11

1.2K 102 3
                                    

"Kau duduk sini. Tengok dan lihat ya." Kata Jungkook. Jina hanya mengangguk perlahan kepalanya. Matanya tidak lepas memandang kawasan perumahan ini. Kenapa dia berasa seperti orang asing sahaja datang ke sini? Padahal sudah berkali- kali dia datang ke rumah Alice.

Jina hanya menunggu di dalam kereta milik Jungkook. Dia tidak mahu terdedah dengan udara sejuk di luar jadi dia ambil keputusan untuk memerhati dari dalam kereta.

Kelihatan Jungkook sedang bercakap-cakap dengan teman wanitanya. Haera memandang sepi. Tidak mungkin apa yang Jungkook katakan benar. Tengoklah itu, Alice melayannya hanya ala kadar sahaja.

Terbit senyuman kemenangan di bibirnya.

Tiba-tiba Alice mengajak Jungkook masuk ke dalam rumah membuatkan Jina tidak keruan. Dia mula kalut mencari jalan keluar.

Pintu kereta dibuka, lalu secepat mungkin dia berlari bagi mengejar mereka berdua yang sudah masuk ke dalam rumah.

"You..jomlah masuk dulu. Sambung kat dalam." Tangannya ditarik untuk masuk ke dalam bersama wanita ini. Dia hanya menurut.

Selepas sahaja mereka masuk, Alice mengunci pintu lalu berjalan ke dapur bagi menyiapkan minuman mereka.

Selepas sahaja kelibat Alice tiada, Jungkook segera mendapatkan pintu lalu membukannya. Muncullah wajah cemas milik Jina. Jina menolak tubuh sasanya namun dia segera memeluk tubuh itu daripada lari ke arah dapur.

"Lepaslah! Aku nak cakap dengan dia!" Bisik Jina dengan tegas. Namun pelukan Jungkook tetap dia tidak dapat menolak walaupun dia sudah meronta.

"Shuhh. Kau sorok dulu. Lepas tu baru serang okey?" Bisik lelaki itu. Apabila Jina mula tenang, tubuh itu dilepaskan dan wanita itu mula sorok di sebalik pintu bilik yang berada di situ.

Alice meletakkan dulang air minuman itu ke atas meja. Muka Jungkook dipandang dengan kelipan mata yang perlahan. Menggoda.

Jungkook hanya tersenyum. Tidak langsung menunjukkan yang dia tidak rasa selesa mahupun tergoda dengan pandangan itu.

"Jemputlah minum."

Jungkook mengangguk lalu mengambil beberapa tegukkan daripada air minuman itu. Seperti ada sesuatu di dalam air itu, kepalanya mula berpinar.

Jungkook meletakkan cawan itu ke atas meja kembali dengan perlahan.

"You..why I rasa mengantuk ni? Huaarhhh! You ada letak something ke dalam minuman I?" Jungkook mula menguap. Matanya yang kuyu dan rasa mengantuknya semakin dimanjakan oleh tubuhnya.

Akhirnya Jungkook tertidur dengan kesan yang sangat cepat. Mungkin selama ini dia kurang tidur akibat kerjanya yang memaksa dia bersengkang mata atau aktivitinya yang sangat aktif pada hari ini.

Alice tersenyum sinis. Tubuh Jungkook yang terbaring itu didekatinya. Baju kemeja putih lelaki itu dibuka butangnya satu persatu.

Jina menutup mulutnya dengan sebelah tangannya. Sumpah dia tidak percaya dengan apa yang dilihat di hadapan matanya ini.

Rasa sakit hatinya apabila melihat Alice sedang mencium dada milik Jungkook dengan rakus.

Ini tak boleh dibiarkan!

Pintu bilik itu dibuka dengan kasar.

"ALICE!!!"

Serta merta perbuatan wanita itu terhenti. Matanya membulat memandang Jina yang tiba-tiba muncul di dalam rumah ini. Rasanya dia tidak ada menjemput wanita ini ke mari pun sebelum ini. Bagaimana pula Jina boleh ada di dalam?

"Explain this!" Dengan wajah yang merah padam, Jina mencerlung wajah Alice dengan tajam. Kemarahannya memang meningkat pada waktu ini.

"I..I..cuma nak you dengan dia bercerai!"

"Supaya apa?! Supaya you dengan dia boleh bersama?! Hah! Macam tu?!!"

