21

562 50 2
                                    

"Aku nak spicy chicken mcdeluxe satu. Kalau aku nampak satu sayur, aku kerjakan satu orang!"

Lelaki berparut di pipi itu menjerit ke arahnya. Namun, Yenna masih mengekalkan riak wajah tenangnya.

"Baik encik, saya akan siapkan pesanan encik."

Yenna kembali dengan satu dulang di tangannya. Pesanan lelaki itu tiada sebaliknya ada tiga potong timun di atas dulang itu.

"Kau apahal?!" Baru sahaja lelaki itu mahu mengangkat tangannya, Yenna menunjuk 3 keping gambar di hadapannya.

"Kau kerjakan dorang. Aku pun dah lama tak puas hati dengan dorang."

"Eh..? Aku.. Aku gurau je." Kecut perutnya melihat wajah psiko perempuan cashier di hadapannya kini.

"Oh maaflah. Saya pun gurau je dengan encik. 5 minit lagi pesanan encik siap." Yenna ketawa kecil melihat wajah cuak lelaki berparut itu.

'Nak pukul orang konon. Baru gurau sikit pun dah kecut.'

-

Pagi-pagi lagi Jina sudah bersiap-siap untuk pergi ke selection Modeling in London 201X.

Rambutnya yang panjang diikat sanggul. Dia juga hanya memakai baju tank top dan juga seluar skinny jeans yang berwarna hitam. Biar lekuk tubuhnya dapat ditunjuk dengan jelas.

Beg tangan yang sudah diisi dengan barang keperluan diambilnya lalu bilik hotelnya segera dikunci.

"Alamak! Dah lambat!" Baru sahaja dia memulakan langkah untuk berlari, tubuh seorang lelaki telah menghalang laluannya. Hampir-hampir sahaja makeup di wajahnya melekat pada kemeja putih lelaki itu. Nasib baik sempat break.

'Memang cari nahas. Nasib aku tak ter'cop' muka aku kat situ.' Wajah yang dihalang dengan mask untuk orang batuk itu dijelingnya. Acah kpop je pakai mask ni.

"I'm sorry, you're sorry. I forgive you. I gotta go." Balasnya laju namun saat dia mahu lalu di sebelah lelaki itu, laluannya sekali lagi dihalang.

"Mister, I don't have any time right know. So please-"

"Sorr- ehem." Dehem lelaki itu sebelum memberi laluan kepadanya. Tanpa membuang masa, Jina meneruskan langkahnya. Tak pasal-pasal masanya terbuang buat beberapa saat.

Tapi..suara tu. Dia macam pernah dengar. Tapi kat mana ya?

-

"Hello ladies and gentlemen." Pengacara majlis sudah memulakan ucapannya.

Jina cukup girang. Gelas berkaki panjang di tangannya dibawa ke bibir. Dia menyisip jus mangga itu dengan senyuman. Sebabnya, dia dah perhatikan semua peserta dan tiada siapa boleh tandingi dia buat masa sekarang. Mesti dia akan terpilih punyalah! Dia confirm.

"Hi. You are Jina right?"

Seorang lelaki inggeris menegurnya. Jina tersenyum membalas senyuman lelaki itu. Kepalanya diangguk bagi menjawab soalan lelaki itu.

"Can you give me your number?" Lelaki itu memberikan sehelai tisu dan pen. Kening Jina ternaik. Bingung dia melihat tisu berwarna biru cair itu.

"Tissue?" Tanyanya tanpa sedar. Lelaki itu hanya tersengih.

"Yeah. You know the rules right? We cannot bring any gadget into this building. Besides, I will give you my phone instead of this." Tisu ditangan Jina ditunjuk dengan muncungan bibirnya.

Muka blur Jina membuatkan lelaki itu kembali bercakap. Menerangkan peraturan yang dia langsung tak tau.

"The rule is all because the participation need to show their naked body at there." Jelasnya lagi sambil menunjuk satu pentas yang berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

"Na..naked?" Saat mulutnya menyebut perkataan itu, serentak itu bulu romanya juga menegak.

Ya. Dia rasa nervous. Seluruh tubuhnya menggigil menunggu gilirannya untuk naik ke pentas.

Tolonglah. Kalau Jungkook tahu mesti lelaki tu dah mengamuk. Gila ke apa. Dia pakai seluar paras paha pun lelaki tu dah bising, apatah lagi telanjang depan orang ramai.

"Next, participant no.123. Name, Jina Jeon. Age 28. From Korea."

"Jeon? Ceh." Lelaki berkemeja putih itu hanya menyilangkan tangannya apabila mendengar nama peserta yang ke-123 itu. Cermin mata gelapnya dibuka bagi menjelaskan lagi pandangannya.

Kakinya menggigil. Kepalanya mula terasa berpinar. Tak. Tak. Kau boleh Jina! Lepas semua ni, kau boleh dapat kerja baru!

Tangannya dibawa ke getah rambutnya. Dengan sekali rentapan lembut, rambut panjangnya menjadi tatapan orang.

Tangannya dibawa pada hujung tank top miliknya. Dia masih teragak-agak. Fikirannya hanya terfikirkan Jungkook. Dia perlu jaga hati lelaki itu. Dan dia..

Dia percayakan aku.

Cukup tiga perkataan keramat itu membuatkan Choi Jina terus berlari turun dari pentas. Dia tak sanggup nak musnahkan kepercayaan Jeon Jungkook. Dia dah sayangkan suaminya.

Derapan langkah Choi Jina diikut oleh seseorang. Yang pasti, wanita itu tak meninggalkan majlis berseorangan.

Tbc

Married A Lesbian?!Where stories live. Discover now