4

2K 155 12
                                    

"Apa yang kau fikir ha budak. Muka tak matang lagi ada hati nak kahwin dengan aku."

Lelaki itu hanya diam. Jina mula panas.

"Kau nak ke kahwin dengan aku? Kau tahu aku kerja apa?"

Lelaki itu mengangguk.

"Eo? Kau tahu? Erm..hah! Aku ni lesbian. Kau masih nak kahwin dengan aku? Kalau kau tak sanggup..tu haa..pintu keluar." Katanya sambil menunjuk pintu biliknya. Namun lelaki itu hanya berdiam diri dan tidak bergerak.

"Kau ni..nak kata bisu elok pulak bagi amaran kat aku. Apa nama kau?" Lelaki itu akhirnya mengangkat kepalanya.

"Jungkook."

"Aku Choi-"

"Choi Jina. Umur 28. Memiliki ketinggian 168 dengan berat 53. Pernah berkahwin dahulu tapi sudah bercerai atas sebab kematian. Belajar di institusi QAIST dan mengambil coarse modelling. Menjadi model pakaian dalam dengan girlfriends keliling pinggang dan juga Alice."

Jina terkedu. Semuanya benar. Termasuk hal perkahwinannya yang memang dia seorang sahaja yang tahu. Dia mula curiga dengan lelaki bernama Jungkook ini.

"Siapa..kau...? Macam mana- " Tidak sempat dia bertanya, lelaki itu sudah berdiri daripada duduknya. Jina memandangnya dengan riak tidak puas hati.

Lelaki itu hanya tersenyum lebar sebelum meninggalkan dirinya berseorangan di dalam bilik.

'Siapa lelaki bernama Jungkook ini?' Hatinya mula berdebar sakan.

♡♡

"Hi Babe." Satu tangan memeluk pinggang milik Jina yang sedang duduk termenung. Mereka berada di dalam bilik persalinan milik Jina. Cukup luas untuk dijadikan tempat rehat sekali.

"Oh hi honey." Pipi Alice dikucup perlahan memandangkan mereka cukup dekat pada waktu ini. Alice mengambil tempat di riba milik Jina.

"You nampak kusut. Any problems?" Dengan prihatin Alice bertanya. Pipi Jina disentuh lalu diusap dengan lembut membuatkan perempuan itu menutup kedua-dua matanya. Mulutnya terbuka sedikit bagi melepaskan keluhan. Makin sayu riak wajah Alice melihatkan buah hatinya.

"You know babe..I kena paksa kahwin.." Seraya itu tangannya diletakkan pada tangan Alice yang sedang memegang pipinya. Namun dia terkejut apabila Alice tiba-tiba sahaja merentap tangannya kasar.

Alice bangkit daripada duduknya. Matanya mencerlung tajam ke arahnya tanda marah.

"Kahwin??!! Hell no!!" Jeritan Alice membuatkan Jina menelan air liur. Tangan Alice cuba digapai namun perempuan itu lebih pantas mengelak darinya. Akhirnya dia cuma menghentikan perbuatannya sahaja. Mata Alice yang tajam dibalas dengan anak matanya yang sudah bergetar menahan debar di dada.

"Alice.." Dia cuba memujuk.

"What the hell Jina?? Kalau you kahwin, I macam mana??!" Jina menelan air liur sekali lagi.

"I janji I takkan ditanggalkan you babe. Percayalah cakap I. Lagipun I tak suka langsung bakal suami I tu." Kata-kata Jina sedikit sebanyak dapat memberikan secebis kelembutan pada hati Alice.

Bertahun lamanya dia menjalinkan hubungan dengan gadis Kanada ini sudah tentu hatinya sudah terpaut pada Alice untuk jangka masa yang lama. Memang semestinya dia susah untuk meninggalkan kekasih hatinya ini untuk sebuah perkahwinan yang tidak tahu hala tujunya.

"Aww..I know you.." Alice mendekati Jina lalu menarik Jina ke dalam pelukannya. Dahi mereka dilagakan bersama. Perlahan-lahan mereka mula bercumbuan.

"I love you."

