12

1.2K 110 29
                                    

"Lepaskan dia Alice! I dengan dia tetap akan bercerai jugak even you tak buat benda ni! Tolonglah Alice..dia tak bersalah!"

Jina menarik tangan Alice supaya wanita itu tidak mendekati Jungkook yang sedang terbaring.

"You ni kenapa?! Tak ada otak!? Lagi cepat korang bercerai kalau I rakam video dia!" Alice merentap tangannya.

"Alice..tolonglah. Tapi I tak nak dia berdendam dengan kita nanti.. Lagipun I tak sanggup nak tengok you kiss dia.."

Alice menarik senyuman penuh makna. Tangan Jina yang menarik tangannya direntap sehingga wanita itu terdorong ke arahnya. Tubuh wanita itu dipeluknya.

"Betul you tak sanggup nak tengok?" Bisiknya. Jina mengangguk. "I cintakan you Alice. I tak sanggup tengok you dengan dia."

Kata-katanya disertakan dengan ciuman pada bibir wanita berambut blonde itu.

-

"Ahh! Beratnya!" Jina mencampakkan tubuh itu ke seat belakang. Kaki lelaki itu ditolak masuk ke dalam kereta sebelum pintu itu ditutupnya kasar. Jina membetulkan rambutnya yang kusut akibat susah payahnya mengheret Jungkook.

"Eii! Geramnya aku! Tak pasal-pasal aku gaduh dengan Alice tadi. Huh! Tapi..kenapa aku pertahankan dia sangat eh tadi? Apahal aku- ish!!"

Kakinya dihentakkan berkali-kali sebelum dia mengambil langkah ke arah pintu pemandu.

Pintu pemandu itu pula yang menjadi mangsa hempasannya. Jina menarik nafas sebelum menghidupkan enjin. Kang tak pasal pula dia main langgar-langgar kereta sebab tak bertenang.

Sekali-sekala dia menoleh ke arah belakang. Wajah Jungkook dipandangnya dengan penuh gelisah.

'Agak-agak dia marah tak? Aku bukannya sengaja tinggalkan baju dia dekat rumah Alice.'

Tangannya dipanjangkan untuk menutup pendingin hawa.

'Kesian pulak dia kesejukkan. Dahlah tak pakai baju.' Walaupun dia mungkin tak suka lelaki, namun sikap perikemanusiaannya tidak hilang. Lagipun kalau lelaki ini demam, dia..juga yang susah.

Sampai sahaja, Jina memakirkan kereta yang dipandunya di halaman rumahnya.

Pintu rumah dibuka dengan kunci. Jina membuka kasut tingginya sebelum melangkah masuk ke dalam. Bukan main seronok dia apabila memikirkan keempukkan katilnya pada masa ini. Ditambah pula tubuhnya yang sedang penat ini.

"Haaaa..." Lega rasanya apabila air sejuk itu mengalir ke dalam tekaknya yang haus ini.

'Ini semua sebab penat angkat jantan tu..'

Matanya membulat.

"Omo!! Jungkook!!" Gelas di tangannya dihentak laju ke atas meja. Berdesup dia berlari keluar. Terlupa pula dia dengan Jungkook yang masih tidak sedarkan diri di dalam kereta.

Nasib baik tidak sedar, maunya dia kena bebel kalau lelaki itu sudah buka mata.

♡♡

Jina mengembungkan pipinya apabila tidak selesa direnung lama oleh Jungkook.

Apabila tidak tahan akhirnya dia berdiri sambil mengangkat tangannya ke udara.

"Okey! Okey! Aku kalah. Ish!" Wajah gembira Jungkook dijelingnya. Seronoklah tu.

"Dia nak aku rakam video kau dengan dia untuk hantar dekat parents kita..sebab tulah dia bagi ubat tidur dekat kau." Aku mula bercerita sambil mengintai riak wajahnya.

Jungkook mula cuak. Mata dan mulutnya terbuka luas.

"Bukan ke-"

"Yes! Sebab dia nak bukak mata parents kita..yang kau ni...CURANG. Lepas tu..aku dan dia hidup bahagia. Yey!" Jina menepuk tangannya.

Jungkook menggelengkan kepalanya. Bahu Jina digenggamnya.

"Cakap dengan aku yang dia tak hantar lagi video tu..kalau tak-"

"Kalau tak apa?"

