Bab 23

6.6K 320 30
                                    

Hakimi merebahkan diri ke atas katil. Penat. Tak pernah dia rasa seronok macam ni. Teringat kembali kata kata Syahir tadi buat dia rasa serba salah. Dia dengan yana baru je sebulan berkhawin. Sedar tak sedar dia memang tak pernah menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang suami.Berdosanya dia.

Dia tahu kalau ceraikan yana bila bila sekali pun mesti keluarga dia dan keluarga yana akan marah punya.Baru setahun jagung rumah tangga dah nak bercerai. Bila fikir balik biarlah dia lama sikit dengan yana. Bukan ada apa apa pun kan?

---

Diana memandang Faris.Dah tak reti reti nak balik ke lelaki ni? Menyemak je dekat rumah ni. Tahu lah dia tak akan mampu beli rumah semewah ni.Diana berlagak, riak, angkuh.Diana sengaja menujukkan muka sombongnya kepads Faris.

"kalau tak ada apa apa you bole lah balik I tak nak ada orang lain dalam rumah I ni. Nanti tidak pasal pasal kena tangkap basah. I tak ada taste lah nak dengan bodyguard cikai macam you. "sinis dia berkata. Faris hanya menjeling. Ada muka dia nampak nak kahwin dengan minah tak betul ni? Ade? Tak ada taste konon.eh aku pon tak ada taste dengan perempuan macam kau!.

"You tengok apa lagi? Bole balik tak.Tahu lah you nak Lama lama dekat sini sebab rumah ni mewah kan ada air-cond rumah you mesti tak ada kan yelah miskin."

"jaga mulut kau baik baik sikit.Aku miskin ke tak bukan urusan kau.Kau je yang bodoh.ada ijazah tapi bodoh nak runtuhkan rumah tangga orang. Eh kau jangan sampai aku report dekat parents kau.matilah kau lepas ni dah tak ada harta lepastu merasa lah kau jadi miskin!"Faris sengaja mahu menambahkan api kemarahan Diana. Sebenarnya dia duduk di situ untuk memberikan skop kerja minah ni. Ingat sikit yang dia balik sini untuk uruskan business bukan uruskan hal rumah tangga orang.

"apa apa pon aku balik dulu. Tu baca.esok datang syarikat Papa kau. Nanti ada orang tunggu kau esok. "Faris mencampakkan fail ke muka Diana,sebelum keluar dari rumah itu.

Diana merengus. Tak guna punya bodyguard.Suka suka baling fail kat muka orang.Kalau buruk muka aku macam mana nak goda hakimi!erhhh.

Ehem tak ada sapa kisah pon kalau muka kau hodoh Diana..

---

Nely menunduk hormat kepada yana. Rasa janggal pula selalu dia yang berlagak dengan yana,buli dia masa sekolah. Tiba tiba masa bekerja boleh pula yana jadi bos dia. Malu betul. Nak cakap apa kan karma is real okay. Tapi dia dah dapat kemaafan yana. Ya dia tahu yana mesti susah nak maafkan dia tapi dia silap yana semudah itu je maafkan dia.Sekarang dia dan yana dah jadi kawan.

Well tak semestinya musuh tak boleh jadi kawan right? Dan sekarang dia tahu yana seorang yang baik hati. Dan dia juga tahu rupanya yana ni anak orang kaya.

Tapi dia peliklah juga kenapa bapak dia tinggalkan dia kat kampung lepas tu alih alih kene kahwin dengan hakimi? Diana pula terhegeh hegeh dengan hakimi. Kalau dah suka kahwin jelah dengan hakimi dari dulu tak payah nak plan plan nak hancurkan hidup yana kan?

Entahlah malas nak tahu tepi kain orang. Dan sekarang ni dia dah bertudung. Dia mahu mengubah dirinya sedikit sedikit. Mungkin dia bole ubah hidup bapa dia kan.Sapa bole halang.

"Nely masuk bilik saya. "interkom berbunyi sekaligus mematikan lamunannya. Nely mengemas sedikit mejanya sebelum masuk ke bilik bosnya.

Tok tok..

"masuk "

"ya puan nak apa apa ke? "Nely menyoal penuh hormat. Kena lah panggil puan kena lah hormat majikan kan ingat member member ke?

"tak saya nak tanya hari ni saya ada meeting dengan sapa sapa ke? "

"ouh sekejap ya saya cek"Nely menyemak tab sebelum memandang kembali Yana

"tak ada puan lepas ni puan free."

"okay baiklah awak bole keluar. "Yana menayangkan senyuman kepada Nely. Dia merancang nak pergi office hakimi. Nak lunch sama sama.Dia cuba pulihkan hubungan dia dengan hakimi.

Dia juga mahu merasa bahagia bersama.Dia ingat nanti nak lawat kubur ibunya nanti tapi jauh sangat pula. Dia pernah bertanya kepada papanya, katanya  ibunya di kebumikan dekat tanah kelahiran ibu sendiri, England.Dia pun tak sangka ibunya memang orang England ingatkan kacukan je.Dia pernah tengok gambar ibunya.Cantik,tapi kenapa nenek dia tak suka kan ibunya?

