Yana memeluk hakimi yang berada dihadapanya.Alhamdulillah.Dia dan anak dia selamat. Kalau hakimi tak datang tadi,memang dia tak tahu apa akan terjadi pada dia.
Diana yang sedang mengamuk ditahan polis. Shawn dan Frank juga telah ditangkap.
"sayang ok? Anak kita? "hakimi memandang yana dihadapannya. Syukur sangat dia dengan yana tak kena serang dengan Diana tadi.
Kalau polis tak sempat sampai memang tak tahulah dia nak cakap apa.
"ok je.terima kasih tau abang datang selamatkan saya. Kalau tak tak tahulah saya nak cakap apa.Anak kita.."Kata yana lalu tangannya memegang perutnya.
"jomlah balik. Mesti semua risau. "
----
Sampai sahaja di rumah tengku hisyam,
Syakila dan Bella orang pertama datang kearah yana."weii.. Kau okay tak. Perempuan psycho tu ada buat apa apa tak dekat kau. Eee. Kalau aku dapat perempuan tu memang aku penyek penyek kan dia jadi lempeng. Sesuka je dia... "Syakila membebel sebelum dipotong Syahir.
"sudah sudah lah tu, bebel je kerja.Orang tu penat balik balik kena dengar ceramah pula. "
"ehh suka hati aku lah. Kau bising kenapa. "
"amboi...melawan cakap bos ae.. "
"iishhh.. "
Yana yang ditengah ditengah mengurut kepala. Gaduh pula.
"sudahlah tu syahir,syakila.Bini aku nak rehat. Nak gaduh,gaduh dekat luar ye. Tapi hati hati takut kena tangkap basah. Kahwin percuma korang. "Kata hakimi dalam pada masa yang sama mengena pasangan secocok sangat tu.
"yelah yelah kiteorang salah. "
----
"papa bersyukur sangat yana tak apa apa,kalau tak papa tak tahu nak buat apa. Yana jelah kebahagian papa sekarang. "Tengku hisyam memeluk yana,yana juga membalas pelukan papanya.
"dah dah pergi rehat,kesian anak papa penat. "
"ok papa. "
Masuk saja kedalam bilik yana berbaring diatas katil. Banyak betul dugaan dia,tak kisah lah masa sekolah ke lepas kahwin. Tapi dia tahu,Allah bagi dia ujian untuk dia sentiasa bersyukur,tabah dan sabar dengan ujian.Sebesar mana pun ujian yang diberikan,banyak lagi kebaikan yang Allah bagi dekat dia. Contohnya kalau dulu dia mengeluh tiada keluarga? Sekarang dia ada. Kalau dulu dia sentiasa dipijak pijak,tidak ada kawan,sekarang dia ada.
Kuncinya hanyalah sentiasa reda dengan segalanya. Jangan mengeluh. Jangan mudah putus asa. Insyaallah.
"sayang.. "Hakimi yang baru saja masuk kedalam bilik mereka juga baring disebelah yana. Sebelah tangannya diletakkan diatas kepala.
"hmm...sayang..abang nak cakap sikit.. "
Yana menoleh kearah hakimi.
"cakap apa? ""boleh tak sayang berhenti kerja? Abang risau lah. "
Hakimi memandang muka yana yang sedang berkerut. "kenapa? "
"Abang takut kalau apa apa jadi dekat sayang. Tak semestinya Diana seorang je yang boleh cedera sayang. Abang tak naklah benda macam ni berlaku lagi."
Hakimi memandang muka yana penuh harap. Kalau dia buat macam ni, tenang sikit hati dia.
"tapi... Syarikat..."Yana bangun dari baringnya.
"Kalau pasal tu jangan risaulah. Abang dah bincang dengan papa. Please sayang.. Abang boleh tanggung sayang. Kalau bukan sebab sayang kena culik pun, abang tetap nak suruh isteri abang ni duduk rumah. "
YOU ARE READING
Tengku Hakimi Mikael [ C ]
Romance1st Teenfiction Story Tengku Hakimi Bin Tengku Mikael seorang jejaka idaman para gadis diluar sana.Seorang yang kacak dan bergaya malangnya dia terpaksa berkahwin dengan seorang gadis demi mengambil pangkat dan nama.Demi harta dia sanggup berkorban...