"Choi Jina. Balik rumah sekarang."
Jina memusingkan bola matanya. Arahan appa dibiarkan tidak berjawab. Dia hanya mendengar tanpa bersuara supaya appanya sendiri tahu dia memang tidak ikhlas menjawab panggilan ini. Lagipun ini adalah panggilan yang ke 25, barulah dia hendak jawab. Lagipun lagu spring day yang dipasang untuk ringtone ini tetap akan bengang juga kalau sudah 25 kali bunyinya berulang-ulang.
"Balik atau appa hantar orang bawakan Jina ke sini." Jina tergelak mendengar ugutan appanya. Gila apa nak hantar orang? Baik bayar bil rumah.
"Pfftt. Appa..appa ada duit ke nak upah orang seret Jina? Lagipun suka hati Jina lah nak balik ke tak nak. Appa nak paksa-paksa orang ni pahal?!" Bangkang Jina. Hatinya meluap kepanasan. Suka sangat paksa orang.
"Kamu jangan nak biadap-"
"Appa tu yang patut hormat pendirian Jina dulu!" Jina sempat memotong percakapan Encik Choi. Sebelum lelaki itu bercakap lagi, panggilan sudah ditamatkan oleh Jina.
Tubuhnya ditukar ke posisi baring. Kakinya dilunjur sepanjang sofa itu. Tapak tangan dilekapkan ke dahinya.
Stress!
Dia mengeluh dengan panjang sebelum membawa diri untuk ke tempat tidur yang lebih selesa. Memikirkan semua ini baik dia tidur sahaja! Menyemakkan otak saja!
♡♡
Seorang lelaki berdiri di hadapan pintu yang dikunci oleh penghuninya. Dia mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Segugus kunci yang berada ditangan dibeleknya dengan berhati-hati.
'Aduh gaya macam nak pecah masuk rumah orang je. Padahal kunci ada kat tangan.'
Selepas berjaya membuka pintu itu dengan kunci yang betul, dia menapak memasuki rumah itu dengan senyap. Memang gaya seperti pecah masuk rumah.
Rumah yang 'agak' kemas tetapi masih cantik dengan perabot-perabot yang sememangnya bukan puluhan ribu ke bawah. Kaya gila.
"Miow.." Lelaki itu tersenyum kecil apabila seekor kucing bermain di kakinya. Lega sikit hatinya sebab haiwan itu bukan anjing yang semestinya membuatkan dia lari lintang pukang nanti. Kepala dan badan kucing itu diusap berkali-kali sehinggalah dia teringatkan akan misinya pagi ini.
Dia kembali melangkah. Apabila tiba di satu pintu yang diyakini adalah bilik master, perlahan-lahan tangannya memulas tombol bilik itu.
'Tak berkunci!' Dia memasuki bilik itu dengan sesenyap yang mampu. Pintu bilik itu ditutup kembali apabila dia ternampak seseorang sedang berbaring di atas katil. Ibu jarinya menekan kunci dipintu dengan selamba.
Senyumannya makin lebar apabila tubuh badannya hampir dengan katil.
Rambut panjang yang menutupi muka orang yang sedang tidur itu dialihnya dengan jari.
"Tak sangka kau makin cantik Choi Jina." Hidung wanita itu dicuitnya namun tiada langsung reaksi daripada wanita itu. Dia mengambil keputusan untuk berbaring bersama perempuan di hadapannya ini.
Tubuh Jina yang dibaluti dengan comforter dipeluknya. Senyumannya makin lebar apabila berjaya menyentuh wanita yang sememangnya menjadi idamannya selama ini. Semua majalah yang terdapat gambar wanita ini semuanya menjadi koleksi di rumahnya. Poster-poster sudah tentu memenuhi biliknya sebab itulah dia melarang sesiapa untuk masuk ke biliknya. Tapi..tengoklah sekarang! Dia sedang memeluk orang itu bukan lagi sekeping poster!
"Ermm.." Erangan wanita itu membuatkan dia terkejut. Dia mengalihkan tangannya dengan pantas.
Jina cuba membuka matanya namun payah akibat tahi mata yang bertempek. Dia mengeluarkan kedua-dua belah tangannya dari dalam comforter dan terus menggosok matanya. Comforter yang menutup tubuhnya yang tidak berbaju terselak sedikit membuatkan jantung lelaki itu mula berdetak hebat.
