Bab 28

6.6K 260 16
                                    

"Tengku Hakimi Tengku Mikael! "

Suara itu macam dia kenal. Suara daddy dia. Kenapa dia dengar macam ramai sangat dekat bilik dia ni? Siapa pula yang nangis ni? Dipegang kepalanya yang memberat. Apa yang jadi dekat dia.

Hakimi membuka mata.Dia memandang sekeliling. Kemudian matanya tertancap kepada semua orang dihadapannya. Kenapa semua orang tengok dia macam nak telan? Dia ada buat salah ke?

"TENGKU HAKIMI!!ARE YOU OUT OF YOUR MIND?! "Tengku Mikael berang.

Hakimi binggung.Apa ni? Kenapa. Dia memandang muka Tengku Marissa dan Tengku Hisyam yang memandang dia tidak berperasaan.

"A.. Apa yang da.. daddy cakap ni? Apa hakimi dah buat? "Soal hakimi,dia bangun dari katil lalu terpandang bajunya diatas lantai.Dia terjeda. Lalu memandang tubuhnya yang terdedah.

'sejak bila aku buka baju?'

Tengku Mikael yang masih berang menunjukkan Diana yang sedang menangis dengan pakaian yang telah dikoyakkan. Hakimi sekali lagi binggung.

Wait. What? Dia memerhati sekeliling. Baru dia perasan dia bukan berada di bilik rumahnya, tapi di bilik hotel. Macam mana dia boleh berada di sini? Dengan Diana?

Hakimi memengang kepalanya yang mula pening. Dia dah ingat. Lepas dia minum Air tu. Dia terus balik,sebab tiba tiba rasa nak pitam. Tapi Ada yang bawa dia... Hakimi berang. Dah tahu siapa punya kerja.Dia memandang Diana dengan muka yang berang.

"No daddy, Papa, mommy... Hakimi tak buat semua tu!Tak kan lah hakimi nak duakan yana!Semua salah PEREMPUAN JALANG tu!! "Hakimi naik angin. Badannya yang terdedah disarung kembali baju miliknya. Dia sempat mencari kelibat yana.

Yana diluar sedang mengelapkan air matanya. Sakit! Sakit sangat! Hakimi yang mahu ke arah yana dihalang Tengku Mikael.

"JANGAN NAK PERGI SELAGI TAK SELESAI!"

"Tapi daddy! Hakimi tak salah! Ni semua helah perempuan SIA__"Hakimi yang sedang berang itu ditampar oleh Tengku Mikael. Tengku Hisyam Dan Tengku Marissa diam. Tak tahu nak cakap apa.

Hakimi memegang pipinya.Dia melirikkan mata kearah yana.Memberitahu dia tak salah. Nak sahaja dia pergi kearah yana. Nak explain apa yang terjadi.Ni bukan salah dia! Diana yang masih menangis pula dipandang benci. Menyesal sangat!Kalau tahu dia tak kan datang pon dekat sini!

"tapi...ni bukan salah Hakimi! HOW MANY TIMES I WANT TO TELL YOU!! "

"Watch your mouth son. Jangan nak gaduh dekat sini. Bincang baik baik. mikael aku balik dulu dengan yana. Korang selesaikanlah masalah ni. Izinkan aku bawa yana balik dulu. "Tengku Hisyam mencelah. Lalu memimpin yana yang masih menangis.Hakimi berlari mengejar yana,tapi ditahan tengku Marissa.

"SAYANG!! Abang tak buat semua tu!! Sayang!! "Tengku Hakimi menjerit sekuat hati. Memang.Memang dia sebelum ni salah. Tapi dia tak akan sesekali curang dengan isterinya! Dia cintakan isterinya seorang. Tengku Lyana!!

"enough!! Diana! Jom balik rumah uncle kita settelkan dekat sana! Hakimi! Balik! Jangan mengada ngada nak lari! BALIK! "Tegas Tengku Mikael berkata lalu keluar dari bilik tersebut. Diana yang tadinya menangis palsu hanya mengikuti langkah Tengku Mikael dan Tengku Marissa. Sempat dia melirikkan matanya ke hakimi yang masih berang. Dia tersenyum sinis. Yes! Plan dia menjadi. Tak sabar rasanya nak jadi isteri Hakimi. Yana tu? Nanti lepas kahwin aku mintak jelah hakimi ceraikan yana or else bunuh je lah kan? Tak salahkan.

----

Yana buntu.Perasaan dia bercampur baur, kecewa, marah.Dia mendiamkan diri didalam kereta. Dia tak tahu nak cakap macam mana?Dia ni dimainkan ke? Atau selama ini, hakimi memang tak cintakan dia?

Tengku Hakimi Mikael [ C ] Where stories live. Discover now