6

1.6K 138 5
                                    

"Sorry Tae kalau soalan I ni agak personal."

Suara Jina membuatkan lelaki itu mengangkatkan kepalanya dari memandang hidangan yang berada di hadapannya. Sudu serta garfu diletakkan perlahan ke atas meja.

"Go on."

Melihat wanita itu seperti sukar sahaja menyuarakan hal itu membuatkan Taehyung menelan liur.

Apa sangatlah soalannya sampai buat aku jadi begini. Resah sahaja menunggu.

"Apa yang buat you ambil kerja macam ni."

"Maksud you? Kerja I sekarang?"

Jina mengangguk membuatkan lelaki itu menghela nafas berat.

"Kalau you tak nak jawab its okey."

Taehyung menggeleng. Anak mata milik Jina dipandang tepat. Wanita itu kelihatan sangat cantik walaupun mereka berada di dalam restoran yang lampunya agak malap untuk suasana yang lebih romantis.

"Saja. Just having fun." Kata-kata lelaki itu membuatkan Jina tercengang.

"Lagipun I nak tolak tawaran papa I so I katalah kat dia yang I dah bekerja tapi tulah dia tak tahu I kerja apa so nevermind."

Taehyung kembali menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Matanya masih tidak berganjak dari wajah mulus Jina.

"Tapi sekarang niat I dah lain." Tambahnya lagi. Jina kembali fokus pada lelaki itu.

"I nak berganding dengan you for this job." Sambungnya sambil tersenyum senget. Jina hanya mampu mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu apa yang hendak dibalas.

'Aku nak balik.' Bisik hati kecilnya.

♡♡

Pintu grill dikunci sebelum pintu utama ditutup lalu dikunci pula. Sekarang memang tak boleh nak lalai. Ada sahaja kes merompak setiap hari.

Langkah kaki diatur ke biliknya, sambil itu kelibat baby juga dicari-cari. Namun langsung tiada jejak mahupun bunyi daripada kucing kesayangannya itu.

"Tidurlah tu." Fikirnya. Dia kembali menuju ke arah pintu biliknya. Sejurus sahaja pintu dikunci,ada satu suara garau yang menyapanya.

"Baru balik?"

Dadanya yang berdegup kencang disentuh. Nafas yang tidak teratur cuba dikawal sehabis mungkin.

"Kau ni buat aku terkejut jelah!" Handbagnya dilempar pada lelaki yang sedang elok berbaring di atas katilnya.

"Auch! Sakitlah. Aku tanya je kot. Kau je yang over." Lelaki itu menggosok-gosok kepalanya yang menjadi sasaran balingan milik Jina tadi. Ada batu ke apa dalam beg minah ni. Boleh biul kepala aku.

"Kau...macam mana kau boleh ada dalam ni? Kau pecah masuk rumah aku eh? Kau ikut mana? Tingkap?"

"Aku kan ada kunci rumah kau. Kira tak pecah masuklah kan?" Jungkook tersengih sehingga menampakkan gigi bunny nya yang comel. Namun secomel-comel rupa nya tetap Jina terasa menyampah.

"Keluarlah. Aku nak tidur ni. Menyibuk aje." Tangan lelaki itu ditarik supaya berganjak dari katil.

"Alaa..meh lah tidur sekali." Kata Jungkook lalu menarik tangan kecil itu ke arahnya semula.

Disebabkan tarikan lelaki itu kuat membuatkan imbangannya tidak stabil. Tubuhnya terus menghempap tubuh lelaki itu.

"Jungkook!" Wajah Jungkook hanya lebih kurang sejengkal sahaja dengan wajah miliknya. Ini lebih membuatkan renungannya pada lelaki itu semakin tajam.

"Tidurlah dengan aku..aku tak akan buat apa-apa pun. I'm promise." Jungkook mengangkat tangannya tanda dia berikrar.

"Aku tak boleh percaya kau." Bisik Jina sambil memalingkan wajahnya ke tempat lain.

