahnya.
" Layankan je.. Kalau dia mengidam apa-apa pun.. Kau cari je kalau ada. " kata Namjoon pula . Jimin mengangguk tanda dia faham.
" Namjoon ... Pergi tukar baju .. Lepasni turn awak untuk photoshoot " ujar manager BTS. Namjoon mengangguk lalu dia beredar untuk menukar bajunya.
YOU ARE READING
The Moments of Love S2
FanficSambungan kisah The Moments of Love S1 . Kisah tiga orang gadis telah berjumpa dengan cinta sejati mereka. Seorang sudah berkahwin. Tinggal lagi dua orang . Adakah akan ada konflik dalam hubungan mereka ? " Taehyung... Let me explain ! " ujar A...