Paparan komputer riba yang sedang menunjukkan video berupa pesanan itu membuatkan Jeon Jungkook tersenyum sinis.Dia berpusing-pusing di kerusi pejabatnya. Fikirannya menerawang jauh.
Cincin di jarinya ditatapnya dengan penuh minat.
"Aku tahu kau boleh buat. That's why I let you out." Video itu terus bermain di komputer ribanya. Namun lelaki itu langsung tidak memberi perhatian.
"And please. I'm begging you.."
-
Matanya terus terpejam tatkala rasa sakit menyengat kepalanya. Jungkook meramas kepalanya bagi menghilangkan sakit kepalanya, namun perbuatannya itu tidak berhasil.
Matanya yang masih kabur hasil daripada tidurnya yang lama itu membuatkan dia mencelik matanya berkali-kali. Sinar mentari membuatkan penglihatannya menjadi lebih sukar untuk difokuskan.
Bunyi tangisan halus itu membuatkan lelaki 20-an itu menoleh laju ke tubuh yang elok terbaring membelakanginya.
"What the hell.." Bisiknya, terkejut dengan apa yang ada di hadapan matanya.
Belakang wanita yang terdedah tanpa seurat benang itu dipandangnya dengan satu tegukan air liur.
Keliru, takut, terkejut. Itu apa yang dia rasa sekarang.
Takkanlah..
Wanita itu memusingkan tubuhnya. Rasa ngilu terasa pada kawasan bawah pusatnya membuatkan wajahnya mencemik sakit. Tubuhnya terasa lenguh untuk digerakkan namun dia tetap gagahkan dirinya.
Wajah polos yang sedang memerhatikannya itu dipandangnya dengan tajam. Mata bundar lelaki itu dipandangnya penuh benci.
Jungkook tidak mampu berkata apa-apa. Dia nampak dengan jelas air mata yang sedang membasahi wajah wanita itu. Bibir milik wanita itu yang pecah, sudah kering darahnya. Sebelah pipinya kelihatan merah seperti ditampar. Bahagian tubuh atasnya dicorakkan dengan kesan lebam.
Jungkook meneguk liurnya lagi. Apa yang dia dah buat?
"Monster."
Kata wanita itu dengan penuh benci. Jungkook terkaku di tempatnya. Matanya hanya mengikut pergerakan tubuh itu menyarung pakaiannya sebelum keluar dari biliknya.
"Bodoh. Kau seksa dia." Jungkook memandang kedua-dua belah tangannya sebelum menggenggamnya dengan kuat. Rasa sakit kepalanya langsung tidak dapat melawan rasa bersalahnya.
"Jeon Jungkook apa yang kau dah buat?"
-
"Tolong aku ada anak bini nak bagi makan. Tolong jangan bunuh aku, aku merayu..." Suara rintihan itu langsung tidak membuatkan Park Jimin menghentikan perbuatannya.
Pisau di tangannya diasahnya pada tempat pengasah dengan siulan lagu yang dimeriahkan dengan bibirnya. Dia tersenyum senang hati melihat hujung pisau yang berkilat itu semakin menajam.
Tanpa sebarang amaran, pisau yang berada di tangannya sudah elok menikam buah epal yang berada di atas kepala lelaki malang tadi.
Lelaki 50-an itu menggigil ketakutan. Air epal mengalir dari atas kepalanya, membasahi rambut dan wajahnya. Malang sekali, seluarnya juga dibasahi dengan cecair panas.
"Pftt...do you need your diapers?" Jimin menyapu pipinya dengan hujung jari seperti menunjukkan air mata yang mengalir di pipinya.
"Apa salah aku..." Lelaki tua itu tersedu-sedan menangis di tempatnya. Jimin membuat muka jijik.
"Jangan risau pasal anak bini kau lagi." Jimin mengarahkan seseorang untuk masuk.
"Sebab diorang yang akan bunuh kau sendiri."
Jimin berjalan menjauhi tempat pisau-pisau tadi ditajamkan, sebelum seseorang mengambil tempatnya.
Budak perempuan yang berusia 16 tahun itu menggenggam salah satu pisau yang berada di atas meja itu.
"Lin!! Tolong! Papa sayang kamu!! Jangan Lin!! Jangan bunuh papa!! Papa minta maaf!!" Lelaki itu merayu bersungguh-sungguh pada anak perempuannya.
Kepalanya digeleng-gelengkan. Air matanya laju membasahi pipinya. Lelaki yang bergelar papanya itu dipandangnya penuh benci.
"GO TO HELL!! YOU SOLD MAMA AND ME! SHE DIED YOU B**TĀR*!!" Pekiknya sambil membaling pisau-pisau tadi. Namun satu pun tidak mengena pada tubuh bapanya.
Kakinya menjadi lembik untuk terus menampung tubuhnya, budak perempuan tadi terus jatuh terduduk ke atas rumput. Dia menangis semahu-mahunya sehingga bahunya terhenjut-henjut.
Jimin memandang budak perempuan itu dengan teliti. Lelaki itu mendekati Lin yang masih tersedu-sedan.
"Why you don't just kill him? He hurt your mom and you."
Lin mendongak memandang lelaki yang segak berpakaian t-shirt putih dipadankan dengan seluar jeans putih itu.
Raut wajahnya yang kelihatan suci itu dipandang Jimin dengan teliti. Lelaki itu yakin dengan apa yang dilihatnya dan dia mula mengangguk perlahan sebelum pandangannya dialihkan kepada lelaki tadi. Tubuh lelaki tadi hanya ditampung dengan ikatan tangannya yang didepakan selepas lelaki itu pitam.
"You do love him." Katanya sebelum dia mengeluh. Tangannya yang bercincin itu menepuk kepala Lin berkali-kali.
"Don't worry. You're the one who can kill him. I'm not touching that sh**h**d."
Kata-kata Jimin disambut dengan senyuman daripada gadis itu.
"Thank you Park Jimin."
TBC
Ada 4 draft untuk chapter ni. Susah nak pilih sebenarnya and here is it. Sorry, story ni slow update, I'm still improvising. Wuv you 💜
YOU ARE READING
Married A Lesbian?!
FanfictionPsycho Love 2 "Saya cintakan awak tapi saya tak boleh lupakan dia." Sequel from Psycho Love. 100% From me. (Byuntae alert )