"No! Supaya dia tak ganggu hubungan kita lagi! Betul! I tak tipu." Alice cuba meraih tangannya namun cepat-cepat dia menepis. Alice pula mula rasa menyampah. Wajah Jina dicerlungnya pula.

"You dah suka diakan?! Hah! Why you nak risau pasal dia pulak?! Apa masalah you kalau dia ada dengan perempuan lain?! Sejak you kahwin you langsung tak nak jumpa I lagi! Kenapa? Sebab dah ada teman sekatil yang baru!?" Alice mula menengkingnya pula. Jina terdiam. Wajah Jungkook ditatapnya sebelum dia memandang wajah ketat Alice.

"No. I mana ada suka dia. I cuma sayangkan you. I...I takut you suka dia..You pun tahukan yang I betul-betul tak pernah dan tak akan langsung cintakan dia. I akan pegang janji I pada you..Trust me Alice."

"Kalau you sayangkan I..You mesti kena percayakan I. I akan sambung then you rakamkan okey? Kita hantar video ni dekat parent's both of you." Kata Alice lalu mula menanggalkan butang baju milik Jungkook.

Jina menggigit bibirnya. Dia memang tidak rela membuat perkara ini!

"Erm..Alice. I rasa tak perlu kot. You pun kena trust I. Walaupun I tidur sekatil dengan dia sekalipun...I tetap tak akan jatuh cinta mahupun suka dekat dia. Percayakan I okey?"

"You ni kenapa?! Ikut jelah I kata! Apa yang susah sangat?! Rakam then send! You and I hidup bahagia tanpa pengacau ni!" Marah Alice lalu mencampak kemeja milik Jungkook yang sudah ditanggalkan. Telefon bimbitnya diserahkan pada Jina. Jina menyambut telefon bimbit itu secara paksa. Dia tidak rela. Langsung!

"Alice..stop please.."

"Diam! Ambil je!" Katanya sambil membuka bajunya juga. Pipi Jina mula membahang apabila Alice meniarap ke atas tubuh Jungkook. Alice menutup mata seperti tertidur di atas dada milik Jungkook.

Telefon itu diangkat dengan tangan yang menggeletar.

"Klik."

"Tak cukup! Ambil lagi!" Kata Alice lalu mencium bibir Jungkook lama. Jina membulatkan matanya.

"Alice! Apa yang you buat ni?!"

"Kenapa?! Rasa sayang? Cemburu tengok laki you dicium orang!?"

Kini tangannya yang runcing itu bermain-main di sekitar dada bidang Jungkook. Pandangannya sengaja dialihkan pada wajah Jina. Dia merenung wajah itu sambil bermain dengan lengkungan otot Jungkook.

Jina mula mengeluarkan air matanya. Dia tidak sanggup lagi melihat perkara ini berterusan. Jungkook tidak bersalah. Dan dia sedar akan sayangnya lelaki itu pada dirinya. Tidak sanggup dia menjadikan lelaki ini sebagai bahan untuk mereka bercerai. Biarlah dia sendiri yang mencari cara lain untuk memutuskan hubungan perkahwinannya ini.

"Alice.."

Pandangan Alice semakin menajam, memandang terus ke anak matanya yang bergetaran ini. Jari telunjuknya memadam gambar yang diambilnya tadi lalu telefon bimbit itu diangkat tinggi ke udara.

"No Jina! No!!!"

"Pang!" Berkecai telefon bimbit itu apabila dibaling olehnya.

Alice berlari ke arah telefon bimbitnya. Dia mencerlung tajam ke arah Jina.

"Kita putus!" Jerit Jina.

"Hahahaha! You said what? Putus?" Alice ketawa jahat. Tubuh Jina dia cuba dekati. Perlahan-lahan kaki Jina berundur ke belakang. Namun wanita psiko itu terusan mendekatinya sehingga dia tersandar rapat pada dinding. Nafasnya semakin tidak teratur kerana ketakutan yang menguasai dirinya sekarang.

"Selama hubungan kita ni terjalin..you..memang tak kenal I langsungkan?"

Pipi Jina diusapnya berkali-kali. Kemudian tangannya menurun pada perut Jina lalu diusap perlahan.

Pipi Jina dipicit lalu bibir yang termuncung itu diciumnya kasar.

Jina terus menolak tubuh itu jauh darinya. Nafasnya yang hilang cuba diambil semula.

"Apa yang you nak hah Alice!!"

-Tbc-
1059 words.

Married A Lesbian?!Where stories live. Discover now