Bab 27

6.5K 253 37
                                    

Yana melaungkan salamnya.Sempat dia berbalas mesej dengan hakimi. Nak bagitahu yang dia dah sampai dekat sini. Nak buat macam mana,dah suami dia kerja tak kan lah dia nak halang.

"Assalamuaikum.. Papa! "Yana masuk kedalam rumah. Alah sapa nak marah,rumah dia juga. Tercari cari dia kelibat papanya.

Dia tak sabar nak bagitahu hakimi pasal syarikat yang dekat England tu. Ingatkan dia nak terus tinggal sana. Jadi dia sentiasa dekat dengan mak dia.Tengku hisyam? Dia bawa lah sekali. Mana tahu boleh lah Papa dia sentiasa ingat kenangan dengan mak dia.Even dia pon tak pernah jumpa. Dia nak sangat pergi kubur mak dia. Tak dapat tengok muka,dapat tengok kubur pon jadilah.

"Yana? Bila sampai? "Soal tengku hisyam yang baru sahaja turun dari tingkat atas. Yana yang mengelamun tadi terus memandang papanya dan menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Baru je. Yana dah bagi salam tak ada sapa yang jawab,yana masuk je lah. "

"ouh yeke? Papa kat atas tadi. Tak dengar. "Tengku Hisyam berkata.

"tak apalah Papa. Hari ni yana tidur rumah Papa tau. Abang kimi kerja,dia tak bagi balik malam malam.boleh kan Papa. "Yana mengerdipkan matanya. Buat buat mata puppy eyes.

Tengku hisyam senyum. Alahaiii. Dah kahwin pon,peragai macam budak budak.

"mestilah boleh. Anak Papa kan. Dah jom kita makan. Lepas tu kita bincang pasal syarikat yana. Ouh ya kejap lagi Tengku Marissa dengan Tengku Mikael nak datang. "ujar Tengku Hisyam.

"hah? Buat apa?"Yana menanyakan kedatangan keluarga mertuanya malam itu.Sudahlah hakimi tak ada.. Nanti dia tak boleh lari kalau ada soalan. Hahahaha. Dah macam nak temu duga.

"Tengku Mikael dah tahu pasal syarikat yana yang dekat England tu. Jadi dia ingat nak ada share dengan syarikat yana.Jadi bolehlah yana dengan hakimi kembangkan syarikat tu dekat sana nanti. "Tengku hisyam menjawab.

Yana menganggukkan kepala. Ouh ingat nak tanya pasal lain. Selamat dia.

---
Diana menyemburkan minyak wangi keseluruh badan. Malam ni dia mengenakan baju yang cukup seksi. Ketat dan menampakkan tubuh badannya. Memang dia sengaja pakai begitu.

Nak pergi bincang pasal kerja tapi pakai macam nak pergi neraka...ehh sorry terlepas. Dia memastikan semua barang dia diletakkan kedalam beg. Tak nak lah rosakkan 'malam' ni kan.

Selepas memastikan tiada yang tertinggal, dia bergerak keluar dari rumahnya. Terhendap hendap juga dia,takut ternampak faris,kalau dia ada hancurlah plan. Sudahlah kali ini dia buat plan seorang diri.

Tapi dia tak nampak,ada seseorang yang memerhati dia dari satu sudut.Tunggulah..
Kau nak sangat hancurkan hidup orang,biar aku pula hancurkan hidup kau.

---

Hakimi merengus. Jam tangan ditiliknya.lambat.Macam ni ke sifat pekerja syarikat bapa dia? Mana wakil pekerja yang nak dijumpanya.

Dia membelek belek telefon miliknya. Menghantar pesanan ringkas kepada isteri dia.Lebih baik dia dinner saja dengan isteri dan bapa mertua dia. Siap lah nanti. Aku sembur dia kaw kaw. Ingat anak raja ke nak datang lambat. Hakimi yang dulu kembali.Habislah...hakimi yang sweet dah tak ada. Bye!

"Kalau aku kira sampai sepuluh tak ada juga memang aku balik. Baik aku jumpa bini aku.huh susahkan oranglah nak dinner dinner bagai.Jumpa kat office sudahlah. "bebel hakimi. Orang yang lalu lalang disebelahnya tak dihiraukan. Kisah apa dia.

Hakimi mengira dengan turutan menurun. Kalau tak ada juga memang dia balik.

Masa tamat. Hakimi bangun dari kerusi. Baru nak melangkah Diana datang kearahnya.

Tengku Hakimi Mikael [ C ] Where stories live. Discover now