Aera masih termenung di balkoni biliknya. Dia memandang telefonnya lalu dia memejam matanya. Dia sudah menelefon Taehyung berulang kali malangnya lelaki itu tidak menjawab panggilannya. Pintu diketuk dari luar.
Ae Hyeong masuk ke dalam lalu pergi ke arah kakaknya. Dia memegang bahu Aera.
" Unnie.. Jom makan.. Ae Hyeong dah bawakan makanan.. " ujar Ae Hyeong lembut kepada Aera.
Aera hanya diam dan memandang Ae Hyeong. Kelihatan mata Aera begitu sembap gara-gara menangis semalam. Ae Hyeong mengusap lembut bahu Aera.
" Unnie.. Kalau macam tu biar Ae Hyeong ikut unnie balik Seoul ... Ae Hyeong explain semua dekat Taehyung oppa.. " ujar Ae Hyeong untuk menghiburkan hati kakaknya. Aera tersenyum nipis kepada Ae Hyeong.
" Unnie tak bagitahu pun boyfriend unnie Taehyung oppa.. Ae Hyeong setuju kalau Taehyung oppa jadi abang ipar Ae Hyeong. " kata Ae Hyeong lagi. Aera ketawa kecil apabila mendengar adiknya berkata sebegitu.
" Jom makan unnie.. " pujuk Ae Hyeong lalu Aera masuk ke dalam. Ternyata ibu dan ayahnya turut berada di dalam bilik Aera.
Aera memandang ke arah lain apabila melihat ayahnya.
" Aera.. Eomma ada buat bubur dekat kamu .. Eomma tahu kamu demam " ujar Puan Seo. Perlahan-lahan Aera duduk di birai katil lalu Puan Seo menyuap bubur kepada Aera.
Aera hanya makan sahaja. Tidak berkata apa.
" Appa minta maaf .. Appa taktahu kamu ada boyfriend.. Appa memang ayah yang tak guna " Encik Seo bersuara lalu dia bersujud kepada Aera supaya dimaafkan oleh anak gadisnya. Air mata Aera mengalir apabila melihat ayahnya buat begitu.
Aera bangun dan menyuruh ayahnya bangun.
" Appa.. Jangan buat macam ni.. Bangun appa " pinta Aera. Encik Seo bangun dan melihat anaknya.
Aera memeluk ayahnya. Dia menangis di bahu Encik Seo.
" Appa minta maaf.. Appa dah batalkan perkahwinan kamu dengan Si Ho.. Kalau Taehyung nak kan kamu.. Suruh dia jumpa appa dengan eomma " ujar Encik Seo dalam nada sedih. Aera melepaskan pelukan lalu menyeka air matanya.
" Benda dah jadi appa... Aera tak salahkan appa.. Aera tahu.. Appa nak yang terbaik untuk anak perempuannya " kata Aera. Encik Seo mengangguk.
" Eomma.. Appa.. Aera nak balik Seoul harini.. " kata Aera.
" Tapikan kamu masih demam ? " soal Puan Seo. Aera menggelengkan kepalanya.
" Aera okay eomma. " kata Aera.
" Appa sendiri yang akan hantar kamu ke Seoul " ujar Encik Seoul pula. Bibir pucat Aera mengukir senyuman nipis. Aera mengangguk kecil .
" Kamu rehat dulu okay sayang.. " kata Puan Seo lalu mengusap pipi anaknya lembut. Aera mengangguk. Mereka semua keluar dari bilik Aera. Aera mengambil telefonnya lalu melihat gambar Taehyung yang dijadikan sebagai lockscreen. Telefon itu dilekapkan di dada.
" Saya masih sayangkan awak , Tae " ujar Aera. Gadis itu senyap dan tidur.
---
Pada pagi itu Taehyung menghempaskan pintu bilik miliknya dengan kasar. Taehyung baru pulang pagi ini kerana semalam dia tidur di studio Big Hit . Jungkook terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi tersebut. Mata dicelikkan lalu dia menggosok matanya.
" Eo... Nugu ? " soal Jungkook dalam keadaan mamai. Dia bangun dari katil lalu keluar dari bilik. Jungkook menggeliat lalu pergi ke arah bilik Taehyung. Tombol pintu dipulas namun dikunci dari dalam.
YOU ARE READING
The Moments of Love S2
FanficSambungan kisah The Moments of Love S1 . Kisah tiga orang gadis telah berjumpa dengan cinta sejati mereka. Seorang sudah berkahwin. Tinggal lagi dua orang . Adakah akan ada konflik dalam hubungan mereka ? " Taehyung... Let me explain ! " ujar A...