13

1.3K 103 6
                                    

Tubuh Alice menggigil apabila ternampak figura Jimin masuk ke dalam bilik ini. Senyumannya yang manis itu membuatkan kebenciannya semakin tinggi pada lelaki itu.

"Seronok malam tadi?" Alice mengetap bibirnya.

"Diamlah! Aku benci kau!" Jeritnya sambil menolak kedua-dua orang lelaki yang berbaring di sebelah kiri dan kanannya. Ya. Jimin mengupah orang untuk merogolnya semalam. Dan ianya DUA orang! Dua nafsu binatang yang menyerangnya sepanjang malam semalam.

Lelaki ini juga mengugutnya jika dia tidak melakukan apa yang dipinta oleh lelaki ini, dia akan membawa seorang lelaki setiap malam untuk masuk ke dalam rumahnya. Lelaki ini memang kejam!

"Bukan ini ke yang kau selalu lakukan? Huh? Setiap malam..puaskan nafsu kau sendiri. Seronok bermain dengan dua ekor anjing?"

"Kau tu yang anjing!!" Alice hanya mampu menjerit geram. Sudahlah dia tidak memakai baju. Jadi dia hanya mampu menyorok di sebalik selimut tebal yang menutupi tubuhnya kini. Dan dia tahu..lelaki ini sangat bahaya untuk dia dekati tanpa sebarang rancangan. Jadi dia sudah ambil keputusan.

Dia mahu memasang strategi untuk membalas dendamnya pada lelaki bernama Jimin ini.

"Wow. Jaga bahasa perempuan. Sebab aku nak kau cakap dengan orang lepas ni. Sekali kau larikan diri..aku tak teragak-agak untuk buat kau menyesal seumur hidup."

Alice membalas pandangan itu dengan jelingan.

'Kita tengok siapa yang akan menyesal nanti."

-

Jina mengipaskan wajahnya dengan tangan berkali-kali. Cahaya matahari yang baru keluar ini sangat membuatkan dia berasa rimas.

"Mana Alice ni tak datang-datang lagi?"

"Manalah I tahu bos."

"Bukan ke you paling 'rapat' dengan dia? Takkan you tak tahu kut?"

Jina menjeling orang tua botak itu.

"I nak baliklah kalau macam ni." Jina sudah bersiap sedia mengangkat hand bagnya. Cepat-cepat orang tua itu mengejarnya.

"Eh! You ni! Sabarlah! I gurau je tadi. Janganlah sentap."

"No. I tetap nak balik jugak." Jina terusan melangkah tanpa menghiraukan panggilan orang tua itu.

Dia tahu bosnya tak akan berani berbuat apa-apa. Potong gaji? Tengoklah dia bergambar setaraf dengan nilai gajinya yang baru. Buang? Lagilah orang tua itu tidak berani.

Dalam diam Jina sangat menyayangi pekerjaannya kini. Siapa sahaja tidak mahu menjadi bos walaupun tidak secara rasmi? Walaupun pekerjaannya kini sangatlah tidak elok untuk dimiliki namun siapa kisah?

Jina mengambil keputusan untuk membeli beberapa set make up yang baharu. Jadi, dia memandu keretanya ke Mall yang terdekat.

"Annyeonghaseyo! Selamat datang ke  Mary Kay."

Jina membalas dengan senyuman yang membuatkan pekerja itu tersenyum lebar.

"Kau pahal senyum-senyum ni." Seorang rakannya menepuk bahunya.

"Tu..model lah wei!"

"Yela. Macam tak biasa pulak."

"Dia senyum dekat akulah!" Katanya dengan mata berkelip-kelip.

"Hek eleh. Lainlah kalau dia model lelaki. Apa ke bendanya kau ni. Les ke apa." Rakannya membuat muka menyampah.

"Aduh. Selalunya semua sombong-sombong belaka. Maklumlah orang kaya an. Tapi dia lain. Aku nak layan dia ni. Dah tepi!" Tubuh rakannya ditolak ke tepi.

"Cik. Boleh saya bantu?" Ujarnya gembira.

Jina menoleh. Dia menarik senyuman lagi.

"Eo..saya nak cari lipstick yang berperisa strawberi." Pekerja itu mengangguk faham.

"Eo..chakaman." Pekerja itu beredar.

Jina melihat sekeliling. Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati. Telefon bimbitnya dibawa keluar dari beg. Gajet itu dipegangnya kemas supaya dia dapat membuat panggilan jika ada apa-apa yang berlaku.

"Cik!"

Terus jantungnya berdetak dengan laju. Wajah pekerja tadi ditatapnya dengan pandangan lega. Ingatkan apa tadi.

"Ni..yang cik cari." Kotak lipstick itu dicapai.

"Gomawo.." Jina berjalan ke kaunter. Dia terus membuat bayaran dan berlalu pergi.

Telefon yang dipegangnya bergetar tanda ada panggilan masuk. Nama Jungkook yang terpapar membuatkan dia terus menyambut panggilan itu.

"Hello?"

"Mana kau pergi?"

"Mall?"

"Balik sekarang."

"Kenapa pulak?"

"Aku kata balik. Balik jelah!"

Panggilan ditamatkan. Jina berdecit.

"Ish. Nak suruh orang balik pun nak marah-marah. Aku bukannya pergi club ke apa." Pintu kereta dihempas sebelum kereta itu meluncur pergi.

-

"Dah balik?" Sapa Jungkook yang berada di dalam rumah. Jina memandangnya tajam.

"Eo. Tak nampak?"

Jungkook menggaru kepalanya. Dengan perlahan-perlahan tubuh Jina dipeluknya kemas. "Syukurlah kau balik dengan selamat."

Jina hanya mendiamkan diri. Semua ini memang membingungkan. Lelaki ini tiba-tiba sahaja berbuat demikian.

Selepas beberapa saat memeluk,akhirnya Jungkook meleraikan pelukannya. Pandangannya dijatuh pada wajah wanita di hadapannya ini.

"Kau ingat lagi tak? Lelaki psiko yang serang kita masa aku selamatkan kau dulu?"

Jina memandang Jungkook dengan pandangan yang tidak percaya. Jimin? Kenapa dengan dia?

"Erm..k-kenapa?" Ucapnya tiba-tiba menjadi gagap.

"Dia dah keluar daripada hospital sakit mental."

"Hah!! Reportlah polis!"

"Tak boleh."

"Wae!?"

"Dia keluar. Bukannya terlepas. Maybe dia dah normal?"

Tak! Dia tak akan normal!

"Mana kau tahu? Kita tak report polis lagi!" Wajah Jungkook berubah. Pinggang Jina dirangkulnya. Senyuman menggodanya mula terbit. Jina meneguk liurnya.

"Aku polis. Aku tahulah." Kata-kata Jungkook membuatkan dia berfikir sejenak.

"Then arrest me." Katanya dengan yakin.

"Bwo?" Nampaknya Jungkook terkejut. Jina menarik senyuman menggodanya. Leher Jungkook dirangkulnya manja.

"Arrest me." Bibir Jungkook diciumnya sebelum dia menarik Jungkook bersamanya.

Dia yakin Jimin tak akan berani menganggunya jika dia bersama dengan Jungkook. Mungkin perkara ini telah melanggar peraturan yang paling penting bagi dia sebagai seorang yang anti-lelaki. Dan mungkin perkara ini jugalah yang dapat menghalang lelaki durjana itu daripada mengganggu hidupnya lagi.

-Tbc-
847 words.






Married A Lesbian?!Where stories live. Discover now