Bab 21

8.5K 325 63
                                    

Pagi itu yana menyediakan sarapan bagi mereka berdua hari ni cuti.Boleh lah sekali gus rapat rapat dengan hakimi.Mana tahu dia ada calon lain nak jadikan bini.ehh apa ni bini2 aku tak madu! Tapi? Hakimi memang tak suka aku? Tapi? Dia dah.....arghh biarlah. Aku kena goda dia ni bagi memastikan aku sorang yang layak menjadi isteri kepada Tengku Hakimi.

"yes! Akan ku lakukan! "laung yana bersemangat sambil mengacau Air tehnya.

"apa yang sayang mahu lakukan itu? "hakimi memandang isterinya dengan senyuman gatal.Sengaja nak kenakan isteri dia pagi pagi ni baru semangat sikit nak jalankan plan.

"err tak ada apa lah."kata yana malu.Lalu menyerahkan Air teh yang dibancuhnya ke hakimi.

"A...abang.. nak apa?sandwich ke nasi goreng? "

"hmmm.. sandwich."kata hakimi

Semasa makan mereka sempat berbalas pandangan.nak cakap malu. First time ni breakfast sama sama sejak kahwin.Dan first time dia buka tudung depan kimi.

"ehem.."hakimi berdehem sebelum memandang yana dihadapannya.

"bersiap kejap lagi kita pergi rumah mommy.Lama kita tak jumpa diorang."hakimi bangun ke singki untuk membasuh tangan.

Yana yang terpinga pinga hanya mengikut jejak hakimi membasuh tangan sebelum mengemas meja.

-----

"ermm...errr..."yana memandang hakimi yang sedang memandu disebelahnya. Nak cakap ke tak? Hakimi nampak segak berbaju t shirt hijau dengan seluar slack hitam,makin handsome. Muka dia...badan dia..perfect..sempat yana mengscan hakimi dari atas ke bawah.

"puas scan?hmmm.."sergah hakimi tiba tiba. Bukan dia tak perasan padangan yana dekat dia tadi.Miang semacam je.Menyesal pulak berbaik dengan dia ni.Syeramm..

"dari tadi duk hmm.. Ermm. Nak tanya apa? Cakap je lah abang tak makan orang pon. "hakimi menyoal yana

"err macam ni.. Sebenarnya saya ingat nak pergi rumah Papa pula lepas ni bole tak? Pleaseeeee...... "ayat last sengaja dia leretkan.kot kot ler hakimi tergoda.ehekkkss

Hakimi memandang yana semacam. Ni ke rupa sebenar yana? Asal gedik semacam? Tak kan pasal semalam terus automatic dia gila?

"err...ok tapi kita tak bole bermalam kat sana lah,esok kerja.Lagipon office jauh."hakimi berkata demikian kerana dia tak nak tidur dekat rumah mertuanya tak kisah lah mertua ke family sendiri ke confirm banyak yang diorang soalkan nanti.Tak pasal pasal kantoi.

"ermm...ok lahh dapat jumpa kejap pon jadilah."

----

"Assalmualaikum.... Mommy! Daddy! Kiteorang balik ni."laung hakimi dari luar.Melihat pintu yang tak berkunci dia terus masuk ke dalam.

"jom.."hakimi mengajak yana yang masih berada di depan pintu rumah agam itu.

"mommy!!"

"ye mommy kat sini! "Tengku Marissa pergi mendapatkan anak dan menantunya.

Yana menyalami Tengku Marissa dan Tengku Mikael yang juga berada di sebelahnya.

"ha balik pon korang ingat dah kahwin dah tak reti balik sini.Kamu tu yana jangan nak ikut je si kimi tu pujuk pujuk lah dia datang sini selalu."Bebel Tengku Marissa.Tengku Mikael dan Hakimi hanya mendengar sahaja bebelan mommynya.

"jom lah makan sekali dekat sini.Boleh kita borak borak sikit Lama tak jumpa kan."ujar Tengku Marissa sengaja nak korek rahsia diorang.

Hakimi dan Yana berpandangan sebelum kembali memandang mereka.

Tengku Hakimi Mikael [ C ] Where stories live. Discover now