EP 5

1 0 0
                                    

       Hari ketiga berada di Paris , Jimin dan Hani pergi berjalan di kota tersebut . Semalam mereka berdua cuma makan malam sahaja di hotel . Kalau boleh nak rehat je semalam sebab penat.  Harini baru dapat jalan-jalan. 

Mereka berdua pergi ke arah cruise.  Sebenarnya Jimin yang ajak . Hani masih keliru kerana dia tidak menempah apa-apa tiket untuk menaiki cruise.  Sebelum masuk ke dalam cruise , Hani menahan Jimin.  Dia memandang lelaki itu. 

" Saya tak book pun tiket untuk naik cruise ni lah sayang..  " ujar Hani lembut.  Jimin tersenyum lalu memegang erat tangan Hani.  Dia malas hendak menjawab. 

Hani masih bingung.  Dia hanya masuk ke dalam cruise tersebut.  Yang peliknya , takde orang.  Selepas mereka berdua masuk , cruise itu bergerak.  Hani memandang Jimin dengan penuh tanda tanya. 

" Kenapa kita dua je ? " soal Hani kepada Jimin. 

" Saya yang book cruise ni untuk kita je... " jawab Jimin.  Mata Hani memandang mata Jimin. 

" Mesti mahal kan ? Takpayah la book satu cruise ni " kata Hani.  Jimin mengusap kepala Hani lembut. 

" Saya yang nak. " jawab Jimin lalu dia mendekati isterinya.  Tangan Jimin melingkar pada pinggang Hani lalu dia menarik supaya Hani lebih dekat dengannya.  Membulat mata Hani apabila Jimin berbuat demikian. 

Jimin ketawa apabila muka Hani mula berona merah bak tomato.  Dia melepaskan pelukan itu. 

" Merahnya muka awak " kata Jimin . Dia mencuit hidung Hani.  Mereka mengambil angin di luar.  Jimin pergi ke arah hujung cruise.  Hani tersenyum sinis.  Dia mendekati lelaki itu.  Hani menarik lengan Jimin. 

Badan Jimin mengalih ke belakang apabila ditarik.  Hani melingkar tangannya pada leher Jimin lalu wajahnya mendekati wajah lelaki itu.  Tangan Jimin pula berada di pinggang Hani. 

" Apa awak ingat saya tak berani ke ? " soal Hani lalu menjongket kening sebelah kanan.  Jimin mengusik Hani dengan mendekati lagi wajahnya kepada wanita itu.  Tapi Hani sedikit pun tidak berganjak. 

" Awak tengah goda saya ke ? " soal Jimin.  Hani tidak menjawab malah menolak Jimin lembut.  Hujung bibir Jimin terangkat menunjuk senyuman sinis.  Dia pergi ke arah isterinya. 

Jimin memandang Hani lalu dia menunjukkan rantai di hadapan Hani.  Wanita itu memandang suaminya. 

" Untuk apa ni ? " soal Hani. 

" Untuk awak lah sayang...  " jawab Jimin . Hani menuding jari ke arahnya.  Jimin mengangguk. 

Hani mengeluarkan rantai dari bajunya dan menunjuk bahawa dia masih memakai rantai yang Jimin beri pada waktu pertama mereka dating.

" Awak masih pakai ? " soal Jimin.  Hani mengangguk. 

" Gila tak pakai..  Awak bagi masa first date kot..  " kata Hani . Jimin tersenyum. 

" Rantai ni..  Rantai lepas kahwin.  Saya memang nak hadiahkan dekat awak " kata Jimin lalu memakaikan rantai itu pada leher Hani. 

" Saya dah lama beli rantai ni.  Then , niat saya memang nak bagi dekat wife saya " sambung Jimin lagi.  Hani melihat rantai itu pada lehernya.  Dia tersenyum sendirian. 

" Cantik..  Saya suka..  " kata Hani. 

" Lagi cantik kalau awak pakai..  " balas Jimin pula.  Hani ketawa kecil.  Dia mula dah ayat potong kaki dia. 

" Awak sayang saya tak ? " tiba-tiba Hani menyoal Jimin. 

Jimin yang sedang menyelit (?) rambut Hani di belakang telinganya terhenti apabila mendengar Hani berkata begitu. 

The Moments of Love S2Where stories live. Discover now