Bab 34

9.2K 256 14
                                    

4 bulan kemudian...

Yana mengusap perutnya yang sudah masuk bulan ke 5.Sekejap je masa berlalu, sekarang ni pun dia tengah sibuk uruskan syarikat dekat England. Ouh ya. Hakimi pun ada sekali. Papa pun baru pindah sini semula.Cuma tulah papa tak nak tinggal sekali dengan dia.Katanya yana dengan hakimi perlukan privasi.

Hakimi sekarang ni lebih kuat bebel. Dah macam perempuan dah. Mungkin sebab dah nak jadi papa agaknya. Kena practice.Penat jugalah dia kena bebel dengan hakimi sebab buat kerja rumah.

Sekarang ni pun syarikat tu dah bergabung dengan syarikat MH holding. Makin bertambah maju syarikat tu. Syarikat HYS dekat Malaysia tu pula papa yang uruskan. Walaupun sekali sekala je papa datang pantau keadaan. Dia dengan hakimi nak mulakan hidup baru dekat sini.

Nak tebus balik semua kesilapan mereka dulu. Mereka nak jadi ibu bapa terbaik buat anak mereka nanti.

"sayang jom.. "yana yang sedang mengelamun tadi berpaling.

"Dah nak gerak ke? Awal lagi lah..sinilah dulu.. Baby nak manja manja dengan papa dia."

Hakimi ketawa.Dia duduk disebelah yana lalu meletakkan tangannya keatas perut yana. Tendangan diberikan si kecil untuk hakimi menandakan dia sukakan kehadiran papa dia.

Hakimi tersenyum lebar. Tak sabar rasanya dia nak tunggu anak dia keluar. Tak kisah lah yang keluar ni anak perempuan atau lelaki.

----

Diana berjalan ulak alik didalam rumah usang itu. Dia pun tak tahulah rumah siapa yang dia tinggal ni. Nak tinggal hotel,dia kena jimat pakai duit. Lagipun dia ada upah beberapa orang lelaki untuk tengok tengokkan yana.

Ingat majlis dia dengan hakimi tak jadi,semua harapan dah hancur sekali pun dia akan berputus asa ke?

Kalau nak diikutkan boleh je dia tinggal dengan parents dia.Tapi dia tak nak. Cuma rumah parents dia dekat London. Jauh sangat dengan England. Nak peratikan yana lagi.Jangan ingat dia tak tahu dekat mana yana tinggal sekarang. Ni Diana lah.

"Shawn,any update? How about her? "Diana memandang Shawn, orang upahan dia.Kalau diikutkan dia malas nak guna orang orang upahan ni. Sebab duit dia sekarang ni pun cukup cukup je. Tulah buat lagi benda bodoh gini.

"Yes, miss.Yana dengan Hakimi akan keluar berjalan kejap lagi. Diorang nak pergi jumpa kawan kawan diorang."

"perhatikan diorang.Aku nak buat plan baru."Diana berkata lalu tangannya mencapai sehelai tuala kecil dan memberikan tuala itu kepada Shawn.

Shawn mengerutkan kening. Tuala? Nak buat apa.

"Buat apa tuala ni? Ada kena mengena dengan plan baru kita ke?"Shawn menyoal. Sesekali tangannya membelek belek tuala yang diberikan Diana tadi. Dia bukan tahu nak buat kerja kerja jahat, dia setuju nak tolong Diana pun sebab duit je.

Diana bergerak mendekati Shawn dihadapannya.

"benda simple. Kau culik perempuan tu. Bawak pada aku. Pastikan tiada orang lain yang kau bawa sekali. Ajak sekali Frank untuk perhatikan diorang. Faham."

Shawn mengangguk. Habis tuala ni? Nak buat apa pula? Binggung lah. First time nak menculik orang.Tak macam Frank,lelaki mat Salleh tu memang gangster.

Shawn menujukkan tuala yang dipegangnya kepada Diana.

"habis ni? "

Diana menjeling tajam.Menyesal pula dia suruh Shawn.Dasar lurus bendul.

"Kau ni bodoh ke? Nak culik kan. Kau amik tuala tu letak klorofom.Nak bagi dia pengsan.Apa kebodoh sangat kau ni?"Diana merengus kasar.

Tengku Hakimi Mikael [ C ] Where stories live. Discover now