Special Chapter

6.1K 219 21
                                    

Wajah Haider ditatapnya. Makin hari makin mengembang dengan jayanya.Pipi dia pun dah serupa pau. Kalau gigit ni..

"haider.. Kenapa comel sangat ni!Papa gigit pipi haider boleh tak. Papa geram je ni!. "Hakimi kemudiannya memicit pipi anaknya. Tak terlalu kuat,tapi menyebabkan anaknya yang sedang minum susu itu menangis.

"Abang!! Kenapa haider menangis tu? "Yana keluar dari bilik air sambil tangannya mencekak pinggang.

Hakimi tersengih. Tangannya pula menepuk nepuk paha Haider.Kononnya nak pujuk anak. Tapi makin kuat anak dia menangis.

Yana yang melihat mengelengkan kepala. Haider ni kalau dah nangis susah nak tenangkan dia.

"maaf sayang.. geram sangat dengan pipi dia. "

Yana hanya mencebik. Alasan yang sama setiap kali.Lebih baik dia siapkan anak dia.

"abang pergilah mandi dulu,saya nak tukar baju haider.Nanti lambat pula nak pergi airport. "

"tak naklah nak mandi dengan sayang boleh? "Kata hakimi nakal.

"nanti boleh... "Tak sempat hakimi menghabiskan katanya yana memotong.

"tak ada,tak ada,pergi mandi sorang. Jom haider kita tukar baju. Biar papa awak ni sorang sorang. Dia cubit pipi anak mama ya.. "

Yana mengangkat haider lalu pergi ke bilik sebelah. Bilik tidur haider.

----

Kuala Lumpur,Malaysia

"Mana si Syahir ni? Lambat betul. Dah cakap dah kita balik hari ni kan. Mamat ni buat apa juga lah lambat lambat ni. Nak kata jaga anak bini,single.Haih memang nak kena Si Syahir ni "

Hakimi membebel. Jam ditangannya dilihatnya beberapa kali. Tangan sebelah pula mencekak pinggang.

Yana yang sedang mengendong Haider hanya mengeleng kecil. Makin lama, makin menjadi bebelan Hakimi ni.

"Alah abang ni,sekarang ni kan weekend,mesti jalan sesak. Kita tunggu jelah. Saya suruh call driver papa je tak nak. Mengada suruh Syahir ambil. "

Hakimi menyilangkan tangannya kedada. "Sekali sekala suruh Syahir ambil. Lagipun kita balik sini kan mommy dengan daddy tak tahu. Surprise gitu. "

"surprise lah sangat.Padahal dah bagitahu awal awal dah. "

"Ha tu.. Syahir. Jom sayang.Haider..jom kita pergi belasah uncle haider tu. "Hakimi mengambil Haider daripada yana.Sebelah tangannya pula memegang tangan yana.

"Sorry guys. Jalan jam gila.. Aik mana beg korang? "

"beg? Ouh. Tu.. "Hakimi menujukkan bagasi mereka.

"Kau nampak kan? So apa lagi amiklah. Bawakan ya anak muda. Sebagai balasan lambat. Jom sayang,haider kita masuk kereta sementara tunggu pakcik ni angkat beg kita  "

Syahir terjeda. What? Kau ingat aku kuli ke seh.. Arghhh..

----

"Mommy! Daddy! Assalamualaikum.. "Hakimi terlebih dahulu membuka pintu rumah daddynya itu. Suka hati dia lah. Rumah dia juga kan. HAHAHA.

"waalaikumussalam. Dah sampai dah cucu mommy yang tembam ni.Meh sini dekat tok mommy."Tengku Marissa terus sahaja mengambil Haider yang sedang didukung yana.

"amboi mommy,dah ada cucu kami dilupakan. Tak apalah jom sayang kita bawak diri.Buat adik haider lagi bagus. "Hakimi berkata dengan nada yang sengaja dibuat sedih.

Yana menjeling hakimi sekilas sebelum mencubit pinggang hakimi. Gatal betul. Tahu tak anak dia tu kecik lagi. ish3.

"sudah sudah kamu semua pergilah masuk bilik,kemas apa patut,mandi ke rehat,haider biar mommy saja jaga. Pergi pergi. Jom haider kita pergi tengok didi nak? "Tengku Marissa terus sahaja berlalu meninggalkan mereka berdua.

Tengku Hakimi Mikael [ C ] Where stories live. Discover now