Hidup aku hancur disebabkan seorang lelaki psiko. Aku..dah tak nak jatuh cinta lagi dengan lelaki dan aku memilih perempuan sebagai pilihan aku. Yup. Lesbian. Aku lesbian.
Sekarang aku memulakan hidup aku yang baru. Aku jugak dah bekerjaya sekarang. Semakin aku dewasa,semakin tubuh aku melengkuk cantik. Jadi aku mengambil kos modelling memandangkan ramai yang kata badan aku lawa.
"Babe. You want some?" Haerin ialah salah satu 'teman' aku menghulur gelasnya kepada aku. Aku hanya menggeleng.
"I tak ada moodlah babe. I..nak balik." Aku mahu mengangkat punggung namun bahu aku ditekan membuatkan aku terduduk kembali. Aku menjelingnya.
"You ni kenapa?! I kata I nak balik, I nak baliklah!!" Aku menjerit namun dia hanya tergelak kecil.
"You period eh? Wow..I suka kalau-"
"No. I nak balik jugak." Aku mencapai handbag aku dan berlalu pergi. Langkah aku terhenti apabila teringat sesuatu. Aku terlupa yang aku ke sini dengan Haerin dan sekarang aku tak ada kenderaan nak balik.
Aku mengeluh sambil duduk di tempat duduk di hadapan kelab malam ini. Mata aku meninjau keadaan di sekeliling. Senyap dan sunyi sahaja.
Tak tahu nak buat apa, aku membelek-belek kuku aku.
Bunyi deringan telefon membuatkan aku terkejut. Memandangkan kawasan ini sunyi jadi deringannya memang kuat.
"Yeobuseyo?"
"Yah! Choi Jina! Apa kamu buat hah?! Balik sekarang! Kita ada hal penting yang perlu dibincangkan!!"
"Alaaa..hal apa tu. Jina malaslah nak balik rumah sana."
"Kau balik sekarang jugak!!! Aku tak kira! Kau balikkkk!!!!"
Aku menjauhkan telefon bimbit aku dengan muka aku. Haish. Habislah aku. Nampaknya aku dah buat kesalahan besar tapi apa dia?
Walaupun telefon tidak lagi berada di telingaku namun suara omma memekik masih kedengaran. Aku menekan butang end call.
"Mesti omma lagi mengamuk." Gumam aku dan aku terus memgeluh.
♡♡
Jina membuka pintu dengan perlahan. Jantungnya berdegup kencang. Boleh terbayang wajah omma yang kemerah-merahan.
"Wow tengoklah dia. Seksi bukan main." Omma menyilangkan tangannya sambil menjeling pakaian aku. What do you expect? Aku baru balik kelab kot.
Aku hanya menguling mata aku. Malas nak dengar perlian omma. Sejak aku ambil kos modelling, sampai sekarang omma pertikaikan apa yang aku pakai. Lantaklah. Aku model kot mestilah kena jaga style.
"Kalau pakai seksi pun nak pikat pelacur buat apa." Aku memandang tajam oppa aku, Jinyoung.
"Kau pahal!! Dah lama hidup ke?!" Mahu saja aku menumbuk mukanya. Merah padam muka aku dibuatnya. Abang tak guna!
"Dah dah..apa yang Jinyoung cakap tu betul. Inilah hal yang kami nak cakap." Nada appa sangat tenang tetapi langsung tidak mengubah keadaan yang sangat tegang ini.
Aku mencebik apabila Jinyoung menjelirkan lidahnya pada aku. Aku mengeluarkan middle finger padanya. Terus dia diam.
Wajah omma dan appa aku pandang silih berganti. Menanti apa yang hendak mereka cakap.
"Ramai jiran cakap kamu ni suka pada sejantina kamu. Betul ke Choi Jina?" Appa menyoal aku. Aku mengetap bibir. Aku tidak menjawab membuatkan omma tersenyum sinis.
"Betullah tu yeobo. Haish jinjja. Siapa punya anaklah ni. Buat malu je." Sampuk omma tanpa memandang muka aku.
Aku sedikit terkesan namun aku hanya diamkan sahaja. Jari kaki aku kuis pada karpet yang terbentang di ruang tamu ini. Aku cuba menahan air mata aku daripada keluar.
"Appa nak kamu jadi normal semula." Tambah appa. Aku mengangkat kepala. Air mata yang memang ditahan tadi kini sudah membasahi pipi aku.
"Appa cakap memanglah senang! Ingat Jina boleh berubah mudah macam tu je ke?! Kalau boleh ubah dah lama Jina ubahlah!" Gigi aku ketap kerana geram.
"Sebab tulah kami nak tolong kamu-"
"Kahwin." Potong omma. Mata aku membulat. Kalau aku kahwin habislah kerjaya aku.
"No no! Jina tak nak! Habislah kerjaya Jina sebagai model!"
"Kerjaya apa jadi model baju dalam?!! Ingat bagus ke tayang badan bogel dekat serata dunia??!! Tak malu??!" Kata-kata omma membuatkan aku malu. Aku terus berpaling dan keluar dari rumah itu dengan amarah. Suara pekikan omma dan panggilan appa aku pekakkan.
"FML!"
-Tbc-
647 words.❤ from me.
YOU ARE READING
Married A Lesbian?!
FanfictionPsycho Love 2 "Saya cintakan awak tapi saya tak boleh lupakan dia." Sequel from Psycho Love. 100% From me. (Byuntae alert )