Lelaki itu menutup matanya sambil memegang dadanya. Takut,tergoda bercampur sehingga membuatkan dia tidak keruan di sebelah wanita ini.
"YAHHH!!! Apa kau buat dalam bilik aku hah!!???" Jeritnya sambil menarik comforter bagi menutup tubuhnya kembali. Mukanya merah padam apabila menyedari seseorang sedang berbaring di sebelahnya ini.
Mungkinkah pencuri atau seangkatan dengannya???
"Calm down..aku tak buat apa-apa pun kat kau. Aku bukan pencuri or what tapi appa kau yang mintak aku datang sini." Kata-kata lelaki ini sedikit sebanyak membuatkan Jina tenang sedikit.
Oh inilah 'orang' yang appa hantar untuk seret aku tu..
"Aku tahu tujuan kau datang sini. Jangan mimpi kau nak heret aku. Kau fikir kau apa? Bos aku hah? Aku kuli kau?"
Lelaki itu memandangnya dengan wajah malas melayan. Inikah wanita idamannya yang sebenar? Menjengkelkan!
♡♡
"Yah!!! Turunkan aku!! I said let me down!!"
Sampai sahaja di hadapan pintu keluarganya, barulah tubuhnya diturunkan. Ini yang nak memberontak ni! Boleh pulak dia pikul aku?!! Ini pun nasib baik aku dah mandi!! Kalau dia pikul aku masa lepas bangun tak ke naya?? Tak guna punya jantan!
Tangannya diangkat untuk menampar lelaki ini namun lelaki itu lebih pantas. Tangan kecilnya dicengkam lalu ditolak rapat ke dinding. Lelaki itu memandangnya tepat ke anak mata membuatkan dia terdiam seribu bahasa.
"Tolong jangan buat benda bodoh."
Kata lelaki itu dengan nada tegas sebelum menarik tubuhnya memasuki rumah yang sememangnya dia tidak mahu masuk. Never ever!!
"Choi Jina..appa dah tetapkan yang kamu perlu juga kahwin untuk tutup malu keluarga kita."
"Ala appa ni kalau Jina kahwin pun orang tetap mengata Jina ni lesbian jugak. Mulut orang tak boleh ditutup walaupun appa hancurkan hidup Jina."
"Jina!" Aku menjeling Jinyoung,oppa aku. Apa? Dia ingat sebut-sebut nama aku, aku takut?
"Kalau Jina kahwin, bolehlah suami Jina tu guide Jina untuk jadi straight balik. Cubalah untuk sekali Jina dengar cakap appa. Appa ni dah tak lama. Kamu tak sayang appa ke? Kamu nak tengok appa pergi tanpa ketenangan?" Suara Encik Choi makin mengendur. Omma dan Jinyoung sedari tadi hanya menyepi sahaja. Kalau tidak, pastinya egonya makin meninggi apabila diasak oleh mereka berdua. Jina sudah tidak keruan apabila rasa bersalah mula bertakhta dalam hatinya.
"Apa yang appa merepek ni. Mana ada Jina tak sayang appa. Appalah suka sangat paksa Jina. Jina mana suka."
Encik Choi menyorokkan senyuman kecilnya dengan tangan. Dia terbatuk-batuk membuatkan Jina sudah tidak senang duduk.
"Okey! Kalau appa nak sangat Jina kahwin. Jina kahwin! Tapi kalau kitaorang bercerai jangan lagi paksa Jina. And satu lagi..Jina kahwin tapi Jina tak nak berhenti dengan kerja Jina sekarang."
Encik Choi tersenyum. "Itu adalah keputusan suami kamu sendiri. Appa tak masuk campur." Encik Choi memandang lelaki yang duduk bersebelahan dengan Jina.
Jina menoleh memandang lelaki di sebelahnya. Mukanya jelas menunjukkan yang dia terkejut.
"Appa nak Jina kahwin dengan mamat ni??! Appa! Dia lagilah kuat memaksa!! Tahu tak tadi dia baru bagi amaran kat Jina??!! Appa!!"
-Tbc-
1007 words.
YOU ARE READING
Married A Lesbian?!
FanfictionPsycho Love 2 "Saya cintakan awak tapi saya tak boleh lupakan dia." Sequel from Psycho Love. 100% From me. (Byuntae alert )