Hani melangkah masuk ke dalam bilik Mimi setelah lama dia tidak masuk ke office. Tombol pintu dipulas tanpa diketuk. Dia membuka pintu tersebut.
" Mimi ! " jerit Hani yang teruja apabila melihat sepupunya itu sudah masuk ke pejabat.
" Eh , Hani.. Bila kau balik ? " soal Mimi. Hani tersenyum lalu dia duduk di hadapan Mimi.
" Semalam.. " jawab Hani ringkas. Mimi mengangguk faham.
" Ni ambil fail kau.. Tinggal kau je perlu sign " ujar Mimi lalu memberi sebuah fail kepada Hani.
Hani mengambil fail tersebut lalu melihat isi di dalam. Baru dia tahu ini fail apa.
" Macam mana honeymoon kau ? Seronok ? " soal Mimi kepada Hani.
Hani tersenyum.
" Mestilah seronok.. Dapat sweet-sweet dengan husband sendiri " jawab Hani sambil mengingati moments di mana dia bersama dengan Jimin.
" Eleh... Kerja dekat sini banyak tau.. " kata Mimi. Hani menghela nafas berat.
" Ye lah. " kata Hani. Dia bangun dan kerusi terdorong ke belakang. Hani meminta diri untuk beredar terlebih dahulu. Hani keluar dari bilik Mimi untuk menyambung kerjanya.
---
Hari sudah menjelang petang , Taehyung memusing-musingkan pen sambil berfikir tentang semalam. Taehyung bangun dan keluar dari biliknya. Tangannya sempat mencapai jaket yang disangkut pada kerusi. Langkah menuju ke arah parkir kereta.
Dia masuk ke dalam kereta lalu dia memanaskan enjin. Pedal minyak ditekan menuju ke destinasi seterusnya.
Sampai sahaja di destinasinya , kereta diparkir elok di kawasan tempat letak parking. Taehyung keluar dari kereta dan dia duduk di hadapan kedai emas. Dia memandang kedai itu dari luar.
" Nak masuk ke tak ? " desis hati Taehyung . Sekarang ni dia keliru sama ada hendak masuk atau tidak.
" Masuk je lah.. " kata Taehyung sendirian lalu masuk ke dalam kedai emas tersebut.
" Selamat datang Encik ! " salah seorang pekerja di situ menyapa Taehyung. Ada beberapa orang paparazzi perasan akan figura Taehyung.
" Encik nak cari apa ? Saya boleh bantu.. " ujar pekerja wanita tersebut.
" Saya nak beli cincin tapi saya... Erm " kata Taehyung. Seorang wanita menegur Taehyung.
" Eh.. Taehyung ? " tegur seseorang di sebelah Taehyung.
Lelaki itu memandang ke arah suara itu.
" Oh , Mimi ! " balas Taehyung.
" Awak buat apa dekat sini ? " tanya Mimi apabila melihat figura Taehyung di sini. Sebab ni kan kedai barang kemas.
" Erm.. Disebabkan awak ada sini.. Awak kena tolong saya.. Saiz jari Aera berapa eh ? " Taehyung terus menanyakan soalan itu kepada Mimi . Wanita itu terdiam seketika sambil berfikir .
" Kejap saya tanya Hani .. Sebab jari diorang lebih kurang je " kata Mimi lalu menelefon Hani . Taehyung menunggu kata dari Mimi .
" Hello..Hani... " ujar Mimi dari telefon .
" Kenapa ? " soal Hani .
" Saiz cincin kau berapa eh ? " soal Mimi.
" Saiz 6 .. Kenapa ? " jawab Hani yang agak pelik .
" Takde apa-apa .. okay bye " jawab Mimi lalu mematikan talian sebelum sepupunya menyerbu banyak soalan . Mimi memberikan senyuman kepada Taehyung .
" Hani saiz 6 .. maybe Aera dalam saiz 6 juga " kata Mimi . Taehyung mengangguk lalu dia memilih cincin .
YOU ARE READING
The Moments of Love S2
FanfictionSambungan kisah The Moments of Love S1 . Kisah tiga orang gadis telah berjumpa dengan cinta sejati mereka. Seorang sudah berkahwin. Tinggal lagi dua orang . Adakah akan ada konflik dalam hubungan mereka ? " Taehyung... Let me explain ! " ujar A...