20

556 53 3
                                    

"Sayang!"

Sekali lagi pintu biliknya diketuk berkali-kali. Semakin lama semakin kuat. Jina memegang payung dengan tangannya yang menggigil.

Dia tidak berani untuk bersuara mahupun menghalau lelaki itu. Kelopak matanya mula memanas. Hatinya cuma mampu berdoa untuk diselamatkan.

Tidak lama selepas itu, bunyi derapan kaki semakin menghilang. Jina kembali membuka matanya.

'Macam dah pergi." Tekanya.

Pintu biliknya dibuka perlahan-lahan. Payung di tangannya dipegang erat.

Kosong.

Dahinya berkerut tatkala melihat sebuah kotak kecil di atas lantai. Tanpa membuang masa, kotak kecil itu diambil lalu pintunya terus dikunci.

Jina meletakkan payung tadi ke tempat asalnya, sementara tangannya yang sebelah lagi memegang kotak kecil tadi.

Hand cream, seutas gelang tangan, sebentuk cincin dan juga body mist. Jenama yang agak familiar untuknya.

Handcream yang baru dibelinya disapu pada kedua-dua belah tangannya. Bunyi pintu dibuka menandakan suaminya baru sahaja pulang daripada kerja.

"I miss you." Jimin berbisik di telinganya membuatkan pergerakannya terus terhenti. Jina tersenyum kecil mendengar bisikan itu.

Kedua-dua tangannya dibawa ke bibir lelaki itu sebelum ianya dicium.

"Emm..vanilla."

Jina menggeleng laju. Impossible. Jimin dah mati.

'Mesti Jungkook yang bagi. Tak mungkin mamat psiko tu hidup lagi.'

'Kalau dia hidup pun...' Jina mendecit. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya.

'Dia tak layak untuk hidup.'

-

Tubuhnya dilanyak pada katil. Jungkook membuka phone miliknya membuatkan wajahnya bercahaya memandangkan biliknya gelap.

Thank you for your gift thayang. 😘

Mesej daripada Jina itu membuatkan lelaki itu bingung. Hadiah? Hadiah mana pulak ni?

Belum sempat jarinya menaip apa-apa, satu gambar dihantar oleh Jina.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jungkook membuat muka. Mesti hadiah daripada peminat isteri aku ni.

Kau sengaja nak bagi aku jeles ke apa?

Jina mengerutkan dahinya membaca mesej yang Jungkook balas.

Wdym?

Obviously peminat kau yang hantar right?

Jina menggigit bibirnya bagi menahan senyuman.

Silly. Itu pun nak jeles.

Namun sebelum sempat dia membalas, satu panggilan masuk.

Melihat nama yang tertera, panggilan itu terus dijawab tanpa dia teragak-agak.

"Hello hubby."

"Yes wife."

"I rindu you."

"I mich you too.. Tadi kan masa aku nak masak, jari aku terluka. Sakit.."

Jina tergelak kecil mendengar rengekkan daripada Jungkook. Jarinya bermain dengan cadar katil sementara sebelah tangannya lagi memegang telefon bimbitnya ke telinga.

"Hmm hubby..nyanyikan lagu untuk wife boleh tak?"

Jungkook tersenyum mendengar Jina menguap. Mesti isterinya penat.

"The way to love me isn’t hard
Just hold me tight like you are now
We don’t know what will happen to us later
But I like that nothing’s decided."

Jungkook menarik nafasnya.

"If you start to like someone else
If I get used to not being with you
When that time comes, when it’s that time
Then, then."

Nyanyiannya terhenti buat seketika.

Dia menyambung lagi.

"Whether you want it or not, I’m going to hold onto you
When I get too tired that I can’t even walk
When that time comes, when it’s that time
Only then we can break up."

[Only then - Jeon Jungkook]

Jungkook berhenti menyanyi tatkala dengkuran halus mula kedengaran di corong telefon bimbitnya. Dia tidak memutuskan talian mereka sebaliknya dia meletakkan telefon bimbit itu di antara telinganya dengan bantal.

Jika Jina mendengar suaranya sehingga wanita itu tertidur, cukuplah nafas isterinya sahaja yang menjadi lagu untuk dia tidur.

-

Rambut panjang itu dihidunya sedalam yang mungkin. Dia betul-betul rindukan isterinya. Bau wanita itu. Wajahnya. Suaranya. Tubuhnya. Dia rindukan semuanya.

"I really really miss you." Jimin berbisik sebelum bibirnya mengucup lembut pipi milik Jina.

Pergerakan kecil yang dibuat oleh Jina selepas pipinya dikucup membuatkan bibirnya tersimpul satu senyuman.

"Wife! Wife! Hello?"

Suara yang datang daripada telefon bimbit Jina membuatkan senyumannya terus mati. Jimin mengambil telefon bimbit itu. Matanya merenung tajam nama yang tertera di skrin telefon itu.

"Jeon Jungkook." Ucapnya dengan geram sebelum memutuskan panggilan yang sudah berdurasi selama sejam itu.

Tbc

Siapa ingat sekolah yang Jina pernah pergi dulu? Siapa eK kawan dia masa tu? 🤔

Married A Lesbian?!Where stories live. Discover now