"Nak aiskrim plishh.."
Kedai aiskrim yang sedari tadi dia pandang ditunjuk-tunjuk dengan jari telunjuknya.
"Adui kau ni. Tak penat ke." Jungkook mula mengeluh. Dipaksakan juga kakinya melangkah mengikut jejak langkah milik Jina.
"Ahjushi! Mint satu! Jungkook kau nak apa?" Haera menoleh ke belakang.
"Kau suka mint ke?" Kepala wanita itu diangguk-angguk laju. Jungkook mula teragak-agak.
"Mint satu lagi." Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memilih cone aiskrim berperisa sama seperti yang Jina pesan.
Mereka berdua mengambil tempat di dalam kedai tersebut. Jina nampaknya menikmati aiskrimnya dengan berselera namun tidak bagi Jungkook. Kon aiskrim itu masih setia di tangannya tidak berusik.
Haera mula berhenti menjilat aiskrimnya. Wajah Jungkook yang masih merenung aiskrimnya dipandang pelik.
"Kenapa tak makan? Tengok! Dah cair dah.."
Jungkook memandang wajah Jina sekilas sebelum menggigit sedikit aiskrim berperisa mint itu. Sedikit demi sedikit dia menelan setiap rasa aiskrim itu.
"Hold this." Kon aiskrim diberi pada Jina sebelum dia berlari ke arah sinki berdekatan. Tanpa menunggu lagi, dia memuntahkan segala isi perutnya. Jina yang melihat mula terasa loya namun dia tetap bertahan demi aiskrim kegemarannya habis.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk segera pulang memandangkan Jungkook tidak sihat pula pada hari ini.
"Kau okey? Kau nampak macam tak sihat..sangat." Tubuh sasa Jungkook dibaringkan pada katil miliknya. Jina menggigit kukunya. Apa yang dia nak buat ni? Wajah pucat lelaki itu dilihat dengan pandangan kesian.
Ok! Kalau aku sakit..selalunya omma buat apa? And then..kalau dia sakit, omma dia-
"Oh! Omma kau! Jungkook, aku nak call omma kau. Tau."
Poket jeans lelaki itu dirabanya sehingga dia terjumpa handphone milik lelaki itu. Name contact omma segera dia sentuh.
"Haluuuu.."
"Yeobuseyo..aunty. Ni Jina. Ya ya..bakal menantu aunty tu. Ni..saya tak tau nak buat apa. Jungkook sakit perut. Tadi dia muntah-muntah lepas makan aiskrim."
"Aiskrim? Perisa apa?"
Aik. Ada masalah ke dengan perisa?
"Erm..perisa mint.."
"Oh hahahahaha!"
Puan Jeon yang tiba-tiba ketawa membuatkan aku bingung. Apahal dengan mak dia ni. Anak sakit elok pulak dia ketawa.
"Kalau kamu nak tahu..si Jungkook ni tak boleh makan mint. Dia fobia."
"Laaaa yeke..tapi ada ke orang fobia dengan makanan aunty?"
"Rasanya lebih kepada trauma. Dulu..time dia masuk kem tentera dulu, kawan-kawan sedorm dia pergi masukkan setiub ubat gigi dalam mulut dia masa tidur. Kesian, bangun-bangun tersedak sampai menangis-nangis dibuatnya. Sebab tulah dia tak suka rasa mint sampailah sekarang."
Aku tergelak kecil. Wajah Jungkook dipandang sekilas.
Jungkook menjeling dengan muka pucatnya membuatkan ledakan ketawa aku bertambah.
"So..kamu janganlah risau. Sapu minyak angin ok lah tu."
"Gomawo aunty."
Tamat sahaja panggilan, telefon bimbit itu diletakkan ke atas meja bersebelahan dengan katil. Wajah pucat Jungkook dipandang. Jina mendekati tubuh yang sedang berbaring itu.
Dahi lelaki itu yang berpeluh diraupnya dengan tangan. "Kau okey? Rasa nak muntah lagi?" Lelaki itu membuka matanya sedikit. Mulutnya menggumam perlahan.
"Aku sapu ubat tau." Jina menutup matanya sebelum menyelak baju Jungkook. Botol minyak angin digenggamnya erat. Entah kenapa dia berasa sangat kekok waktu ini. Malukah?
"Aku sapu ni.." Akhirnya tapak tangannya menyentuh kulit lelaki itu. Tubuhnya seperti terkena renjatan elektrik sahaja apabila terasa perut lelaki itu tidak rata.
'Omg. Abs!' Getus hatinya.
Semasa dia hendak berhenti menyentuh perut lelaki itu, tiba-tiba sahaja tangannya yang berada di perut Jungkook ditekan semula. Jina membuka mata. Mata mereka bertentangan dan itu membuatkan dia berada tidak selesa. Langsung.
"Please. Omma aku selalu usap perut aku sampai aku okey. Lepastu cium pipi aku masa aku sakit. Please jadi omma aku untuk harini." Wajahnya yang pucat membuatkan aku terfikir banyak kali.
Alah..dia sakitkan? Bukannya apa pun. Lagipun salah aku yang paksa dia makan aiskrim tu. Tak salah pun..
Perlahan-lahan tangannya mengusap perut lelaki itu. Tidak dilupakan juga ciuman untuk lelaki itu. Namun liat pula lelaki itu hendak tidur.
"Jungkook..bila kau nak tidur ni. Aku dah penatlah."
"Macam mana aku nak tidur kalau kau asyik buat aku lebih 'terjaga' daripada mengantuk." Katanya sambil tersenyum gatal. Aku menarik tangan daripada terus menyentuhnya. Lelaki ini memang gatal!
"Kau sapu perut kau sendiri!" Aku bangun dan berlalu pergi.
"Alaa..bukannya aku sengaja pun!"
-
Aku mula terfikirkan sesuatu. "Dia tak suka mintkan?" Langkah aku pusing kembali ke bilik, di mana Jungkook berada. Kelihatan dia sedang bermain dengan hand phonenya.
"Wei."
"Hmm." Jawabnya tanpa mengalihkan perhatiannya.
"Kau gosok gigi pakai ubat gigi perisa apa eh?"
Dia menjeling aku selepas sahaja aku bertanya. Tanpa berkata apa-apa dia bangun dan meninggalkan aku berseorangan.
"Aik. Aku tanya je pun. Tu pun nak marah."
-Tbc-
747 words.
YOU ARE READING
Married A Lesbian?!
FanfictionPsycho Love 2 "Saya cintakan awak tapi saya tak boleh lupakan dia." Sequel from Psycho Love. 100% From me. (Byuntae alert )