"Trust me. When I make a promise, I never ever break the promise. Never." Wajah Jungkook dipandang oleh Jina. Anak mata coklat lelaki itu ditenung dengan dalam. Mencari kejujuran dalam kata-kata miliknya. Secara perlahan-lahan tembok kepercayaannya kepada lelaki ini mula terbina.

"Ok. Just what you have promised."

Makin melebar senyuman milik lelaki ini sambil matanya tidak lepas memandang lenggok tubuh Jina melangkah ke bilik air.

-

Siapa sahaja tak nak tidur disebelah orang yang selama ini hanya boleh berada dalam mimpinya sahaja. Perempuan yang selama ini dia bayangkan berada di dalam dakapannya selama mereka tidur. Oh indahnya mimpi apabila menjadi kenyataan. Begitulah perasaan Jungkook kini.

"Jungkook." Kini posisi diubah oleh Jina. Posisi yang mulanya masing-masing menghadap dinding kini bertukar menghadap masing-masing.

"Hurm?" Dalam keadaan begini, diam-diam hati lelakinya mula tidak tenang. Berhadapan dengan seorang gadis yang cantik, berdua-duaan di atas katil di dalam bilik yang terkunci dan malah berada di dalam rumah yang sunyi. Cukup sahaja membuatkan dia tidak boleh tidur dan berpeluh pada setiap saat. Cukup terseksa dia kalau berterusan begini.

"Mana kau tahu semua benda pasal aku?" Bunyinya sekadar nada bertanya. Tidak keras dan tidak pula  lembut.

"Ha?" Dalam dia mengelamun hanya beberapa perkataan sahaja yang singgah di gegendang telingannya. Yang lain langsung tidak tertangkap akibat merenung benda lain. Wajah yang ditunjukkan membuatkan Jina di hadapannya mengeluh perlahan.

"Mana kau tahu perihal aku. Aku sendiri tak pernah dedahkan pada sesiapa. Mana kau tahu?"

'Alamak. Takkan aku nak beritahu dia yang aku siasat tentangnya sampai ke lubang cacing? Nanti dia ingat aku ni stalker pula. Tapi memang betul pun. Aigoo. Pura-pura tidurlah.'

"Jungkook. I'm still waiting."

"Esok boleh?"

"Nope."

"Alaa.."

"Aku halau kang."

"Kiss dulu."

"Oklah esok."

"Haa tau pun. Tapi..nak kiss."

"Pegi mampos."


♡♡

"Kau nak pergi mana?"

Jina yang sedang mengikat sanggul rambutnya mengalihkan pandangannya pada Jungkook yang masih tidak berganjak dari katil. Baru bangun tatkala matahari sudah terpacak.

"Pasaraya basah."

Jungkook mengangguk kecil. Dia meraup mukanya. Pandangannya kembali ke arah Jina.

"Nak ikut."

"Buat apa. Bukannya ada apa-apa pun."

"Ada kau." Katanya sambil membuat muka comel. Ingat comellah tu. Jina membuat muka.

"Pergilah siap. Aku tunggu."

Terus lelaki itu bangkit dan berlari ke bilik air. Jina menggelengkan kepalanya. Ini ke yang akan jadi suami aku?

-

"Kamu berdua ni pasangan ya? Sepadannya!" Ahjumma yang menjual sayur melihat kami berdua dengan satu senyuman. Aku tersenyum kecil, hanya mengiyakannya.

Sangat menjengkelkan. Dari tadi perkara yang sama orang akan cakap pada kami berdua. Silap dia nak pakai baju sama warna dengan aku harini.

"Ohh..akhirnya.."Aku mengeluh lega.

Kami berdua melangkah keluar dari pasaraya basah itu. Sangat penat mendengarkan pujian yang sangat menjijikan.

Aku dan dia, sesuai?? Hahahaha! Mustahil.

Langkah aku terhenti apabila terlihatkan sesuatu. Serta merta Jungkook disebelah aku juga berhenti.

"Waeyo?" Dia memandang ke arah tempat yang sama.

-Tbc-
952 words.


Married A Lesbian?!Where stories live. Discover now