16

938 86 8
                                    

Muka Taehyung menyapa pandangannya. Jina tersenyum kecil walaupun dia berasa sangat janggal pada masa ini.

"Nak tumpang?" Ajak lelaki itu.

Agak lama untuk dia mengucapkan balasan. Sudahlah Jungkook tak suka dia. Tak melenting ke lelaki tu kalau tahu aku tumpang dia ni? Ah lupakan je lah. Bukannya aku curang pun.

"Okey."

-

"Tolong pasangkan pewangi tu." Arah Taehyung yang sedang memandu. Jina hanya mengikut tanpa berkata apa-apa.

Selepas pewangi kenderaan itu dipasang, bau maskulin mula merebak ke dalam kereta. Wangi tapi tulaa..maskulin.

Jina hanya berdiam diri. Tak berapa selesa dengan pewangi yang bau macam bapak dia sendiri. Dia masih marah dengan appanya walaupun dia mula menerima Jungkook sebagai suaminya. Tapi nevermind.

"Auch!" Jina menekup leher sebelah kanannya. Dahinya berkerut menahan sakit.

Taehyung memandangnya sekilas. "Kenapa ni??"

Dia meraba lehernya sebelum memicit haiwan kecil yang menggigit lehernya.

"Semut." Bibirnya memuncung. Taehyung ketawa.

"Macam mana boleh ada semut pulak ni? You duduk atas tanah ke tadi?" Guraunya. Semua orang tahu Jina ialah diva. Tak mungkin wanita ini sanggup duduk di atas tanah tanpa sebarang sebab.

Muncung Jina semakin panjang ke depan. Lebih menarik minat lelaki itu untuk menciumnya. Tanpa sebarang keraguan, bibir wanita itu dikucupnya dengan selamba. Terkejut Jina dibuatnya.

Matanya bulat memandang wajah selamba itu dari tepi.

"Yah! Sukahati je cium orang!" Marahnya. Taehyung hanya tersenyum comel. Lebih menambah kegeraman di hatinya. Mahu saja handbag miliknya yang berat ini dihempuk pada wajah kacak itu.

Mereka berdiam diri sehinggallah tiba di hadapan rumahnya. Tanpa berlengah, Jina berlalu pergi selepas mengucapkan terima kasih.

Walaupun rasa marah, lelaki itu sudah menolongnya. Jadi tak perlulah dia memberatkan mulutnya untuk berterima kasih.

Kereta Jungkook yang masih terparkir di halaman rumah menimbulkannya rasa hairan. Jina membuka pintu selepas menyedari pintu rumahnya tidak berkunci.

Dia menapak ke dalam rumah dan bertembung mata dengan Jungkook yang masih segak memakai baju kerjanya.

"Kau buat apa kat sini? Tak kerja?" Sapanya apabila lelaki itu berjalan ke arahnya.

Dengan riak wajah yang ketat, lelaki itu menyelak rambutnya yang panjang ke belakang. Lehernya dipegang lelaki itu dengan kasar.

"Jungkook! Apa kau buat ni ha?"

Lelaki itu mula menghidu tengkuknya membuatkan buku romanya  mula meremang.

"Jungkook."

Akhirnya lelaki itu melepaskan dirinya. Jungkook memandang anak matanya dengan tajam.

"Siapa yang hantar kau tadi?" Tanyanya dengan dingin.

"Err..Taehyung?"

"Perempuan murahan." Ucap lelaki itu dengan tiba-tiba.

Jina mengetap bibirnya. "What?! Berani kau kata aku macam tu?! Tumpang kereta je kot! Itu pun salah ke?!"

"Kalau bukan sebab barang yang aku tinggal ni..aku takkan tau kau semurah ni Choi jina!"

Jungkook mencampak barang yang dipegangnya ke atas lantai. Dia terus menarik tubuh Jina untuk mendekatinya.

Tubuh wanita itu dibeleknya berkali-kali dan ya bau lelaki memang melekat pada tubuh wanita itu. Leher yang mempunyai lebam kecil di sebelah kanan itu ditekannya dengan jari.

"Au! Sakitlah!" Jina menolak tubuh Jungkook menjauhinya. Apahal dia nak tekan lebam aku pulak ni.

"Nampak! Kau memang curang dengan aku!"

Jina terdiam. Dia mula berasa geli hati  namun wajahnya masih beriak ketat.

"Kau memang murah dan kau patut tahu tu!"

Tiada lagi geli hati yang dirasai, kali ini dia mula rasa terhina dengan kata-kata yang keluar dari mulut Jungkook.

"Oh! Sekarang kau baru rasa aku ni murah? Sebelum kahwin tak fikir pulak!!"

"Ya!! Memang aku tak terfikir pun sebab aku percaya yang aku boleh ubah kau! Tapi kalau macam nilah jadinya.."

"Apa? Cerai?!" Mata Jina mencerlung tajam.

Jungkook mengutip semula barang yang dibalingnya lalu terus beredar pergi.

Jina terus terduduk ke atas lantai. Perlahan-lahan air matanya menitik ke atas pahanya.

"Apa semua ni? Kau dah biasa dihina kenapa hinaan daripada Jungkook lebih menyakitkan?"

Dadanya ditepuk kuat olehnya berkali-kali. Sejak bila dia mula emo begini?

-Tbc-
610 words.

Married A Lesbian?!Where stories live. Discover now