Bab 15

8.1K 337 21
                                    

4 tahun kemudian....

Hari ni merupakan hari pernikahan Lyana dan Hakimi selepas beberapa kejadian yang berlaku kepada mereka

Walaubagaimanapun majlis tetap diteruskan dan perkara yang berlaku 4 tahun berlalu telah terkubur begitu sahaja.
Bagaimana dengan Diana? Tiada sape yang tahu dimana dia selepas kejadian itu. Malah pertunangan mereka yang dijalin selama 4 tahun itu telah diketahui umum selepas kejadian tersebut.

Yana memandang dirinya dihadapan cermin biliknya.Dia sungguh anggun dengan solekan dan pakaian yang cantik. Hari ini dia akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang dia tidak pernah cintai dan mengenali satu sama lain walaupun sudah 4 tahun mengikat tali pertunangan bersamanya.Bersiap sedia kah dia untuk menjadi seorang isteri

***
Majlis pernikahan Mereka dijalankan dirumah tengku hisyam dan sekali gus mengadakan majlis kesyukuran.

Yana duduk bersimpuh disebelah Tengku Marissa dan bersebelahan Bella dan Syakila yang menjadi bridesmaidnya.
Yana memandang Tengku hisyam,Tengku Hisyam hanya tersenyum melihat anaknya.

"perhatian.kita bole mula sekarang? "soal tok kadi

Selepas memberikan beberapa takzirah mengenai alam perkhawinan majlis dimulakan.

"Tengku Hakimi Bin Tengku Mikael"

"saya"

"Aku nikahkan dikau dengan Tengku Lyana Binti Tengku Hisyam berwakil walikan bapanya dengan mas kahwinnya sebanyak Rm10000 tunai."

Hakimi berdehem.

"Aku terima nikahnya Tengku Lyana Binti Tengku hisyam dengan mas kahwinnya rm10000 tunai"tanpa tergagap gagap akhirnya mereka menjadi suami isteri yang sah.

Yana mengalirkan air matanya selepas diijab kabul.Dia berharap ajar kehidupan selepas ini lebih bahagia daripada yang dia lalui sebelum ini.

Majlis di teruskan dengan pembatalan air sembayang.Hakimi duduk dihadapan isterinya lalu menyarungkan cincin ke jari manis yana. Yana menyalami tangan suaminya.

 Yana menyalami tangan suaminya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Baju yana

*baju hakimi pandai2 lh korang fikir xde gambar yang sesuai lh sori k😅

Tepat pada pukul 5 petang majlis mereka telah tamat kerana tiada persandingan dan majlis besar besaran seperti yang dimintak oleh yana sebelum bertunang.(tak ingat baca balik)

Yana memandang keluarga mertuanya lalu menyalami mereka sebelum Mereka beransur pulang .

"Mommy balik dulu ya yana.Kalau ada masa datang lah rumah mommy pulak ya. "kata Tengku Marissa

"baik mommy."Yana tersenyum manis

"Hakimi jaga yana ni baik baik tahu jangan gaduh pulak"Tengku Marissa berpesan.

Tengku Hakimi Mikael [ C ] Where stories live. Discover now