8

1.4K 125 3
                                    

Kini, tibalah hari di mana Choi Jina dan Jeon Jungkook akan disatukan dalam satu majlis.

Majlis perkahwinan yang serba mewah kerana mendapat sponsor 100% daripada pengantinnya sendiri. Bila kaya mestilah bolehkan.

Ada tiga tubuh yang sedang berdiri di bawah lampu chandelier yang sangat cantik dan lebih memewahkan majlis perkahwinan ini. Pandangan Jina terkunci dengan pandangan Jungkook yang sangat segak memakai tuxedo hitam bersama rambutnya yang didandan sesuai dengan mukanya.

Denyutan jantung Jina makin bertambah apabila figura tubuh Jungkook bertukar kepada tubuh seseorang yang dia kenal. Kenal sangat.

Park Jimin. Yang berdiri di hadapannya kini bukan Jungkook tapi  Jimin! Bunyi lain yang bergema di dalam dewan itu sudah tidak kedengaran lagi di telinganya. Semuanya sudah senyap atau bayangan Jimin mampu buat dia pekak seketika?

Entah mengapa dia terasa sayu melihat muka itu. Keadaan ini hampir sama semasa dia berkahwin dengan Jimin dahulu.

Kelopak matanya mula memanas apabila tubuh itu mula mendekat dengan dirinya sehingga dia tercium bau perfume.

Tetapi bau perfume itu bau milik Jungkook. Sedarlah dia bahawa di hadapannya ialah Jungkook bukan lagi Jimin.

Jungkook tersenyum manis sebelum memegang dagu miliknya. Jina memandang anak mata milik lelaki itu dengan dalam.

'Kalau Jimin masih hidup adakah perkahwinan ini tidak sah?

Ah! Lupakan dia Jina! Mestilah sah. Diakan dah mati!'

Suara hatinya berhenti berbunyi apabila bibirnya ditaut oleh bibir lelaki itu.

Ciuman ini lebih lembut daripada apa yang dia dapat daripada Jimin sewaktu dia masih milik lelaki psiko itu dahulu.

Dia yakin. Sangat yakin perkahwinannya tidak akan sama seperti dulu. Suaminya ialah Jungkook sekarang bukan lagi Jimin.

-

Jina yang sedang duduk termenung terkejut apabila ada sepasang tangan sedang melilit pinggangnya.

Jungkook meletakkan dagunya pada bahu wanita itu. Wangian milik Jina membuatkan dia mabuk dengan wanita ini.

"Kau okey? Termenung jauh nampak."

Jina menarik senyuman pendek. "Tak adalah. Saja cuci mata." Walaupun agak janggal dan tidak berapa selesa namun dia hanya membiarkan sahaja. Janggal kerana dia baru jumpa lelaki ini. Tidak selesa sebab dia tidak biasa dengan lelaki.

Cuba kalau ada perempuan yang buat benda ni kat perempuan yang straight . Begitulah apa yang dia rasa sekarang. Sebab dirinya bukanlah perempuan yang straight.

Ketidakselesaannya makin bertambah-tambah apabila Jungkook mula menghidu lehernya. Kegeliannya juga dapat dirasakan apabila hujung hidung lelaki itu asyik tersentuh cuping telingannya.

Bulu romanya meremang apabila terasa benda sejuk hampir terasa di semua permukaan lehernya. Dia hanya mengagak benda sejuk itu adalah air liur milik lelaki itu.

Tangan yang tadi berada di pinggangnya mula menjalar ke tempat lain.

"Jungkook..." Dia memanggil nama lelaki itu supaya tersedar akan perbuatannya namun lelaki itu seperti tidak dengar sahaja akan panggilannya.

Tiba-tiba rasa sakit menyengat pada batang lehernya membuatkan kesabarannya terus merundum jatuh.

"Jungkook!!"

Dia menjauhkan diri daripada lelaki itu. Lovebite di lehernya ditekup dengan sebelah tangan. Dadanya berombak menahan amarahnya. Wajah serba salah lelaki itu dipandang dengan tajam.

"Apa kau cuba buat hah?!!"

"Sorry aku tak sengaja!" Jungkook merapatkan kedua-dua belah tangannya.

"Kau tahu aku tak suka kan!"

Dada Jungkook ditolak supaya menjauhinya apabila lelaki itu cuba memegang tangannya.

"Jungkook please! No touching while discussing!"

Mendengar sahaja kata-katanya lelaki itu terus mengangkat kedua-dua belah tangannya ke udara.

"Okey! Aku tak sentuh!"

Jina menghirup nafas dalam-dalam sebelum menghembusnya kembali. Wajah kacak lelaki itu dijeling sebelum dia bergerak ke dalam biliknya.

Jungkook mengikut langkah atur milik wanita itu namun belum sempat kakinya melepasi pintu bilik, pintu sudah dihempas.

"Kau tidur luar!" Jerit Jina di sebalik pintu. Jungkook mengeluh. Dia berjalan ke arah sofa lalu merebahkan tubuhnya.

-

Sesekali tangan sasa itu menampar beberapa tempat di tubuhnya. Berkerut-kerut mukanya menahan rimas hasil daripada bunyi nyamuk yang tidak habis-habis menganggunya sepanjang malam ini.

Jungkook bangun dari pembaringannya. Dia memandang sekeliling lalu tangan dikipas-kipas untuk menghalau nyamuk.

"Uljima. Jangan nangis! Kau kuat Jungkook!"

Namun air matanya masih berdegil mahu keluar. Dan akhirnya terserlahlah sifat Jungkook yang manja ini. Lengannya dibawa untuk menutup matanya. Perlahan-lahan sedu sedan mula kedengaran dari bibirnya. Namun tiada seorang pun yang mendengarkan tangisannya pada malam itu.

-Tbc-
662 words.




Married A Lesbian?!Where stories live. Discover now