"I love you too babe."

"Honey." Ciuman dileraikan oleh Alice membuatkan Jina juga turut berhenti.  Dia memandang anak mata bewarna hazel milik Alice.

"Ya?"

"I hantar you balik?" Dengar sahaja sudah cukup membuatkan Jina rasa bersalah. Dia menggosok lengannya. Baru sahaja beberapa minit yang lepas sebelum sahaja Alice masuk ke dalam bilik ini, Jungkook sudah hantar mesej padanya. Lelaki itu mahu datang untuk menjemputnya hari ini dan dia sudah pun bersetuju.

Kedua-dua belah pipi milik Alice dipegang. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembusnya dengan perlahan. Anak mata mereka bertentang lagi.

"No need lah honey. I balik rumah parents I. Sorry." Dengan rasa bersalahnya, dia cuba memujuk Alice yang sukar dipujuk apabila merajuk begini.

Anggukan daripada Alice betul-betul membuatkan dia dapat menarik nafas kelegaan. Mereka berbalas senyuman sebelum bercium buat kali terakhir. Ciuman selamat tinggal.

♡♡

Kasut tinggi milik Jina berdetup-detup berjalan ke arah kereta berwarna hitam itu.

'Cermin gelap. Kereta warna hitam. Sah jantan ni hidup pun kelam.' Getus hatinya sambil membuka pintu kereta itu.

Jungkook yang berpakaian kemas serta cermin mata gelap yang turut menghiasi wajah membuatkan Jina terpegun sekejap. Segak bukan main!

"Kenapa kau tiba-tiba nak ambil aku ni?" Tanya Jina sebaik sahaja menutup pintu. Jungkook yang sedari tadi pandang ke luar tingkap menoleh ke arah kanannya. Wajah Jina dipandang dengan jelingan.

"Eh main jeling-jeling pulak dia! Jawab soalan aku."

"Kenapa dengan bibir kau?" Balas lelaki itu apabila menyedari bibir Jina yang sedikit bengkak pada hari ini. Jina menyentuh bibirnya. Bayangan wajah Alice bermain di fikirannya pada ketika ini. Segera kepalanya digelengkan laju.

"Ani! Tak ada apa-apa!" Tangannya melayang-layang ke udara menangkis pelbagai andaian yang mungkin datang daripada kepala lelaki itu.

Jungkook membuka cermin mata hitamnya. Tubuhnya didekatkan dengan pintu di sebelah Jina. Akibat itu badannya terhimpit dengan pintu dan juga Jungkook.

Lelaki itu memandang bibirnya dengan teliti membuatkan Jina berada tidak selesa.

"Err.." Pandangannya cuba dialihkan ke tempat lain. Dia tidak mahu bertentangan mata dengan lelaki itu jika duduk sedekat ini. Tidak selesa!

Jungkook mendekatkan wajahnya dengan wajah milik Jina sehingga tiada lagi ruang pemisah di antara mereka kerana lelaki itu menciumnya!

Walaupun sangat terkejut namun bibirnya masih dapat merasa bibir lelaki itu. Ciuman ini sangat lain berbanding dengan ciumannya dengan Alice sebentar lagi. Bibir lelaki itu lembut namun cara ciumannya sedikit kasar tetapi tetap membuatkan dia terasa diawang-awangan.

Namun semua itu sangat sekejap apabila ciuman itu dileraikan oleh lelaki itu. Dia memakai cermin mata hitamnya semula.

"Itu denda sebab bercium dengan orang lain. Bibir kau bakal jadi milik aku. Kalau kau cium siapa-siapa lagi aku tak teragak-agak nak denda kau cara lain."

Amaran daripada mulut lelaki itu membuatkan dia berasa geram untuk kali kedua. Berani dia bagi amaran dekat aku??

"Yah! Micheoseo!! Aku tak akan benarkan kau sentuh aku! Lelaki miang!" Tangannya terus memeluk tubuhnya erat.

"Aku tak kata pun aku nak sentuh kau."

"Yah!!"

-Tbc-
965 words.

Married A Lesbian?!Where stories live. Discover now