"Aku tak teragak-agak nak buat dia menyesal bila cari pasal dengan Jeon Jungkook." Jina mula berpeluh. Dia tersengih. Tak sangka pula dia anak Jeon ni akan jadi seram sebegini. Jangan cakap suaminya kali ini psiko juga.

"Erm..tapi kenapa kau nak risau sangat. Biarlah kita bercerai pun..kan?" Dengan wajah lelaki itu yang memerah, tipulah kalau kata dia tak takut sekarang.

"Sebab aku cintakan kaulah bodoh!"

Jina tergamam.

Jungkook pula terdiam.

"Err..haha.." Dia ketawa kekok sebelum berlari ke arah biliknya. Pintu dikuncinya dengan kalut. Dia berlari ke arag katil lalu menutup wajahnya dengan bantal.

Jungkook meraup wajahnya berkali-kali.

"Argh! Apa kau buat ni Jungkook! Apa kau buat? Apa aku buat ni!" Impiannya adalah untuk meluahkan isi hatinya di tempat mewah dan suasana yang romantik! Bukannya di dalam rumah dan dalam keadaan yang tegang!

♡♡

Tubuh yang melengkuk cantik seperti model itu berjalan lenggang-lenggok ke dalam pub. Kelab malam yang telah menjadi rumah keduanya selama ini.

Alice menarik senyuman kepada si pelayan sebelum dia ditarik ke dalam pelukan seseorang. Namun dia tidak kalut malah tersenyum manja apabila memandang si pelaku yang memeluknya.

"Ah! Apa yang you cuba buat ni? Nak I pun janganlah terburu-buru. Auch-"

"Diam dan ikut aku." Benda di dalam tangannya diacukan ke perut wanita itu membuatkan Alice mengikut arahannya seperti budak kecil.

Sampai sahaja mereka ke sebuah bilik, lelaki itu mencampakkan tubuh Alice ke atas katil.

Alice mengundur ke belakang apabila lelaki itu mula naik ke atas katil.

"Apa yang you nak?!"

"Kau kenal perempuan ni?" Alice memandang gambar yang ditunjukkan lelaki itu.

Gambar Jina!

Dia membatu. Tidak menggeleng mahupun mengangguk. Sungguh dia takut dengan lelaki di hadapannya ini.

"Girlfriend kau kan? Tapikan.." Lelaki itu mengetuk dagunya dengan pemegang pisau ditangannya berkali-kali. Alice semakin tidak keruan apabila pisau itu tiba-tiba muncul bersama lelaki itu.

"Kau rasa dia kisah tak tengok kau dengan jantan-jantan lain sedangkan korang ni...pasangan?" Handphone yang memainkan video 'aktiviti'nya bersama orang lain ditunjuk di hadapan wajahnya. Dia cuba untuk mencapai telefon bimbit itu namun tidak berjaya. Lelaki itu menyimpan handphone itu ke dalam poket seluarnya kembali.

Lelaki itu mula ketawa apabila melihat riak wajahnya. Alice mengetap giginya menahan geram. Lelaki ini masih tidak mahu menjawab soalannya.

"Apa yang you nak hah!!"

Lelaki itu tersenyum. Dia mendekati Alice sehingga wanita itu berada di bawah tubuhnya. Alice menutup matanya apabila wajah lelaki itu berada tidak jauh dengan wajahnya. Dengan jarak yang sangat dekat ini, hidungnya dapat menangkap bau perfume yang dipakai oleh lelaki ini.

Bau perfume ini..dia tak akan lupakan sampai bila-bila!

"Aku nak kau bagitahu aku.." Lelaki itu mendekatkan bibirnya pada telinga Alice sebelum membisikkan beberapa perkataan kepadanya.

Meremang bulu romanya apabila suara lelaki itu menampar lembut gegendang telinganya. Lelaki ini sangat menakutkan namun sikap menggodanya masih menyerlah walaupun dia tidak langsung cuba untuk melakukannya. Dengan berbekalkan mukanya yang tampan itu, sesiapa sahaja akan tergoda dengan senyumannya.

"Siapa you ni hah! Apa hak you untuk tahu semua pasal dia?!!"

Lelaki itu tersenyum kecil.

"Aku suami dia. Park Jimin."



-Tbc-
1003 words.

Married A Lesbian?!Where stories live. Discover now