Tapi dia sendiri tak pernah jejak ke England. Kata Papa dia ada syarikat dengan England,Syarikat yang diberikan oleh nenek dia dulu. Dia ingat nak uruskan Syarikat tu bersama hakimi nanti tapi biarlah hubungan mereka..hmm. betul betul bahagia.

----

Diana masuk ke bangunan gah tersebut. Syarikat bapa dia.haih memang semua anak orang kaya,bapak dia mesti ade syarikat ke? Lepas tu anak yang kene handle? Ingat semua anak ni pandai business.Kalau tak sebab dia satu satunya anak terpaksa lah dia berkorban. Berkorban lah sangat.

Skirt pendek,baju ketat,mekap tiga inci,eh bukan tiga inci rasa seratus inci, tampar berdebu satu dunia. Dah nama pun diana mesti nak gorgeous je.Tak di nafikan dia memang cantik dengan tubuh badan nya yang perfect. Tapi sayang bodoh.

Diana berjalan dengan lenggoknya melepasi staff staff Megah sdn.bhd.Dan sudah dijangka semua akan pandang dia. Lagi lagi lelaki. Yelah. Orang pergi kerja cari duit bukan nak tunjuk kau punya badan benggap. Ha nampak tak author dah ngamuk.

Eh.

Ok sambung..

"Cik Diana. "Siti, pekerja yang diarahkan papa Diana untuk menujukkan skop skop kerja Diana menegurnya.

"Miss Diana ok. Well you lah staff yang I kene jumpa? Ok lah cepat mana office I? "Diana berkata sinis tanpa menghiraukan padangan orang lain. Eh cik dengan miss sama je lah. Nak omputih omputih pulak kalau kene hempuk dengan aku kang,nangis.huh.

"Ikut saya cik..er...miss.. "

Dengan malasnya Diana mengikut. Huh kalau boleh nak saja dia lari balik UK.Jadi model tayang badan,muka sana sini kan bagus.

---

Yana melangkah masuk ke bangunan MH Holding. Tergamam sekejap dia. Besar gila. Dia mengaku walaupun papa dia lebih kaya dari daddy hakimi. Tapi serious bangunan ni lagi cantik dari bangunan Hys Holding. Hampir semua staff disitu yana menegur. Bukan apa tak nak lah kena cop sombong kan. Lagi pon dia tak pasti hakimi ada bagithu bahawa yana isterinya atau tak. Tengok gaya macam tak saja.

Yelah semacam je dia pandang aku kenapa aku ni buruk sangat ke? Ke aku pakai baju terbalik? Sempat jugalah yana tengok diri dia dekat lantai. Lantai dia bersinar woo. Dapat cerminkan diri kau yang tak berapa cantik tu. Hahahahahahaha.

"ermm Miss? Cari sapa ya? "tegur seorang staff perempuan berumur 30an kepadanya.

"err saya cari Tengku Hakimi. Dia ada? "

"ouh Tengku.ada.tapi kenapa ya nak cari Tengku?"tanyanya lagi. Seram jugaklah dia nak bagi stranger masuk.buatnya Tengku tu mengamuk tak haru?

"errr.. Saya.. "

"Dia isteri i. You boleh pergi. "Celah Tengku Hakimi yang tiba tiba datang. Fuh macam Hero seh..datang selamat selamat ni. Eh tapi dia kan Hero cerita ni kan? Ehh.? Cendawan? Err author tiber.

"Sayang buat apa datang sini? "Sambil tersenyum manis memandang yana. Sempat juga lah usya muka yana. Comel je.eheks.

Dia dah fikir masak masak. Mungkin dia akan cuba berbaik dengan yana.Bukan untuk sementara tapi selama lamanya.Dia tak nak ada Mrs Hakimi lain selain yana. Dia akui dah mula jatuh suka. Sikit.mungkin terlalu awal nak cinta kan? Dia pon tak pasti dia dapat bahagiakan yana atau tak.

"saya nak awak lunch. Jom.."kata yana manja. Tergamam kejap hakimi dengan tingkah laku yana yang manja. Sejak bila ketika masanya yana ni jadi gini? Tapi tak apa dia suka. Uhuks.

"tak kisah jom lah. Nanti lambat bos marah. "Yana tersenyum kecil.Buat apa bos nak marah kalau dia bos? Hahaha.

Hakimi memegang tangan yana erat. Mereka berjalan bersama sama berpegangan tangan. Sempat juga hakimi kenalkan yana dekat staff staff nya.  Adalah setengah staff staff dara,mak dara kecewa. Huh kesah apa.janji aku bagitahu. Dia nak bagitahu yana seorang saja yang menjadi isteri dia bukan orang lain! Ya dia dah mula bahagia!.

Yeah habis..

Gurau.Mahu author kene hempuk karang. Hehehe

Tengku Hakimi Mikael [ C ] Where stories live. Discover now