Hari minggu yang dinanti sudah tiba . Taehyung berdiri di hadapan cermin sambil melihat dirinya melalui pantulan cermin. Dia juga mengambil sekotak cincin yang dibeli pada tempoh hari lalu membuka kotak tersebut. Bibir mengukir senyuman apabila melihat sebentuk cincin yang cantik di dalam kotak tersebut .
" Good luck dearself. You can do it Taehyung ! " Taehyung menepuk bahunya lalu menghembuskan nafas berat.
Taehyung bangun lalu kotak cincin itu ditutup. Kotak itu dipegang dan diletakkan di dalam poket seluar. Kereta miliknya meluncur ke arah rumah Aera untuk mengambil gadis itu.
Sampai sahaja di bawah rumah Aera , dia menelefon Aera supaya turun . Tidak lama kemudian , Aera turun dengan memakai dress dan masuk ke dalam kereta Taehyung. Pintu di sebelah pemandu di buka. Aera duduk di sebelah pemandu.
" Mianhae.. Saya lambat sikit.. " ujar Aera sambil tersenyum. Taehyung membalas senyuman Aera.
" Its okay.. Awak nampak cantik.. " Taehyung memuji gadis itu. Aera terdiam dan tersenyum malu.
Taehyung membawa kereta menuju ke arah Gangnam. Hanya lagu sahaja berteman sepi mereka berdua. Aera memandang ke luar tingkap. Langit yang cerah membuatkan hati sedikit senang.
" Cantikkan cuaca harini.. " soal Aera sambil memandang lelaki itu. Taehyung tersenyum lalu mengangguk.
Sampai di destinasi yang ingin dituju , Taehyung memarkir kereta di parking yang disediakan. Naedaemun Market menjadi pilihan Taehyung untuk bersiar-siar sebentar.
Mereka berdua keluar dari kereta. Taehyung dan Aera berjalan-jalan di sekitar Naedaemun Market. Aroma makanan menusuk hidung mereka berdua. Lagipun di market ini ada pelbagai jenis makanan.
" Awak nak makan apa-apa ke ? " tanya Taehyung kepada Aera.
Aera memandang Taehyung.
" Saya ikut awak.. " jawab Aera.
" Saya nak beli tteokbokki.. Awak nak tak ? " soal Taehyung lagi.
" Boleh juga.. " jawab Aera dengan ringkas. Taehyung memberhentikan langkahnya di hadapan sebuah gerai untuk membeli makanan yang ingin dimakannya.
" Ahjumma.. Tteokbokki dua.. " kata Taehyung kepada penjual tersebut. Penjual itu tersenyum lalu mengangguk.
" Ahjumma... Satu je cukup.. Kalau boleh jangan yang pedas. Kawan saya tak boleh makan pedas " sampuk Aera. Taehyung memandang Aera dengan penuh tanda tanya. Taknak pula ? Ahjumma itu mengangguk.
" Saya takut tak habis. Jadi kita kongsi boleh ? " soal Aera. Taehyung tersenyum lalu mengangguk. Ahjumma itu memberi mangkuk kecil kepada Taehyung .
" Gomawo Ahjumma " kata Taehyung lalu memberi beberapa keping duit kepada Ahjumma tersebut.
" Kamu berdua sangat padan.. " puji ahjumma tersebut. Taehyung tersenyum malu lalu menggosokkan lehernya.
" Kamsahamnida ahjumma.. " kata Aera lalu menunduk hormat kepada ahjumma tersebut.
Taehyung dan Aera makan tteokbokki yang dibeli. Taehyung menyuap tteokbokki itu kepada Aera.
" Sedap tak ? " soal Taehyung apabila gadis itu sudah makan. Aera mengunyah makanan tersebut lalu mengangguk.
" Ermm.. Sedap.. " jawab Aera. Taehyung tersenyum lalu mengusap kepala Aera dengan lembut. Rata-rata peminat Taehyung menangkap gambar Taehyung dan Aera tetapi mereka berdua hiraukan sahaja. Mereka dengan dunia mereka sendiri.
Seterusnya , Taehyung mengajak Aera untuk pergi ke destinasi yang lain. Gadis itu turuti sahaja lelaki itu. Ke mana dia pergi , Aera hanya ikut sahaja. Mereka masuk ke dalam kereta semula.
YOU ARE READING
The Moments of Love S2
FanfictionSambungan kisah The Moments of Love S1 . Kisah tiga orang gadis telah berjumpa dengan cinta sejati mereka. Seorang sudah berkahwin. Tinggal lagi dua orang . Adakah akan ada konflik dalam hubungan mereka ? " Taehyung... Let me explain ! " ujar A...